Font size
WorksheetsFrancais dan Usaha sama - Perniagaan
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Perniagaan Francais melibatkan dua pihak dari segi perjanjian urus niaga. Siapakah pihak yang terlibat tersebut?
Francaisor dan Pelanggan
Pembeli dan Penjual
Francaisor dan Francaisi
Francaisi dan Penjual
Berikan dua ciri umum francais mengikut Akta Francais 1988?
Perniagaan mesti dikendalikan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh francaisor
Francaisi berhak untuk menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor
Francaisor tidak bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada francaisi
Francaisi tidak mengenakan bayaran dalam bentuk fi atau bentuk balasan lain kepada francaisor
Organisasi manakah menjalankan perniagaan francais?
Klinik Pergigian Amin dan Menot
Persatuan Badminton Malaysia
Kedai runcit makcik kiah
KFC dan Mcdonald
Francaisor merupakan syarikat _________ yang memiliki hak asal atas _________ produk.
jenama dan barang
induk dan sistem
induk dan jenama
kecil dan imej
Berikan dua peranan francaisor.
Menyediakan rumah untuk setiap pekerja
Menyediakan premis kepada francaisi
Memberikan hak untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi dan format perniagaannya kepada francaisi
Menyediakan khidmat latihan seperti kursus dan bimbingan
Apakah kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?
Dapat menjimatkan kos promosi
Dapat menjamin keuntungan perniagaan
Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
Dapat mengembangkan perniagaan secara global
Berikan maksud francaisi.
Syarikat yang menjual hak kebenaran untuk menggunakan jenama kepada francaisor
Syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor
Syarikat yang meminjam hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada francaisor
Syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama daripada Makcik Kiah
Usaha sama ialah suatu perkongsian ________ antara dua atau lebih individu atau syarikat dan mereka bersetuju untuk bekerjasama mengeluarkan _______ atau perkhidmatan dalam jangka masa yang tertentu.
strategik dan barang
kecil dan penjual
strategik dan pembeli
berhad dan barang
Di antara yang berikut merupakan tujuan usaha sama. Yang manakah merupakan pernyataan salah berkenaan tujuan usaha sama.
Meningkatkan kedudukan syarikat
Perkongsian kepakaran
Menambahkan keuntungan perniagaan pemilik
Pertukaran nilai
Antara yang berikut, manakah kelebihan usaha sama?
I Dapat menjamin keuntungan
II Risiko perniagaan dapat dikurangkan
III Dapat mengelakkan berlakunya konflik
IV Mudah untuk mendapat pelbagai sumber
I dan II
II dan III
I dan IV
II dan IV
