wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KIMIA T4 : BAB 4

Total questions: 50

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Beliau mengelaskan tiga unsur dengan sifat yang sama ke dalam kumpulan yang dikenali sebagai triad.

a)

John Newlands

b)

Antoine Lavoisier

c)

Johann Dobereiner

d)

Lothar Meyer

e)

Henry J.G. Moseley

2.

Kumpulan 2 dalam JBU juga dikenali sebagai (a)  

3.

Unsur X mempunyai susunan elektron 2.7

Dimanakah terletaknya unsur ini dalam JBU?

a)

7

b)

12

c)

13

d)

17

4.

Nombor proton bagi unsur W adalah 9.

Apakah susunan elektron atom ini?

a)

2.4.3

b)

2.8.1

c)

2.7

d)

2.8

5.

Unsur kumpulan 18 dipanggil sebagai _____________.

a)

Gas Nadi

b)

Gas Nadir

c)

Gas Adi

d)

Halogen

6.

Manakah yang BENAR bagi sifat-sifat kumpulan 18?

a)

Gas tidak berwarna pada tekanan dan suhu bilik.

b)

Ketumpatan yang tinggi.

c)

Takat lebur dan takat didih yang rendah.

d)

Tidak larut dalam air.

e)

Konduktor haba yang baik.

7.

Jejari atom atau saiz atom bagi unsur kumpulan 18 bertambah kerana bilangan (a)   atom semakin bertambah.

8.

Takat lebur dan takat didih unsur kumpulan 18 bertambah kerana daya tarikan antara atom bertambah kuat disebabkan saiz atom unsur berkurang..

a)

Benar

b)

Palsu

9.

Uunsur kumpulan 18 yang paling kecil ialah _____________.

a)

Helium

b)

Neon

c)

Argon

d)

Kripton

10.

Semua gas adi mempunyai bilangan elektron valens yang maksimum pada petala terluar iaitu ________ atau__________elektron valens.

a)

dua, enam

b)

dua, lapan

c)

enam, lapan

d)

tiga, lapan

11.

Lengai bermakna tidak (a)   secara kimia.

12.

Rajah menunjukkan unsur bagi _______________

a)

Argon

b)

Neon

c)

Kripton

d)

Xenon

13.

Apakah nama unsur yang digunakan pada ruang mentol di dalam reaktor tenaga atom dan digunakan dalam penghasilan tiub elektron dan lampu stroboskopik?

a)

Argon

b)

Radon

c)

Xenon

d)

Neon

14.

Gas (a)   digunakan untuk mengisi lampu neon pada papan tanda.

15.

Kumpulan 1 dikenali sebagai __________.

a)

Logam alkali

b)

Logam alkali bumi

c)

Halogen

d)

Gas adi

16.

Susunan bagi unsur-unsur kumpulan 1 apabila menuruni kumpulan ialah ______________________.

a)

Litium, natrium, rubidium, kalium, sesium, fransium

b)

Litium, natrium, kalium, rubidium, fransium, sesium

c)

Litium, natrium, kalium, rubidium, sesium, fransium

d)

Litium, kalium, natrium, rubidium, sesium, fransium

17.

Apakah sifat fizik bagi unsur kumpulan 1?

a)

Penebat haba dan elektrik yang lemah.

b)

Takat lebur dan takat didih yang rendah dibandingkan dengan logam lain.

c)

Ketumpatan tinggi.

d)

Wujud dalam keadaan pepejal dengan permukaan yang berkilat pada suhu bilik.

18.

Apabila menuruni kumpulan 1, saiz atom akan semakin (a)   .

19.

Semua unsur kumpulan 1 mempunyai nombor pengoksidaan _________________

a)

+1

b)

+2

c)

+3

d)

-1

20.

Logam alkali bertindak balas cergas dengan air untuk menghasilkan larutan hidroksida logam alkali dan gas (a)   .

21.

Logam alkali terbakar dengan cergas dalam gas oksigen untuk menghasilkan __________________.

a)

gas karbon dioksida

b)

oksida alkali

c)

oksida logam akues

d)

oksida logam pepejal

22.

Kalium+ gas bromin ------> (a)  

23.

Kereaktifan unsur kumpulan 1 (a)   menuruni kumpulan,

24.

Persamaan kimia manakah yang mewakili tindak balas antara logam natrium dan gas oksigen?

a)

Na + O₂ → NaO₂

b)

Na + O₂ → Na₂O

c)

2Na + O₂ → Na₂O

d)

4Na + O₂ → 2Na₂O

25.

Unsur Z berada dalam kumpulan yang sama dengan kalium dalam Jadual Berkala. Z bukan simbol sebenar unsur itu.

Antara pernyataan berikut, yang manakah sifat kimia bagi unsur Z?


I) Bertindak balas dengan air untuk menghasilkan larutan

bersifat alkali

II) Bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan

pepejal hitam

III)Bertindak balas dengan gas klorin untuk menghasilkan

klorida logam

IV)Bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida

untuk menghasilkan larutan bersifat asid

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

26.

