wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERNIAGAAN TINGKATAN 4 (TREND PERSEKITARAN PERNIAGAAN) BAB 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Trend merupakan (a)   yang berlaku mengikut tahap perkembangan atau peredaran zaman sesuatu bidang yang diceburi.

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan trend persekitaran perniagaan?


I Trend melintang

II Trend meningkat

III Trend mendatar

IV Trend mencapah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan jenis trend perniagaan.


  • Keadaan konsisten dalam perniagaan
  • Tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan luaran perniagaan


Apakah jenis trend perniagaan tersebut?

a)

Trend meningkat

b)

Trend menurun

c)

Trend mendatar

d)

Trend mencapah

4.

Gambar 1 menunjukkan keadaan trend persekitaran yang berlaku dalam sebuah perniagaan. Apakah jenis trend persekitaran perniagaan tersebut?

a)

Trend menurun

b)

Trend mendatar

c)

Trend mencapah

d)

Trend meningkat

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pasaran.


Jenis pasaran ini berkaitan dengan permintaan dan penawaran semua jenis produk seperti makanan, pelancongan, dan perumahan.


Apakah jenis pasaran tersebut?

a)

Pasaran niche

b)

Pasaran produk

c)

Pasaran kewangan

d)

Pasaran untuk semua

6.

Pernyataan manakah yang benar tentang pasaran untuk semua?

a)

Pasaran yang berkaitan dengan jual beli saham, sekuriti, pinjaman dan pelaburan

b)

Pasaran produk yang ditawarkan kepada semua pengguna seperti beras, gula dan sebagainya

c)

Pasaran barangan akhir atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, perniagaan dan sektor awam

d)

Pasaran yang tertumpu kepada sesebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu seperti mereka yang berkongsi minat, hobi atau kemahuan yang sama

7.

Mengapakah trend penggunaan tenaga pekerja di negara maju semakin berkurangan?

a)

Kekurangan peluang untuk kenaikan pangkat

b)

Upah yang diterima oleh tenaga pekerja rendah

c)

Negara maju tertumpu kepada sektor perkhidmatan sahaja

d)

Penggunaan teknologi yang canggih dalam aktiviti pengeluaran

8.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan yang berlaku semasa kemelesetan ekonomi?


I Kadar pengangguran meningkat

II Penduduk tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli produk

III Pengeluaran produk perlu ditambah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat

IV Gaji dan upah pekerja meningkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah ciri-ciri yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi?

a)

Peningkatan produktiviti

b)

Aktiviti perniagaan yang rancak

c)

Peningkatan kadar pengangguran

d)

Penggunaan tenaga buruh menurun

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan satu faktor yang membawa perubahan kepada persekitaran perniagaan.


X merupakan suatu proses untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.


Apakah X?

a)

Politik

b)

Ekonomi

c)

Pengeluaran

d)

Undang-undang

11.

Mengapakah sosiobudaya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi organisasi perniagaan dalam menjalankan aktiviti perniagaan?

a)

Perniagaan perlu mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi

b)

Perniagaan perlu mempromosikan produk secara agresif

c)

Perniagaan perlu mengeluarkan produk secara massa tanpa mengira cita rasa setempat

d)

Perniagaan perlu menawarkan produk yang dapat memenuhi kehendak masyarakat setempat

12.

Pernyataan manakah yang benar tentang analisis SWOT?

a)

Peluang dan kekuatan ialah komponen faktor luaran

b)

Peluang dan ancaman ialah komponen faktor luaran

c)

Kekuatan dan kelemahan ialah komponen faktor dalaman

d)

Kelemahan dan peluang ialah komponen faktor dalaman

13.

Sesebuah negara dianggap maju apabila mencapai guna tenaga penuh. Apakah ciri guna tenaga penuh?

a)

Ramai pekerja asing

b)

Negara yang masih dalam kemiskinan

c)

Pendudukan yang ramai kaum perempuan

d)

Negara yang ada kadar pengangguran di bawah 4%

14.

Gambar 2 menunjukkan keadaan di sebuah pusat membeli-belah. Apakah akta yang boleh dikaitkan dengan aktiviti perniagaan di atas?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Sewa Beli 1967

c)

Akta Perkongsian 1961

d)

Akta Jualan Barangan 1957

15.

Gambar 3 menunjukkan tentang perubahan teknologi pada zaman sekarang. Apakah kebaikan teknologi kepada perniagaan?

a)

Meningkatkan produktiviti

b)

Menjimatkan masa pengeluaran

c)

Kesibukan rangkaian

d)

Kualiti produk dapat ditingkatkan

e)

Mengurangkan kos pengeluaran

16.

Gaya pengurusan merupakan (a)   sesebuah perniagaan untuk memacu ke arah perkembangan.

17.

Gambar 4 menunjukkan satu gaya pengurusan dalam sesebuah organisasi. Apakah jenis gaya pengurusan tersebut?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya pengurusan sederhana

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

18.

Gambar 5 menunjukkan satu jenis gaya pengurusan yang melibatkan tindakan majikan dalam sebuah organisasi. Ketegasan untuk memastikan segala kerja yang dirancang berjalan lancar dan matlamat organisasi dapat dicapai tanpa sebarang masalah.


Apakah jenis gaya pengurusan yang dinyatakan di atas?

a)

Gaya pengurusan autokratik

b)

Gaya pengurusan demokratik

c)

Gaya pengurusan sederhana

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

19.

Faktor luaran merupakan faktor-faktor yang boleh memberi peluang dan ancaman kepada sesebuah organisasi. Faktor luaran terdiri daripada:

a)

Politik

b)

Ekologi

c)

Ekonomi

d)

Pemasaran

e)

Sosiobudaya

20.

Faktor dalaman merupakan faktor-faktor yang dimiliki oleh sesebuah organisasi yang boleh memberi kekuatan dan kelemahan kepada organisasi tersebut. Faktor dalaman terdiri daripada:

a)

Ekonomi

b)

Kewangan

c)

Undang-undang

d)

Sumber manusia

e)

Gaya pengurusan