wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA AYAT MAJMUK

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ayat majmuk terdiri daripada

a)

2 atau lebih ayat tunggal

b)

1 ayat tunggal

c)

2 ayat tunggal sahaja

2.

Ayat majmuk memerlukan ______ untuk menggabungkan ayat .

a)

kata tugas

b)

kata pemeri

c)

kata hubung

3.

Ayat majmuk terdiri daripada 3 jenis iaitu

a)

ayat majmuk gabungan ayat majmuk,keterangan dan ayat majmuk komplemen

b)

ayat majmuk gabungan,ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran

c)

ayat majmuk gabungan,ayat majumuk relatif dan ayat majmuk komplemen

4.

Sebutkan 3 contoh kata hubung gabungan

a)

dan , atau, serta

b)

yang,bahawa,untuk

c)

yang ,tetapi,sambil

5.

Kenal pasti ayat majmuk gabungan di bawah ini.

a)

Ali dan Abu bermain di padang sekolah.

b)

Ahmad menjelaskan bahawa budak itu yang mencuri penselnya.

c)

Budak yang cantik itu anak Pak Azmi

6.

Jamil naik ke pentas______bernyanyi

a)

lalu

b)

dan

c)

serta

7.

Sebutkan 3 jenis ayat majmuk pancangan dalam Bahasa Melayu

a)

pancangan campuran,pancangan relatif,pancangan keterangan

b)

pancangan komplemen,pancangan gabungan,pancangan relatif

c)

pancangan komplemen,pancangan keterangan,pancangan relatif

8.

Kenal pasti ayat majmuk pancangan relatif di bawah

a)

Ahmad dan Ali minum teh ais di kedai Pak Leman

b)

Saya suka memakai baju yang berwarna merah

c)

Azman makan nasi lemak tetapi Abu minum teh panas

9.

Ayat majmuk relatif terdiri daripada ____ ayat iaitu _______ dan_______.

a)

3, ayat kecil dan ayat besar

b)

2 ,ayat induk,ayat kecil relatif

c)

2,ayat induk ,ayat besar

10.

Sebutkan 2 contoh kata hubung komplemen

a)

maka,dan

b)

bahawa,tetapi

c)

bahawa untuk

11.

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada _______dan satu________atau lebih yang berfungsi sebagai __________ dalam predikat.

a)

ayat kecil,ayat induk,penerangan

b)

ayat induk,ayat keterangan,ayat kecil

c)

ayat induk,ayat kecil,keterangan

12.

Kenal pasti yang manakah kata hubung musabah.

a)

kerana,lantaran,oleh sebab

b)

merupakan,dan,tetapi

c)

sambil,kerana,oleh kerana

13.

Sekiranya,andai kata,jikalau,jika dan kalau merupakan kata hubung

a)

keterangan cara

b)

keterangan akibat

c)

keterangan syarat

14.

Ahmad bercita-cita menjadi guru sejak dari kecil lagi

a)

Ayat Majmuk Keterangan cara

b)

Ayat Majmuk Keterangan musabab

c)

Ayat Majmuk Keterangan Waktu

15.

Pilih ayat di bawah yang manakah ayat majmuk keterangan cara

a)

Dia belajar bersungguh-sungguh agar berjaya dengan cemerlang dalam SPM

b)

Pak Samad bekerja keras mencari rezeki demi membesarkan 10 orang anaknya yang masih kecil.

c)

Dia ke sekolah setiap hari dengan menaiki bas sekolah

16.

Seperti,seolah-olah,semacam merupakan kata hubung keterangan

a)

cara

b)

perbandingan

c)

tunjuk

17.

Kenal pasti yang manakah ayat majmuk keterangan pertentangan di bawah

a)

Kami terserempak dengan Zali ketika minum kopi di kedai Pak Lateh

b)

Tatkala hujan turun,adik masih bermain di luar rumah

c)

Kendatipun Ahmad tertinggal buku di rumah,dia tetap menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

18.

Ayat majmuk campuran boleh terdiri daripada ________dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai ayat majmuk

a)

campuran ayat tunggal

b)

campuran ayat majmuk

c)

campuran ayat induk

19.

Komputer riba______baru dibeli Ali rosak ______terjatuh semalam

a)

yang,sebab

b)

yang ,kerana

c)

yang,oleh kerana

20.

Antara yang berikut yang manakah bukan kata hubung

a)

andai kata

b)

lantaran

c)

bukan