wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJI KATA

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Penceramah itu berjaya mengupas tajuk yang disampaikan dengan jelasnya.

II. Beberapa orang pemuda sedang sibuk mengupas buah kelapa untuk kenduri di rumah Pak Salim.

III. Dinding papan rumah itu mengupas kerna sudah terlalu lama.

IV. Penduduk kampung bergotong-royong mengupas daging lembu yang baru disembelih itu.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

2.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Saya sedang berkira-kira untuk menyertai aktiviti persembahan tersebut.

II. Eloklah kamu berkira-kira sebelum memberi apa-apa pendapat.

III. Zahari memang lemah dalam berkira-kira menjawab soalan Matematik.

IV. Berkira-kira seribu orang telah menghadiri perhimpunan itu.

a)

A. I dan II

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

3.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Kasut adik terlucut ketika berlari kerana ikatan tali kasutnya yang longgar.

II. Seluar panjang yang dibeli oleh ayah untuk adik longgar.

III. Perhubungan antara Aliya dan Aminah semakin longgar setelah mereka bertukar sekolah.

IV. Langkahnya yang longgar ketika memperagakan fesyen menyebabkan orang ramai tidak meminatinya.

a)

A. I, II dan IV sahaja

b)

B. I, II dan III sahaja

c)

C. I dan III sahaja

d)

D. I dan IV sahaja

4.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Sepanjang hari gadis itu hanya memarak di dalam biliknya.

II. Cita-cita Raihana untuk menjadi usahawan yang berjaya semakin memarak.

III. Api pelita itu sekejap memarak sekejap malap mengikut tekanan udara di dalam bilik itu.

IV. Kasih sayang Qaseh terhadap ibunya sentiasa memarak di dalam hatinya.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan IV sahaja

d)

D.II, III dan IV sahaja

5.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Ibu merenung wajah anak kecilnya puas sebelum ke tempat kerja.

II. Pendapatan Encik Tan daripada jualan ayam dan sayurannya bulan ini agak puas.

III. Puas sudah Ramli mencari kerja tetapi belum dapat-dapat juga.

III. Seharusnya rakyat berasa puas dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

a)

A. I dan III sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

6.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Gopal menghirup air teh yang masih panas itu dengan perlahan-lahan.

II. Aqila gemar bersiar-siar di taman rekreasi itu sambil menghirup udara yang segar.

III. Nyamuk Aedes selalunya menghirup darah mangsanya.

IV. Tabiat menghirup rokok memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

7.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Setiap pelajar yang belajar di institusi pengajian tinggi itu mesti lulus dalam setiap ujian yang diadakan.

II. Dia percaya bahawa tragedi yang menimpa keluarganya itu merupakan suatu ujian daripada Tuhan.

III. Doktor akan melakukan ujian darah terhadap pesakit itu bagi mengenal pasti penyakitnya.

IV. Pembantu makmal sedang membersihkan tabung ujian di dalam makmal itu.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Zariq jatuh sakit akibat kehujanan.

II. Harga saham yang jatuh semalam telah naik mendadak pada hari ini.

III. Hukuman telah jatuh oleh mahkamah terhadap pemuda itu.

IV. Buah durian jatuh pada waktu malam.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I, II dan III sahaja

c)

C. III dan IV sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

9.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Ibu mengangkat kain-kain yang sudah kering di ampaian.

II. Lebihan ikan yang tidak terjual itu dijadikan ikan kering oleh ibu.

III. Kering hatinya apabila melihat kanak-kanak hampir dilanggar kereta di simpang jalan itu.

IV. Rina tidak dapat meminjamkan wang kepada sahabatnya kerana dia sendiri sudah kering sekarang ini.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I dan III sahaja

c)

C. I, II dan IV sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Ah Chong berasa selesa apabila duduk di kerusi yang enak ini.

II. Nasi lemak yang dijual di kantin sekolah sangat enak rasanya.

III. Sejak semalam badannya berasa tidak enak kerana diserang demam.

IV. Gurunya memerhatikan muka mereka dengan pandangan yang kurang enak.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

11.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Semua wang simpanannya lebur dalam pelaburan yang tidak menjadi itu.

