WorksheetsKUIZ SAINS MEN RENDAH SET B
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Ahli astronomi yang pertama mencipta teleskop dan menggunakannya untuk mengkaji bintang ialah
A. Hans Lippershey
B. Galileo Galilei
C. Sir Isaac Newton
D. Edwin Powell Hubble
Manakah antara kejadian berikut tidak dapat dialami oleh penduduk di kawasan Khatulistiwa?
A. Perubahan kedudukan bintang di langit
B. Kejadian air pasang surut
C. Kejadian empat musim
D. Gerhana matahari penuh
Di antara berikut, mineral yang paling keras ialah
A. kuarza
B. bauksit
C. kasiterit
D. intan
Cabang sains yang mengkaji mengenai serangga ialah
A. Entomologi
B. Mikrobiologi
C. Patologi
D. Zoologi
Rumpai air boleh berdiri tegak di dalam air kerana ia
A. mempunyai batang berkayu
B. disokong oleh kesegahan selnya
C. ditarik ke bawah oleh tarikan graviti
D. disokong oleh air di sekelilingnya
Haiwan vertebrata mempunyai sistem sokongan yang dikenali sebagai
A. sistem rangka luar
B. sistem rangka dalam
C. sistem rangka hidrostatik
D. sistem rangka sendi
Akta Perhutanan telah dikuatkuasakan untuk
A. melindungi haiwan liar di hutan
B. mengharamkan penerokaan hutan
C. mengawal aktiviti pembalakan
D. mengawal perdagangan haram haiwan dan tumbuhan
Berbanding dengan gigi susu, gigi kekal mempunyai tambahan
A. 2 gigi taring
B. 4 gigi taring
C. 8 gigi geraham kecil
D. 12 gigi geraham
Pembentukan oksihemoglobin berlaku di
A. peparu
B. sumsum tulang
C. hati
D. sel-sel badan
Stetoskop ialah alat yang digunakan untuk
A. melihat objek yang jauh
B. melihat objek yang sangat seni
C. memperkuatkan bunyi yang sangat lemah
D. mengurangkan kejadian gema
