Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah ting 1 bab 3

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Zaman Paleolitik dianggap sebagai zaman menggunakan teknologi batu .Mereka menggunakan peralatan yang

diperbuat daripada ____________________ dalam aktiviti harian mereka.

a)

tulang manusia

b)

batu yang panjang

c)

tulang binatang

d)

tulang mawas

2.

Zaman Mesolitik pula memperlihatkan cara hidup yang semakin berkembang. Cuaca zaman ini tidak terlalu sejuk.

Manusia pada zaman ini bukan sahaja memburu binatang tetapi ______________________ sebagai sumber makanan mereka

a)

memetik buah

b)

menangkap ikan

c)

menanam sayur

d)

mewujudkan pertanian pindah

3.

Zaman Neolitik pula menunjukkan tahap perkembangan teknologi dan corak kehidupan yang lebih baik. Pada zaman ini, wujud kawasan petempatan yang mengamalkan

aktiviti bercucuk tanam, membuat tembikar dan _____________

a)

menangkap ikan

b)

menternak binatang.

c)

bertukang

d)

mencarigali

4.

Zaman Logam merujuk kepada penggunaan teknologi ____________________________.

a)

besi dal logam

b)

aluminium dan timah

c)

timah dan bauksit

d)

gangsa dan besi

5.

Tempoh Masa Zaman Prasejarah :

Zaman Paleolitik 2.5 juta tahun – 8,000 SM

Zaman Mesolitik 12,000 – 4,000 SM

Zaman Neolitik 10,000 – 2,000 SM

Zaman Logam _______________________

a)

3,600 SM – 500 M

b)

3,700 SM – 500 M

c)

3,500 SM – 500 M

d)

3,800 SM – 500 M

6.

Lokasi prasejarah ini wujud di dua kawasan, iaitu di kawasan terdedah seperti di lembah sungai dan di_______________________________________

a)

kawasan tertutup seperti di dalam gua.

b)

kawasan tanah pamah dan subur

c)

kawasan tertutup di atas pokok besar

d)

kawasan padang yang subur rumputnya

7.

Gua Chauvet, Tapak prasejarah ini terletak di Perancis yang diduduki oleh manusia silih berganti antara 30,000 SM hingga 27,000 SM. Lukisan di dalam gua ini membuktikan penglibatan masyarakat prasejarah dalam _________________

a)

menangkap ikan

b)

bercucuk tanam

c)

aktiviti memburu binatang.

d)

melukis gambar

8.

Lenggong, Malaysia Lokasi ini merupakan antara tapak Zaman Prasejarah terpenting di rantau Asia Tenggara yang menunjukkan kehidupan manusia merentas _______________, Hoabinhian dan Neolitik

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Batu Awal

d)

Zaman Batu Tengah

9.

Gua Liang Bua, Pulau Flores Indonesia Lokasi ini penting kerana penemuan___________________ yang berusia antara 94,000 hingga 12,000 SM yang dinamakan sebagai Flores

Man atau Homo Floresiensis

a)

peralatan pertanian

b)

fosil dan sisa tulang

c)

peralatan memburu binatang

d)

tulang mawas adn mamooth

10.

Sa Hyun, Vietnam Lokasi ini merupakan tapak Zaman Besi yang paling menonjol di Asia Tenggara. Berusia antara 1000 SM hingga 200 M. Aktiviti utama ialah______________________

a)

aktiviti pertanian

b)

memburu binatag

c)

pembuatan tembikar.

d)

menangkap ikan

11.

Kehidupan manusia Zaman Prasejarah mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri yang paling menonjol dapat dilihat pada tempat kediaman, peralatan, aktiviti pengumpulan makanan, kegiatan ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan, serta ____________________________

a)

memburu binatang

b)

menangkap ikan

c)

memuat tembikar

d)

kesenian dan kebudayaan.

12.

