WorksheetsTATABAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Para _______________ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa dempa bumi dan tsunami.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak ______________ tikus.
digerit
digigit
dikesip
diketip
Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu ______ ruang tamu ______ ruang dapur rumahnya.
dari.....ke
dari.....kepada
daripada.....ke
daripada.....kepada
Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit dengan tuduhan jenayah kolar putih.
sungguh percaya benar
teramat percaya benar
sangat percaya benar
percaya benar
Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.
anugerahkan atlet paralimpik
menganugerah atlet paralimpik
menganugerahi atlet paralimpik
menganugerahkan atlet paralimpik
Ayril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
ada hati
bulat hati
besar hati
berat hati
Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajarannya.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
melepaskan batuk di tangga
mencurah air ke daun keladi
alang-alang berdakwat biar hitam
pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Peribahasa yang berikut membawa maksud pasangan yang sama cantik dan sama padan, kecuali
seperti isi dengan kuku
seperti pinang dibelah dua
seperti cincin dengan permata
seperti bulan dengan matahari
Peribahasa cubit peha kanan, peha kiri juga terasa membawa maksud
sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh
jika ahli keluarga mendapat susah, yang lain akan turut susah
bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya akan merugikan diri sendiri
orang yang malu bertanya, akan tersesat di pertengahan jalan
Prestasi Hanim dalam pelajaran makin lama semakin baik.
makin lama makin membaik
semakin lama makin baik
semakin lama semakin baik
makin lama semakin baik
Semua murid-murid lelaki itu sedang membaca buku di perpustakaan.
semua murid lelaki
semua murid lelaki-murid lelaki
murid lelaki-murid lelaki
semua murid-murid lelaki
"Mangsa bencana banjir akan dibantu melalui __________ yang diwujudkan," kata wakil rakyat itu semasa menyampaikan ucapannya di hadapan para penduduk kampung.
sumbangan
simpanan
derma
dana
Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan ________ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.
mendirikan
menegapkan
menegakkan
melempangkan
Dompet itu diperbuat ______________ kulit ikan pari.
daripada
oleh
pada
dari
"Titah perintah tuanku terjunjung di atas bahu jemala _______ ," kata Sheikh Shamsuddin kepada Sultan Mansur Syah.
beta
patik
hamba
baginda
