Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Form 2 Bab 5 : Kesultanan Melayu Melaka

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kepentingan pokok bakau yang terdapat di pesisir pantai Melaka?

a)

Terlindung dari angin monsun

b)

Benteng pertahanan

c)

Sumber kayu kayan

d)

Panduan pedagang

2.

Pemerintah Melaka dikatakan bersusur galur dengan Iskandar Zulkarnain. Apakah kepentingan perkaitan tersebut terhadap Melaka?

a)

Tumpuan pedagang

b)

Terhindar dari musuh

c)

Menjamin taat setia rakyat

d)

Taraf kedudukan yang tinggi kepada pemerintah

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "daulat"?

a)

Kebijasanaan raja dalam pemerintahan

b)

Kepakaran raja dalam seni pertahanan

c)

Semangat dan keberanian raja

d)

Kuasa dan kewibawaan raja

4.

Bidang kuasa seorang raja ditetapkan mengikut...

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-Undang Laut Melaka

c)

Adat istiadat Raja-Raja Melayu

d)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

5.

Pembesar Empat Lipatan juga dikenali sebagai...

a)

Orang Kanan Berempat

b)

Orang Besar Berempat

c)

Orang Kaya Berempat

d)

Orang Penting Berempat

6.

" Pekerjaan yang dibuat tanpa sebarang upah". Maklumat tersebut merujuk kepada istilah...

a)

Serah

b)

Kerah

c)

Paksa

d)

Rela hati

7.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka melakukan penaklukan wilayah?

a)

Menperkukuh kedudukan di Alam Melayu

b)

Menguasai laluan perdagangan di Alam Melayu

c)

Menjamin keselamatan dan kemakmuran kerajaan

d)

Menguasai perdagangan rempah ratus yang menguntungkan

8.

Kerajaan awal yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu sebelum Melaka ialah...

a)

Demak

b)

Rokan

c)

Perlak

d)

Inderagiri

9.

Siapakah pemerintah Melaka yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi?

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Iskandar Shah

c)

Sultan Muzaffar Syah

d)

Sultan Alauddin Riayat Syah

10.

"Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menggugat Venice". Siapakah yang melontarkan pernyataan tersebut?

a)

Tom Pires

b)

Vasco Da Gama

c)

Christopher Colombus

d)

Alfonso de alburquerque

11.

Apakah keistimewaan bentuk muka bumi Melaka yang sesuai dijadikan benteng pertahanan?

a)

Tanah rata

b)

Berbukit-bukau

c)

Tanah pamah

d)

Bergunung-ganang

12.

Apakah nilai yang dimiliki oleh Parameswara apabila memilih lokasi Sungai Bertam sebagai tapak kerajaan?

a)

Adil

b)

Amanah

c)

Tegas

d)

Bijaksana

13.

Antara berikut, yang manakah tugas Penghulu Bendahari?

a)

Pemungut hasil

b)

Ketua angkatan laut

c)

Penguasa bandar

d)

Ketua polis dan penjara

14.

Adat Temenggung merupakan undang-undang adat yang diamalkan di semua negeri Melayu kecuali

a)

Johor

b)

Pahang

c)

Melaka

d)

Negeri Sembilan

15.

Parameswara memilih lokasi yang strategik untuk membentuk kerajaan, iaitu di muara

a)

Sungai Bertam

b)

Selat Melaka

16.

Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau sesuai dijadikan

a)

kawasan pertanian

b)

benteng pertahanan

17.

Pokok yang menjadi pelindung semula jadi dan benteng pertahanan yang banyak terdapat di pesisir pantai ialah

a)

pokok kelapa dan getah

b)

pokok bakau dan api-api

18.

Penasihat raja/Ketua turus angkatan perang/Ketua hakim/Pemangku sultan

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Ketua Bendahari

19.

Menurut teks Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka dikatakan bersusur galur daripada

a)

Raden Wijaya

b)

Iskandar Zulkarnain

20.

Raja memiliki ciri kepimpinan dan memerintah berdasarkan bidang kuasa yang telah ditetapkan

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

21.

Kedudukan Melaka di laluan perdagangan antara timur dan barat membolehkannya mengawal

a)

laluan kapal dagang

b)

kegiatan lanun

22.

Ketua angkatan laut/Pengawal peribadi sultan/Ketua duta/Ketua utusan ke negara luar/Hakim di laut

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

23.

Ketua polis dan penjara/Penguasa bandar dan kota Melaka/Hakim di darat/Pegawai protokol istana

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

24.

Mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456).

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

25.

Mengandungi 25 fasal yang menerangkan peraturan di laut, tertib meniaga dan tatacara berjual beli.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

26.

Mengandungi hukum Islam yang berkaitan dengan jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

27.

Membolehkan perdagangan berjalan lancar dan adil serta memberi keyakinan kepada para pedagang.

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

28.

Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dari Palembang. Di bawa masuk ke Melaka pada abad ke-15 dan diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan.

a)

Adat Perpatih

b)

Adat Temenggung

29.

. Berkaitan sistem penggantian sultan di mana takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung.

a)

Adat Perpatih

b)

Adat Temenggung

30.

Pembentukan empayar membolehkan Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah dan jajahan takluknya, mengukuhkan hubungan dengan kerajaan lain dan menyekat kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Pasai.

a)

Betul

b)

Salah