Font size
WorksheetsPerniagaan Ting 5- Definisi Penyata Kewangan
Total questions: 21
Worksheet time: 21mins
Apakah maksud penyata kewangan?
Punca perolehan dan penggunaan tunai bagi suatu tempoh tertentu.
Penyata yang menunjukkan punca perolehan dan penggunaan tunai bagi satu tempoh.
Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.
Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan sebagai rujukan semasa mengawal dan merancang aktiviti perniagaan?
Institusi kewangan
Pihak pengurusan
Pemiutang
Antara yang berikut, manakah yang merupakan komponen Penyata Kewangan?
Kunci Kira Kira
Akaun Simpanan
Penyata Aliran Tunai
Berikut merupakan kepentingan penyata aliran tunai kepada perniagaan. kecuali...
Dapat mengetahui jumlah hasil dan belanja perniagaan
Dapat mengetahui kedudukan aset dan liabiliti perniagaan
Dapat mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai
Antara berikut, yang manakah dicatat dalam Kunci Kira-kira?
Kos belian
Ekuiti pemilik
Aset semasa
Aset bukan semasa
Manakah yang merupakan aset semasa?
Kenderaan
Inventori
Bangunan
Antara yang berikut, manakah yang merupakan komponen Penyata Pendapatan? (Pilih dua jawapan)
Kunci Kira-Kira
Akaun Untung Rugi
Akaun Perdagangan
Penyata Aliran Tunai
Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu butiran kos dalam penyata pendapatan.
Perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan jualan
Apakah butiran kos berkenaan?
Kos jualan
Kos belian
Belian bersih
Kos barang untuk dijual
Antara yang berikut, butiran manakah yang boleh diperoleh daripada Kunci Kira-Kira? (Pilih dua jawapan)
Stok awal
Kos jualan
Ekuiti Pemilik
Aset bukan semasa
Manakah yang merupakan aset semasa?
Inventori
Bangunan
Kenderaan
Kelengkapan pejabat
Antara yang berikut, butir manakah yang dimasukkan dalam akaun perdagangan? (Pilih dua jawapan)
Sewa
Duti import
Angkutan keluar
Upah atas belian
Manakah yang memberi kesan kepada untung bersih?
Duti import
Sewa bangunan
Upah atas belian
Insurans atas belian
Manakah yang berkaitan dengan belanja membeli barang niaga?
Gaji
Sewa
Insurans
Angkutan Masuk
Nyatakan klasifikasi akaun untuk gambar ini.
Liabiliti
Aset
Hasil
Belanja
Antara yang berikut, yang manakah dicatatkan dalam penyata pendapatan?
I Aset
II Hasil
III Belanja
IV Liabiliti
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Mengapakah Kunci Kira-Kira disediakan?
Mengetahui prestasi perniagaan
Menentukan untung atau rugi operasi
Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan
Menunjukkan keadaan aset dimiliki oleh perniagaan
G = Aset semasa - Liabiliti semasa
Apakah G?
Aset Bukan Semasa
Liabiliti Jangka Panjang
Modal Kerja
Modal Awal
Pernyataan manakah yang benar tentang penyata pendapatan?
Untung kasar = Jualan - Kos jualan - Belanja operasi
Untung bersih = Untung kasar - Kos jualan - Belanja operasi
Untung kasar = Jualan - kos jualan
Untung Bersih = Untung Kasar - Belanja belian - Belanja operasi
Pernyataan manakah yang benar tentang Kunci Kira-kira?
Liabiliti = Ekuiti pemilik - Aset
Aset + Liabiliti = Ekuiti Pemilik
Liabiliti - Aset = Ekuiti Pemilik
Aset = Ekuiti pemilik + Liabiliti
Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam penyata pendapatan?
(Pilih 2 jawapan)
Stok awal
Tunai di tangan
Tunai di bank
Stok akhir
Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam Kunci Kira-kira?
(Pilih 2 jawapan)
Stok akhir
Overdraf bank
Stok awal
Untung kasar
