wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Bab 2)

Total questions: 30

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Maksud nasionalisme ialah..

a)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara

b)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap harta

c)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap budaya dan adat resam

d)

Perasaan cinta yang mendalam terhadap keturunan

2.

Nasionalisme boleh diertikan sebagai semangat kebangsaan yang menjelaskan sikap dan pendekatan berkaitan dengan perjuangan menentang (a)  

3.

Nasionalisme bermaksud gerakan untuk mencapai kebebasan (a)  

4.

Hans Kohn berpendapat nasionalisme bermaksud...

a)

Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat yang boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri

b)

Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua

c)

Satu gerakan yang meletakkan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya

d)

Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri

5.

Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri.


Siapakah yang telah menyatakan maksud nasionalisme di atas?

a)

Dato' Onn Jaafar

b)

Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

c)

Dr. R. Suntharalingam

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

6.

Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat, iaitu National Fronts.


Keratan maksud nasionalisme di atas telah dinyatakan oleh tokoh yang bernama...

a)

Prof. Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Prof. William R. Roff

d)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

7.

Revolusi Keagungan di England berlaku pada tahun...

a)

1685

b)

1686

c)

1687

d)

1688

8.

Revolusi Keagungan di England berlaku disebabkan oleh...

a)

Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat

b)

Keinginan bebas daripada cengkaman raja berkuasa mutlak

c)

Keinginan bebas daripada penjajah

d)

Keinginan menegakkan hak bersuara bagi rakyat

9.

Revolusi Keagungan tercetus berikutan pemerintahan ____________ membelakangkan parlimen semasa menggubal undang-undang.


Siapakah nama pemerintah tersebut?

a)

Raja Louis XVI

b)

Raja James II

c)

Mary II

d)

Raja William of Orange

10.

Revolusi Amerika berlaku disebabkan oleh...?

a)

Memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan

b)

Menegakkan kerajaan yang berdaulat dan berparlimen

c)

Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British

d)

Menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak

11.

Revolusi Perancis berlaku pada tahun..?

a)

1786

b)

1787

c)

1788

d)

1789

12.

Dalam Revolusi Perancis, The Social Contract telah ditulis. Buku tersebut mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.


Siapakah penulis buku tersebut?

a)

Thomas Jefferson

b)

George Washington

c)

Voltaire

d)

Jean Jacques Rousseau

13.

Dalam kebangkitan nasionalisme di India, satu peristiwa telah berlaku yang menjadi titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.


Apakah peristiwa tersebut?

a)

Satyagraha

b)

Dahagi India

c)

Gerakan Islah

d)

Gerakan Propaganda

14.

Nasionalisme awal di India bercorak gerakan yang memberikan perhatian terhadap isu sosioagama.

Apakah nama pertubuhan penting yang berfungsi menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan?

a)

Brahmo Samaj dan Arya Samaj

b)

Kongres Kebangsaan India

c)

Liga Muslim

d)

Satyagraha

15.

Pada awal abad ke 20, nasionalisme di India bersifat lebih radikal kerana muncul gerakan bersifat keras yang diketuai oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal.


Mengapakah ianya dikatakan radikal?

a)

Mereka menggerakkan penentangan secara militan

b)

Mereka menggerakkan penentangan secara gerila

c)

Mereka bergerak secara senyap

d)

Mereka menubuhkan gerakan secara haram

16.

Siapakah nama Perdana Menteri India yang pertama?

a)

Mahatma Gandhi

b)

Muhammad Ali Jinnah

c)

Jawaharlal Nehru

17.

Apakah maksud satyagraha?

a)

Berpegang teguh kepada kebenaran

b)

Pemberontakan yang dilancarkan oleh sepoi atau askar upahan

c)

Sikap yang sanggup menanggung risiko dan sanggup berkorban

d)

Berani menyuarakan kebenaran biarpun sukar

18.

Siapakah nama tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

a)

San Min Chu-i

b)

Sun Yat Sen

c)

Lao Tze

d)

Aung San

19.

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Gerakan ini telah dipelopori oleh...

a)

Sheikh Muhammad Abduh

b)

Khalifah Abdul Hamid II

c)

Soekarno

d)

Muhammad Ali Jinnah

20.

Gerakan Pan-Islamisme telah muncul di empayar Uthmaniyah. Apakah tujuan gerakan tersebut ditubuhkan?

a)

Memperbaiki akidah umat Islam

b)

Membendung sekularisme oleh penjajahan Barat

c)

Menyeru umat Islam bersatu dan bangkit menentang kuasa Barat

d)

Memulihkan Islam daripada dicemari oleh sentimen Barat

21.

Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialis Barat.


Siapakah nama Maharaja yang telah melancarkan gerakan pembaharuan tersebut?

a)

Maharaja Meiji

b)

Maharaja Showa

c)

Maharaja Taisho

d)

Maharaja Akihito

22.

Prinsip dan semangat __________ dijadikan asas membina nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa era pemulihan Jepun.


Apakah semangat yang dimaksudkan?

a)

Samurai

b)

Banzai

c)

Bushido

d)

Kimigayo

23.

Nasionalisme di Filipina muncul untuk....

a)

Menentang penjajahan asing

b)

Menegakkan kebenaran

c)

Meegakkan kedaulatan Filipina

d)

Menolak raja berkuasa mutlak

24.

Senaraikan tiga nama tokoh nasionalis Filipina.

(a)  

25.

Gerakan ini telah dilancarkan di Filipina. Tujuan gerakan ini adalah untuk menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yang mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.


Apakah nama gerakan tersebut?

a)

Propaganda

b)

Katipunan

c)

Liga Filipina

d)

Revolusi Filipina

26.

Dalam gerakan nasionalisme di Burma, Persatuan Belia Buddha telah menaikkan satu isu untuk membangkitkan nasionalisme.


Apakah isu yang dimaksudkan?

a)

Isu pongyi

b)

Isu kasut

c)

Isu kuil

d)

Isu pendidikan

27.

Kuasa Barat manakah yang telah menjajah negara Vietnam pada awal abad ke 20?

a)

Britain

b)

Amerika Syarikat

c)

Rusia

d)

Perancis

28.

Siapakah Ho Chi Minh?

a)

Pemimpin Parti Nasionalis Vietnam

b)

Pemimpin Parti Komunis Vietnam

c)

Golongan intelektual yang menulis akhbar

d)

Golongan bangsawan yang memerintah

29.

Dalam gerakan nasionalisme di Indonesia, perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita telah dipelopori oleh...

a)

Soekarno

b)

Raden Adjeng Kartini

c)

Suharto

d)

Ibu Zain

30.

Dalam gerakan nasionalisme di Thailand, Raja Mongkut telah membina hubungan yang baik dengan Barat.


Apakah tujuan baginda berbuat demikian?

a)

Meniru corak pemerintahan Barat

b)

Menaikkan martabat dan kedaulatan Thailand

c)

Mempelajari cara untuk menjadi negara yang membangun sebagai kuasa imperialis

d)

Menjadikan Thailand negara yang bebas daripada penjajahan