NEW
Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1.Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
gelap
nyaman
hening
bising
- Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk belajar.
lupa
malu
jarang
sering
Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .
tegang
teguh
tegap
segar
Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
tinggi
panjang
pendek
rendah
Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________ .
pedas
masin
payau
tawar
Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.
rendah
tinggi
singkat
sempit
Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.
sayang
marah
sedih
gembira
Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.
riang
marah
gementar
gembira
Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
kuat
rakus
senyap
perlahan
“Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.
sopan
ikhlas
adil
amanah
Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.
penuh
ketat
padat
lebat
Yuki berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu _________.
sibuk
tegang
sesak
senggang
Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.
lusuh
uzur
layu
kelam
Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
kaku
diam
nyenyak
riang
Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.
tawar
pedas
masin
kelat
Bahagian depan kereta itu telah ________setelah terlanggar lori.
patah
remuk
kempis
ranap
Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
cemas
terharu
terkejut
kecewa
Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
gagap
leka
deras
Seluruh badan Azman ________kerana disengat sekawan tebuan sewaktu bermain di tepi
lebam
patah
hancur
bengkak
