NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Kata Ganda)
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
________________ muka adik menahan kesakitan akibat terjatuh dari basikalnya.
Bermuka-muka
Berpinar-pinar
Berkedut-kedut
Berkerut-kerut
Kami masih dapat melihat kilauan permata itu walaupun dalam cahaya yang ____________________ .
pinar-pinar
balam-balam
samar-samar
suram-suram
Tangisan pilu mangsa kekejaman perang itu masih_____ di telingaku.
terngiang-ngiang
teringat-ingat
berbisik-bisik
berdering-dering
Encik Bala berjalan __________ di hadapan bilik bersalin ketika menanti kelahiran anak sulungnya.
ulang-alik
lintang-pukang
mundar-mandir
kelam-kabut
Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui ___________ hutan simpan itu .
simpang siur
selok-belok
lekak-lekuk
hiruk-pikuk
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
haru-biru
keluh-kesah
kusut-masai
tunggang-langgang
Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.
berbuai-buai
berkibar-kibar
bergoyang-goyang
bergerak-gerak
Mereka menangis ___________ apabila menonton filem yang menyayat hati itu.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Adila _______ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.
terangguk-angguk
terbatuk-batuk
tertanya-tanya
tertidur-tidur
