wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

RB MAKANAN KUIZ1

Total questions: 38

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud reka bentuk?

a)

Aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang inovasi dan kreatif

b)

Pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk

c)

Penghasilan makanan dalam pelbagai hidangan

d)

Sesuatu bahan yang boleh dimakan

2.

Takrif makanan ialah

a)

Makanan ialah sesuatu bahan yang boleh di makan

b)

sesuatu berbentuk pepejal

c)

hanya boleh dilihat.

d)

bahan yang mempunyai rasa dan bau sahaja

3.

Apakah yang anda faham tentang reka bentuk makanan?

a)

Reka bentuk makanan adalah aktiviti memasak kepada bentuk makanan tanpa melibatkan inovasi dan kreativiti.

b)

Reka bentuk makanan adalah aktiviti merealisasikan idea kepada bentuk makanan yang melibatkan inovasi dan kreativiti.

4.

Antara berikut, yang manakah aspek reka bentuk makanan?

a)

Proses menghasilkan makanan dan pengedaran makanan

b)

Pengiraan kos menyiapkan makanan

c)

Makanan perlu dihidangkan dalam bentuk tradisional

d)

Aspek individu yang menyediakan makanan tersebut

5.

Yang manakah merupakan klasifikasi reka bentuk makanan?


i. Reka bentuk susunan makanan dalam pinggan atau bekas.

ii. Reka bentuk pada makanan itu sendiri.

iii. Reka bentuk terhadap aktiviti yang dijalankan oleh kita sendiri.

iv. Reka bentuk dalam penyediaan makanan.

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii, dan iv

d)

Semua di atas.

6.

Apakah klasifikasi reka bentuk makanan di atas?

a)

reka bentuk pada makanan itu sendiri.

b)

reka bentuk susunan dalam pinggan.

7.

Rajah diatas menunjukkan klafikasi reka bentuk makanan..

a)

reka bentuk pada makanan itu sendiri

b)

reka bentuk susunan dalam pinggan.

8.

Reka bentuk makanan sangat penting untuk memenuhi keperluan _____________ dan ______________.

a)

fisiologi

b)

psikologi

c)

sosial masyarakat

d)

trend masyarakat

9.

Gambar rajah diatas menunjukkan kuih bahulu yang telah di inovasikan. Apakah kepentingan reka bentuk makanan di atas?

a)

Melindungi Etika Sosial

b)

Memberi faedah dan Kebebasan memilih kepada pengguna

c)

Menzahirkan nilai estetika

d)

Penyumbang kepada Pembangunan sains dan teknologi moden

10.

Pilih 3 kepentingan reka bentuk makanan.

a)

Pembangunan sains dan teknologi moden

b)

Kepelbagaian etika budaya

c)

Membuka peluang kerjaya

d)

Kebebasan memilih kepada pengguna

11.

Apakah kepentingan reka bentuk makanan di atas?

a)

Melindungi Etika Sosial

b)

Menzahirkan nilai estetika

c)

Menyokong mempelbagaikan etika budaya

12.

Berikut adalah kategori alatan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan kecuali...

a)

Alatan memasak

b)

Alatan memotong

c)

Alatan menghidang

d)

Alatan menghidang

13.

apakah kategori alatan ini?

a)

Alatan memotong

b)

Alatan menghias

c)

Alatan membentuk

d)

alatan menghidang

14.

Antara berikut manakah digunakan sebagai alatan menghias dalam penyediaan reka bentuk makanan?

a)

Penerap

b)

Pisau pelepa

c)

Pisau penyisih

d)

Parisian scoop

15.

Antara gambar rajah berikut yang manakah alat yang digunakan untuk memotong bahan mentah seperti daging lembu atau memisahkan isi ikan?

a)
b)
c)
d)
16.

Rajah menunjukkan satu alatan yang digunakan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan.

Apakah nama alatan tersebut?

a)

Penerap

b)

Pisau ukir

c)

Parisian scoop

d)

Pisau pengupas

17.

Gambar rajah menunjukkan alatan dalam reka bentuk makanan. Apakah fungsi alatan tersebut?

a)

Digunakan untuk mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran

b)

Digunakan untuk membentuk, merapi dan membuang kulit buah-buahan dan sayur-sayuran

c)

Digunakan untuk memisahkan daging daripada uratnya

d)

Digunakan untuk membentuk bulat pada makanan

18.

namakan alatan ini

a)

scoop

b)

penerap ( cutter )

c)

knife

d)

aising tiub

19.

