wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (PEMBUKAAN KOTA MEKAH)

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pembukaan Kota Mekah atau dikenali sebagai ___________ ialah peristiwa penting pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan dan cengkaman jahiliah.

a)

Mekah Al-Mukarramah

b)

Masjidil Haram

c)

Fathu Mekah

d)

Al-Munawwarah

2.

Pihak musyrikin quraisy di Mekah telah ___________ perjanjian Hudaibiyah yang telah dipersetujui mereka.

a)

memenuhi

b)

menentang

c)

menerima

d)

mengkhianati

3.

Mengikut perjanjian Hudaibiyah pihak musyrikin quraisy dan pihak islam __________ membuat perjanjian dengan mana-mana pihak.

a)

bebas

b)

suka hati

c)

tawar hati

d)

bekerjasama

4.

Apabila mendapat berita ini, nabi Muhammad S.A.W memerintahkan kaum muslimin membuat ____________ untuk berangkat ke Mekah.

a)

perjanjian

b)

persiapan

c)

peperangan

5.

Nabi Muhammad S.A.W ___________ tujuan dan pergerakan mereka daripada pihak musyrikin Quraisy.

a)

mendedahkan

b)

memberitahu

c)

merahsiakan

d)

mewar-warkan

6.

Pada bulan _________________ tahun ke lapan hijrah Nabi Muhammad S.A.W bersama kaum muslimin berangkat menuju ke Mekah.

a)

Rejab

b)

Sya'ban

c)

Ramadhan

d)

Syawal

7.

Bilangan kaum Muslimin yang berangkat ke Mekah seramai _____________.

a)

10 ribu orang

b)

11 ribu orang

c)

12 ribu orang

d)

13 ribu orang

8.

Nabi Muhammad memerintahkan kaum muslimin memasukki Mekah melalui jalan yang ______________.

a)

sama

b)

sehala

c)

berbeza

9.

Kaum muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah _____________ tetapi akhirnya mereka berjaya masuk ke Kota Mekah.

a)

ditangkap

b)

diserang

c)

dikejar

d)

dicabar

10.

Nabi Muhammad S.A.W masuk ke Kota Mekah dengan menundukkan kepala tanda merendah diri dan bersyukur kepada _____________ atas nikmat kemenangan umat Islam.

a)

Allah Taala

b)

Musyrikin Quraisy

11.

Apabila baginda tiba di Baitullah, baginda telah melakukan tawaf dan memusnahkan ____________ yang terdapat di dalam dan di sekeliling Kaabah.

a)

300 buah berhala

b)

320 buah berhala

c)

340 buah berhala

d)

360 buah berhala

12.

Nabi Muhammad S.A.W berucap dikhalayak ramai tentang kebebasan dan ______ yang diberi kepada musyrikin quraisy atas kesilapan yang lalu.

a)

kemaafan

b)

hukum

c)

denda

13.

Pengajaran daripada peristiwa pembukaan Kota mekah ialah:(tandakan 2 sahaja)

a)

kita perlu membuat perancangan teliti sebelum melakukan sesuatu.

b)

kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan.

c)

kita tidak perlu menjadi seorang yang pemaaf.

d)

kita tidak perlu mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W

14.

Pembukaan kota Mekah berlaku dengan ________. Selepas peristiwa itu, agama Islam semakin berkembang luas.

a)

aman

b)

kacau bilau

c)

pergaduhan

d)

peperangan

15.

SIAPAKAH YANG MENGKHIANATI PERJANJIAN HUDAIBIAH?

a)

KAUM MUSLIMIN

b)

MUSYRIKIN MEKAH

c)

YAHUDI MADINAH

d)

BANI ISRAEL

16.

BANI .......... TELAH DIBANTU OLEH QURAISY MENYERANG BANI KHUZAAH.

a)

MUTALIB

b)

ISRAEL

c)

QURAISY

d)

BAKAR

17.

MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD SAW MENYURUH TENTERA ISLAM MASUK KE MEKAH MELALUI BANYAK PENJURU?

a)

UNTUK MEMBUNUH SEMUA MUSYRIKIN MEKAH PADA WAKTU ITU

b)

SUPAYA MUSYRIKIN MEKAH TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN DIRI DARI TENTERA ISLAM

c)

SUPAYA TENTERA ISLAM DAPAT BEREHAT

d)

UNTUK MELEMAHKAN KESATUAN MUSYRIKIN MEKAH

18.

APAKAH YANG BERLAKU DI ZU TUA?

a)

NABI MUHAMMAD MEMERINTAHKAN TENTERA ISLAM SUPAYA MASUK KE MEKAH MELALUI PELBAGAI PENJURU

b)

UNTA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MAHU BERGERAK

c)

USMAN BIN AFFAN TELAH DITANGKAP DAN DIBUNUH

d)

ABU SUFIAN MEMELUK AGAMA ISLAM

19.

NABI MASUK MEKAH DENGAN MENUNGGANG ................... SERTA BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH TAALA.

a)

KELDAI

b)

KERETA KUDA

c)

UNTA

d)

KUDA

20.

MENGAPAKAH NABI MASUK MEKAH DENGAN MENUNDUKKAN KEPALANYA?

a)

KERANA KELETIHAN KETIKA MASUK KE MEKAH.

b)

MENGELAK DARI TERKENA BATU YANG DILONTAR OLEH MUSYRIKIN MEKAH

c)

TIDAK MAHU JATUH DARI UNTANYA

d)

MERENDAH DIRI KEPADA ALLAH.

21.

SIAPAKAH YANG DIJAMINKAN KESELAMATAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW KECUALI?

a)

MUSYRIKIN YANG BERLINDUNG DI BAITULLAH

b)

MUSYRIKIN YANG BERLINDUNG DI RUMAH ABU SUFIAN

c)

MUSYRIKIN YANG BERLINDUNG DI RUMAH

d)

MUSYRIKIN YANG BERLINDUNG DI YAMAN

22.

SIAPAKAH PEMIMPIN QURAISY YANG MEMELUK ISLAM PADA PERISTIWA PEMBUKAAN KOTA MEKAH?

a)

ABU ZAR

b)

ABU SUFIAN

c)

ABU JAHAL

d)

SUHAIL BIN AMRU