wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ 1 PERNIAGAAN

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri rakan kongsi.


Rakan kongsi yang menyumbangkan nama tetapi tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan.


Apakah jenis rakan kongsi di atas ?

a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi biasa

d)

Rakan kongsi nominal

2.

Antara yang berikut, yang manakah menentukan saiz sesebuah perniagaan?

I Bilangan pekerja

II Jumlah modal yang dilaburkan

III Bilangan cawangan perniagaan

IV Bilangan jenis produk yang dijual

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.


· Ditubuhkan dengan konsep “milik bersama”

· Ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu

· Aktiviti tidak berunsurkan politik


Perniagaan manakah yang mempunyai ciri tersebut?

a)

Agrobank

b)

Pasar raya Selamat

c)

Koperasi Pekebun Kecil

d)

Percetakan Cahaya Sdn. Bhd

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pusat dalam menguruskan kewangan negara.


Ø Dasar fiskal

Ø Dasar kewangan


Mengapakah kerajaan Malaysia melaksanakan dasar-dasar tersebut?

a)

Untuk menggalakkan eksport barangan tempatan

b)

Untuk menjamin keadaan ekonomi terus kukuh dan stabil

c)

Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing dalam negara

d)

Untuk meningkatkan permintaan barangan tempatan di luar negara

5.

Agensi di atas berperanan membantu pengeluar tempatan menembusi pasaran global.


Bagaimanakah agensi tersebut berperanan?

a)

Memberi khidmat nasihat

b)

Menyediakan bantuan prasarana

c)

Menyediakan kemudahan pembiayaan

d)

Memperkenalkan teknologi pengeluaran baharu

6.

Manakah peranan kerajaan tempatan?

a)

Mewujudkan kawasan industri

b)

Membentuk syarikat perniagaan

c)

Menyediakan kemudahan infrastruktur

d)

Menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?

a)

Lambakan barang dan perkhidmatan di pasaran

b)

Permintaan untuk barang dan perkhidmatan menurun

c)

Harga barang menurun akibat pengeluaran yang berlebihan

d)

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

8.

9 Apakah maksud syer pasaran ?

a)

Peratus pengguna yang membeli produk sesuatu organisasi perniagaan.

b)

Satu transaksi berlaku di antara penjual dengan pembeli.

c)

Aktiviti untuk menarik pengguna supaya membeli produknya.

d)

Ukuran penggunaan sumber manusia sesuai dengan kuantiti produk yang

dikeluarkan.

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran suatu produk.


Kos tetap : RM 400,000.00

Harga : RM 120.00

Kos berubah seunit : RM 70.00


Berapakah titik pulangan modal ?

a)

2105 unit

b)

3333 unit

c)

5714 unit

d)

8000 unit

10.

Apakah faktor yang peru dipertimbangkan untuk menetapkan visi, misi dan objektif perniagaan ?

a)

Boleh diukur.

b)

Boleh dicapai.

c)

Daya saing.

d)

Jangka masa.