Zaman Paleolitik tumpuan utama petempatan ialah gua dan lubang bawah tanah. Selain itu, mereka berlindung di bawah pokok dan tempat berlindung yang diperbuat daripada _________________________

a)

batu

b)

tanah

c)

daun

d)

ranting kayu.

13.

Zaman Mesolitik manusia zaman ini masih mendiami gua,

dan lubang bawah tanah serta tempat berlindung yang diperbuat daripada___________________ Tumpuan petempatan mereka di pinggir sungai dan laut bagi memudahkan mereka mendapatkan bekalan air dan makanan.

a)

daun

b)

ranting kayu.

c)

tanah liat

d)

batu

14.

Zaman Neolitik manusia zaman ini tinggal secara menetap

di kawasan petempatan terutamanya di kawasan lembah sungai dan di pesisiran pantai. Mereka telah membina rumah yang diperbuat daripada batu, tanah liat dan ________

a)

tembaga

b)

daun

c)

ranting kayu

d)

kayu

15.

Zaman Logam manusia telah menetap dan membina

tempat kediaman mereka dengan lebih baik. Binaannya diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu serta lebih

tersusun. Selain kawasan lembah sungai dan pesisiran pantai, mereka juga tinggal di kawasan ___________________.

a)

tanah pamah

b)

tanah lateriat

c)

tanah tinggi

d)

tanah

16.

Pada zaman mesolitik terdapat juga alatan lebih kecil yang dikenali sebagai _______________________.

a)

kayu

b)

tulang mawas

c)

batu

d)

mikrolit

17.

Pada Zaman Logam ini, manusia memiliki tahap kehidupan

yang lebih tinggi berbanding dengan Zaman Batu. peralatan zaman ini terdiri daripada _________________

dan besi.

a)

aluminium, timah

b)

tembaga, gangsa

c)

emas, suasa

d)

ilmanit, bauksit

18.

Zaman Paleolitik mereka mengumpulkan buah-buahan, cendawan,bijiran dan pucuk tumbuhan yang tumbuh liar di ____________________

a)

tepi sungai

b)

tepi pantai

c)

dalam hutan.

d)

kawasan kampung

19.

Zaman mesolitik mereka juga mengumpulkan ___________________ yang ditemui di pinggir sungai dan laut.

a)

kepah dan remis

b)

obor dan pepahat

c)

kerang dan siput

d)

tiram dan kupang

20.

Zaman Neolitik Kemampuan manusia untuk menjalankan

aktiviti pertanian dan ________________ menyebabkan aktiviti

mengumpulkan makanan semakin berkurangan.

a)

pemburuan

b)

menangkap ikan

c)

penternakan

d)

perladangan

21.

Zaman Logam aktiviti pengumpulan makanan hampir tidak lagi dilakukan kerana kemajuan yang berlaku dalam bidang

pertanian, penternakan dan ____________________________.

a)

perikanan

b)

perladangan

c)

perdagangan tukar barang

d)

perdagangan entreport

22.

Zaman Paleolitik mereka hidup secara nomad untuk mencari makanan dan dikongsi bersama- sama. Aktiviti ekonomi mereka bersifat _________________.

a)

kebun sendiri

b)

sara diri

c)

primitif

d)

tradisional

23.

Zaman logam pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dan membentuk aturan kehidupan agar diikuti oleh setiap anggota masyarakat.Keadaan ini membawa kepada pembentukan _____________________

a)

organisasi sosial

b)

sistem sosial

c)

sistem pentadbiran.

d)

sistem politik

24.

Zaman Mesolitik manusia pada zaman ini masih

mengamalkan kepercayaan ____________________ .

a)

ritual

b)

menyembah matahari

c)

karut

d)

animisme

25.

Zaman neolitik selain lukisan gua, kesenian manusia

zaman ini turut dapat dilihat melalui corak yang menghiasi permukaan tembikar. Pola geometri merupakan pola

utama yang dikenali sebagai _____________________.

a)

autorisme

b)

anismisme

c)

simbolisme

d)

sosialisme