II. Hatinya mula lebur apabila melihat kekasihnya berjalan dengan orang lain.

III. Besi lebur mengambil masa beberapa jam untuk menyejuk.

IV. Semua hasrat Pak Mail lebur apabila anaknya menolak pinangan orang kaya itu.

a)

A. I dan III sahaja

b)

B. II dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II, III dan IV sahaja

12.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Jari kakak luka terkena pisau ketika potongan sayur.

II. Potongan badannya yang langsing menyebabkan ramai pemuda tergila-gilakannya.

III. Encik Heng membayar pinjaman perumahannya melalui potongan gaji pada setiap bulan.

IV. Sempena karnival jualan murah, pusat beli-belah terkenal itu telah menawarkan potongan harga bagi semua barang yang dijual.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I dan III sahaja

c)

C. II, III dan IV sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

13.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Kenangan sewaktu ibunya masih ada masih segar dalam ingatannya.

II. Angin yang berhembus sepoi-sepoi dari balik bukit itu segar dan nyaman.

III. Komala segar kesalahan yang dilakukannya amat berat.

IV. Kita harus makan makanan yang segar supaya sihat.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I dan III sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II dan IV sahaja

14.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Matanya kelihatan berair kerana dimasuki habuk.

II. Mata pisau itu tajam setelah diasah oleh ibu.

III. Tangannya luka terkena mata kail ketika dia memancing.

IV. Pekerjaan bapa sebagai mata gelap menyebabkan dia sering pulang lewat ke rumah.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I, dan III sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, III dan IV sahaja

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Kadang-kadang saja dia bangun melewati pukul 8.00 pagi.

II. Ai Ling melewati saja soalan-soalan Matematik yang sukar itu.

III. Jangan melakukan perkara-perkara yang melewati batas-batas agama.

IV. Para peseta ekspedisi itu berjalan melewati denai-denai di hutan itu.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I, II dan III sahaja

c)

C. I, III dan IV sahaja

d)

D. I, II, III dan IV sahaja

16.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Kegembiraan kakak melonjak apabila melihat ibu dan ayah menjemputnya pulang dari asrama.

II. Daripada kerani dia melonjak menjadi penolong pengarah syarikat.

III. Fatin melonjak hendak memetik buah jambu di hujung dahan itu.

IV. Harga ikan melonjak setiap kali tibanya musim tengkujuh.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

17.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Tiba-tiba saja adik datang lalu duduk dekat dengan saya.

II. Wangnya yang terkumpul sekarang sudah dekat RM7000.00.

III. Kejadian rompakan itu kami laporkan ke balai polis yang dekat.

IV. Penduduk dipindahkan segera kerana serangan musuh sudah dekat.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, III dan IV sahaja

18.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Fikiran ibu itu kelam-kabut setelah mendapati anak bongsunya hilang dalam kesibukan orang ramai di pusat beli-belah itu.

II. Keadaan dalam stor itu kelam-kabut kerana dipenuhi buku-buku.

III. Dalam keadaan kelam-kabut untuk ke sekolah, adiknya terlupa memakai stoking.

IV. Pemandu helikopter itu terpaksa membuat pendaratan yang kelam-kabut kerana kerosakan enjin.

a)

A. I dan III sahaja

b)

B. II dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja

19.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Menjadi-jadi tangisan anak kecil itu selepas ditinggalkan oleh ibunya.

II. Selepas kena hujan semalam, demam abang menjadi-jadi.

III. Buah-buahan di dusun datuk Zariq menjadi-jadi tahun ini.

IV. Air sungai yang jernih itu menjadi-jadi keruh setelah sekumpulan budak mandi di situ.

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. III dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. I, II, III dan IV

20.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.


I. Golongan belia harus mempunyai semangat kental untuk maju dalam perniagaan.

II. Setelah dipanaskan agak lama, campuran itu menjadi kental seperti agar-agar yang separuh beku.

III. Sememangnya sejak di sekolah rendah lagi persahabatan mereka amat kental.

IV. Fikirannya kental setiap kali memikirkan masalah kewangan yang dihadapinya.

a)

A. I dan III sahaja

b)

B. II dan IV sahaja

c)

C. I, II dan III sahaja

d)

D. II, III dan IV sahaja.