WorksheetsAdab Menziarahi Rakan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pada suatu hari , Amin ingin ke rumah rakannya Ahmad. Apakah yang harus dilakukan oleh Amin?
Memberitahu rakan ketika hendak menziarahi.
Menziarahi dengan segera
Keluarga akan malu apabila kita _______________________.
tidak beradab ketika menziarahi rakan
beradab ketika menziarahi rakan
Amin telahpun mendapat keizinan dari Ahmad untuk datang menziarah. Apabila Amin sampai di rumah Ahmad, apakah yang perlu Amin lakukan?
Memberi salam dan meminta izin pada Ahmad untuk masuk
Terus masuk dan duduk di sofa Ahmad
Di atas merupakan dalil menziarah. Apakah yang dinyatakan di dalam dalil tersebut?
Meminta keizinan untuk menziarah dan memberi salam kepada orang yang diziarah.
Datang dihadapan rumah dan terus masuk ke dalam rumah rakan.
Perlukah kita membaca doa ketika menziarahi rumah rakan ?
Ya
Tidak
Amin menziarah Ahmad dan mengatakan rumah Ahmad sangat kecil dan panas. Bolehkah Amin mengatakan perkataan ini kepada Ahmad? Kenapa?
Tidak , perlu berkata baik dan berfaedah ketika menziarahi rakan.
Ya, perlu berterus terang kepada rakan.
Amin telah menziarahi rumah Ahmad dari pagi sehingga malam. Adakah ini adab menziarahi rakan yang dibolehkan?
Tidak
Ya
Haziqah menziarahi rumah Auni . Yang manakah merupakan adab Haziqah apabila menziarahi Auni?
Haziqah memuji kekemasan rumah Auni.
Haziqah menceritakan keburukan rakan mereka.
Fadhilat menziarahi rakan ialah
Menambah kasih sayang sesame rakan
Membenci antara satu sama lain
Mendapat ganjaran pahala Allah SWT merupakan fadhilat menziarahi rakan. Adakah Haziqah sesuai melawat Auni ketika Auni sedang berehat di rumah selepas penat bekerja?
Tidak
Ya
Adakah fadhilat menziarahi rakan?
Mengeratkan hubungan silaturrahim
Tidak disukai rakan
Auni meminta Haziqah datang kerumahnya untuk memberikan maklumat tentang kerja yang tertunggak disebabkan Auni tidak sihat. Adakah ini merupakan fadilat menziarahi rakan?
Ya
Tidak
Apakah akibat tidak beradab ketika berziarah?
Tidak disayangi oleh Allah SWT dan rasul
Dapat ganjaran pahala daripada Allah SWT
Apakah fadilat menziarahi rakan?
Dapat bertukar maklumat dan pendapat.
Dapat masalah dan pergaduhan
Apakah akibat kita tidak menjaga adab ketika menziarahi rakan?
Kehilangan rakan
Tidak akan mendapat mendapat maklumat dan pendapat
Jika kita suka melawat rakan-rakan . Apakah perkara penting yang harus kita jaga supaya rakan-rakan sayang akan kita?
Sentiasa membawa cerita tentang rakan lain
Sentiasa bercakap dengan perkara yang baik dan berfaedah
Mengapakah kita perlu membaca doa ketika menziarahi rakan?
Untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT
Untuk mengelakkan syaitan menganggu kita
Apakah faedah kita menjaga adab ketika menziarahi rumah rakan kita?
Rakan akan menyayangi kita
Rakan akan mendoakan kita
Apakah akibat jika kita menganggap rumah rakan seperti rumah kita?
Tidak mendapat keredhaan Allah SWT dan rasul
Menambah kasih sayang sesame rakan
Jika menziarahi rakan apakah yang perlu kita lakukan ?
Meminta izin sebelum masuk
Tidak membaca doa ketika masuk
