NEW
Font size
WorksheetsE1 :TRIAL (2) BAB 1-3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pernyataan berikut berkaitan dengan suatu amalam yang dipatuhi oleh sebuah perniagaan.
Sewa yang dibayar perlu diselaraskan dengan sewa belum bayar untuk sesuatu tempoh perakaunan sebelum dipindahkan ke penyata kewangan.
Apakah andaian, prinsip atau batasan dalam perakaunan yang terlibat?
Prinsip ketekalan
Prinsip hasil dan belanja
Prinsip wangh sebagai ukuran
Tempoh perakaunan
Antara berikut, yang manakah merupakan ciri berkaitan Klinik Fatihah?
Liabiliti terhad
Liabiliti tidak terhad
Modal disumbang oleh rakan kongsi
Modal disumbang oleh pemegang syer
Apakah belanja bukan operasi perniagaan Juara Textile?
Faedah atas pinjaman
Kadar bayaran
Alat tulis
Gaji
Pemilik Kedai Alat Tulis Sally telah membawa masuk komputer peribadinya ke dalam perniagaan. Apakah kesan urusniaga tersebut terhadap persamaan perakaunan?
Aset berkurang : Liabiliti berkurang
Aset bertambah : Liabiliti bertambah
Aset berkurang : Ekuiti bertambah
Aset bertambah : Ekuiti bertambah
Urus niaga berikut di ambil daripada Zharif Trading
Menghantar dokumen kepada pelanggan untuk caj pengangkutan sebanyak RM 120.
Apakah dokumen tersebut?
Resit
Invois
Nota debit
Baucer pembayaran
Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Zahara.
Pada 11 Mac 2024, sekeping invois dikirim kepada Kedai Kasut Baim bernilai RM 2400 dengan syarat 10% 7 hari, 5% 14 hari.
Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Kedai Kasut Baim jika bayaran dbuat pada 20 Mac 2024?
RM 2040
RM 2160
RM 2280
RM 2400
Objektif utama subbidang perakaunan ini adalah untuk menyediakan maklumat perakaunan kepada pengguna dalaman dan pengguna luaran
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan kewangan
Perakaunan pengurusan
Encik Samsuri dan rakannya menubuhkan Kedai Runcit Suri. Apakah ciri-ciri kedai runcit beliau?
Liabiliti tidak terhad
Bilangan minimum adalah 50 orang
Modal disumbang melalui terbitan syer
Dikenakan cukai ke atas pemdapatan perniagaan
Aisyah Amalina merupakan pemilik Syarikat Berjaya Sdn Bhd. Butiran manakah merupakan komponen hasil syarikat beliau?
Tunai dan overdraf bank
Modal dan untung bersih
Gaji dan susut nilai kenderaan
Dividen dan hasil perkhidmatan
Pernyataan manakah yang menunjukkan liabiliti bukan semasa?
Pelaburan
Simpanan tetap
Pinjaman (matang 2028)
Gaji belum bayar
Apakah dokumen yang digunakan untuk urusniaga tunai?
Slip daftar
Invois
Nota Debit
Borang pesanan
Encik Roslan pemegang akaun semasa telah menerima satu dokumen daripada Maybank Berhad. Apakah dokumen tersebut?
Slip bank
Penyata bank
Buku resit
Penyata akaun
Antara berikut, yang manakah ciri kualitatif tetingkat dalam penyata kewangan?
Kerelevanan
Perwakilan benar
Kebolehbandingan
Penilaian saksama
P ialah satu peringkat dalam Kitaran Perakaunan. Pada peringkat ini hasil dan belanja dipindahkan ke dalam APUR. Apakah P?
Pelarasan
Catatan penutupan
Buku catatan pertama
Imbangan duga terselaras.
Sebuah kenderaan yang dibeli dengan harga RM 40000 pada tahun 2020 masih direkodkan dengan harga RM 40000 pada PKK pada 31 Mei 2024 walaupun harga pasaran telah menyusut kepada RM 28000. Situasi di atas berkaitan dengan prinsip iaitu....
Ketekalan
Prinsip kos sejarah
Penilaian nilai saksama
Hasil dan belanja
Antara berikut adalah ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian profesional kecuali
Liabiliti tidak terhad
Dimilik oleh 2 hingga 50 orang
Dimilik oleh 2 hingga 20 orang
Modal disumbang oleh pekongsi
Dimanakah bermulanya sistem catatan bergu?
Mesir
Babylonia
Maklumat berikut berkenaan dengan Kilang Ais Ropi.
Pengurusan kilang telah membuat keputusan untuk membeli sebuah mesin memproses ais yang lebih canggih dan dijangka meningkatkan keuntungan kilang untuk beberapa tahun yang akan datang.
Apakah prinsip.andaian dan batasan perakaunanyang dipatuhi?
Tempoh perakaunan
Wang sebagai ukuran
Kos Manfaat
Ketekalan
Antara berikut yang manakah merupakan dokumen bukan sumber?
Memo
Bil bayaran
Pesanan belian
Slip daftar tunai
Maklumatberikut berkaitan dengan satu dokumen.
Pembekal Kamal Hassan mengeluarkan dokumen X kepada pelanggan sebagai peringatan baki hutang yang belum dijelaskan.
Apakah X?
Resit
Invois
Nota kredit
Penyata Akaun