Pernyataan manakah yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kumpulan 1 bertambah apabila menuruni kumpulan itu dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Bilangan proton bertambah

b)

Jisim atom relatif bertambah

c)

Bilangan elektron valens bertambah

d)

Bilangan petala yang berisi elektron bertambah

27.

Kumpulan 17 dikenali sebagai ____________________.

a)

Gas adi

b)

Halogen

c)

Logam alkali

d)

Logam alkali bumi

28.

Ciri umum bagi halogen ialah _________________.

a)

Takat lebur dan takat didih sangat lemah

b)

Wujud sebagai molekul diatom pada keadaan bilik

c)

Ketumpatan rendah

d)

Tidak boleh menkonduksi elektrik

29.

Warna bagi gas klorin adalah _________________.

a)

Ungu

b)

Hitam

c)

Kuning pucat

d)

Kuning-kehijauan

30.

Keadaan fizik unsur kumpulan 17 pada keadaan suhu bilik berubah dari gas ke cecair.

Oleh kerana saiz atom bertambah menuruni kumpulan, daya tarikan antara molekul akan (a)   .

31.

Halogen dalam keadaan gas bertindak balas dengan besi (ferum) panas menghasilkan pepejal berwarna ____________, ferum (III) halida.

a)

hitam

b)

perang

c)

kelabu

d)

putih

32.

Susunan elektron 2.8.18.7 adalah susunan bagi atom ___________

a)

F

b)

Cl

c)

Br

d)

I

e)

At

33.

Atom klorin akan menerima (a)   elektron untuk mencapai susunan oktet.

34.

Mengapakah kereaktifan unsur kumpulan 17 berkurang apabila menuruni kumpulan?

a)

Saiz atom halogen bertambah apabila menuruni kumpulan.

b)

Petala terluar menjadi semakin dekat daripada nukleus.

c)

Daya untuk menarik satu elektron ke petala terluar semakin lemah.

35.

Rajah menunjukkan sebiji belon udara berisi gas X.

Dalam kumpulan manakah X terletak dalam Jadual Berkala?

a)

15

b)

16

c)

17

d)

18

36.

Tuliskan susunan elektron bagi gas fluorin.

(a)  

37.

Unsur-unsur manakah yang boleh membentuk oksida bersifat asid?


I) Magnesium

II) Sulfur

III) Natrium

IV) Fosforus

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

38.

Pilih pernyataan yang BENAR bagi perubahan sifat secara berkala apabila merentasi kala 3.

a)

Nombor proton meningkat.

b)

Bilangan elektron valens meningkat.

c)

Keadaan fizik berubah dari gas ke pepejal.

d)

Jejari atom semakin bertambah.

e)

Keelektronegatifan bertambah.

39.

Logam oksida yang mempunyai sifat amfoterik ialah ______________.

a)

Silikon oksida

b)

Aluminium oksida

c)

Natrium oksida

d)

Sulfur dioksida

40.

Sifat istimewa bagi unsur peralihan ialah _____________________.

a)

Sebatiannya mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza.

b)

Membentuk ion tidak berwarna.

c)

Bertindak sebagai pemangkin

d)

Boleh membentuk sebatian kompleks.

41.

Apakah nama unsur peralihan yang hanya mempunyai satu nombor pengoksidaan?

a)

Zink

b)

Nikel

c)

Skandium

d)

Ferum

42.

Apakah warna bai ion Fe2+ ?

a)

Ungu

b)

Merah jambu

c)

Kuning

d)

Hijau

43.

Apakah nombor pengoksidaan bagi Cu dalam sebatian Cu2O ?

a)

-1

b)

+1

c)

+2

d)

-2

44.

Apakah nama mangkin yang digunakan dalam Proses Ostwald?

a)

Besi

b)

Platinum

c)

Nikel

d)

Vanadium (V) Oksida

45.

Logam oksida larut dalam air untuk membentuk larutan alkali.

a)

Benar

b)

Palsu

46.

Manakah antara berikut merupakan ciri unsur peralihan?

a)

Berbentuk separa pepejal

b)

Konduktor haba dan elektrik yang baik.

c)

Ketumpatan yang rendah.

d)

Mulur dan tidak boleh ditempa.

47.

Amfoterik bermaksud oksida yang menunjukkan sifat asid dan bes.

a)

Benar

b)

Palsu

48.

Aluminium oksida + Asid hidroklorik

---------> _______________ + Air

a)

Aluminium klorik

b)

Aluminium klorat

c)

Aluminium klorida

49.

Unsur yang mempunyai sifat metaloid adalah ________________.

a)

Na

b)

Mg

c)

Al

d)

Si

e)

P

50.

Keelektronegatifan unsur dalam kala 3 bertambah kerana:

a)

Apabila saiz atom berkurang, daya tarikan antara nukleus dan elektron valens bertambah.

b)

Keupayaan atom untuk menarik elektron ke nukleus berkurang.

c)

Keupayaan atom untuk menarik elektron ke nukleus meningkat.