Apakah alatan yang sesuai untuk membuat reka bentuk hidangan buah-buahan seperti dalam gambar.

a)

Pisau turning

b)

Parisian scoop

c)

Icecream scoop

d)

Pisau paring

20.

Mama ingin membuat kepingan daging burger yang sihat untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Cadangkan satu alat yang boleh memudahkan Mama mencincang halus daging untuk dibuat kepingan daging burger.

a)

Pisau tukang masak

b)

Pisau bergerigi

c)

Pisau bulan sabit

d)

Pisau pengupas

21.

Namakan alatan ini

a)

Beg aising

b)

Tiub aising

c)

Tiub

d)

Penerap

22.

Alat apakah yang sesuai digunakan untuk membuat bentuk bunga seperti dalam gambar.

a)

Pisau ukir

b)

Pisau pelepa

c)

Parisian scoop

d)

Penerap

23.

Antara gambar rajah berikut yang manakah alat yang digunakan untuk memotong halus herba dan sayuran?

a)
b)
c)
d)
24.

Berdasarkan alatan dibawah, manakah alat untuk menghias reka bentuk makanan

a)
b)
c)
d)
25.

Apakah alat yang sesuai untuk memotong roti ini?

a)

Pisau bulan sabit

b)

Pisau tukang masak

c)

Pisau bergerigi

d)

Pisau ukir

26.

Apakah alat yang sesuai untuk membuang kulit timun?

a)

Pisau turning

b)

Pisau paring

c)

Pisau pengupas

d)

Pisau bergerigi

27.

Seorang pembantu chef ingin membuat persediaan untuk hidangan ayam tanpa tulang. Apakah alatan memotong yang sesuai digunakan untuk memisahkan isi ayam dengan tulangnya?

a)

Pisau ukir

b)

Pisau penyisih

c)

Pisau bergerigi

d)

Pisau bulan sabit

28.

Apakah yang anda faham tentang perkakasan?

a)

Perkakasan ialah peralatan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan.

b)

Perkakasan ialah bahan yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja yang dilakukan.

c)

Perkakasan ialah mesin yang digunakan dalam aktiviti memasak.

d)

Perkakasan ialah bahan dan alatan yang digunakan untuk menyukarkan sesuatu kerja yang dilakukan.

29.

Apakah kelebihan menggunakan perkakasan dalam proses penyediaan reka bentuk makanan?

a)

memudahkan sesuatu kerja dilakukan

b)

menunjukkan gaya hidup terkini

c)

meringankan kerja-kerja mereka bentuk

d)

menjimatkan masa dan tenaga

30.

Alat ini digunakan untuk memasak makanan yang pelbagai dengan masa yang lebih singkat?

a)
b)
c)
d)
31.

Gambar rajah menunjukkan sebuah perkakasan dalam reka bentuk makanan. Apakah fungsi perkakasan tersebut?

a)

Digunakan untuk mengukus makanan

b)

Digunakan untuk mengisar pelbagai jenis makanan

c)

Digunakan untuk mengadun adunan roti dan boleh terus dibakar

d)

Digunakan untuk membakar makanan

32.

Namakan perkakasan berikut .

a)

Pengadun roti

b)

Mesin mengadun

c)

Pengisar pelbagai guna

d)

Ketuhar elektrik

33.

Yang manakah bukan perkakasan yang digunakan untuk membuat dan menghasilkan sesuatu makanan?

a)
b)
c)
d)
34.

Apakah perkakas yang paling sesuai untuk menghasilkan hidangan ini?

a)

Ketuhar gelombag mikro

b)

Ketuhar elektrik

c)

Pengukus elektrik

d)

Pengadun

35.

Apakah perkakas yang sesuai untuk memasak hidangan dim sum?

a)

Pengukus elektrik

b)

Ketuhar elektrik

c)

Mesin pengisar

d)

Mesin mengadun

36.

Apakah alat yang sesuai untuk menghasilkan jus minuman?

a)

Mesin pengisar pelbagai guna

b)

Mesin pengisar buah-buahan

c)

Mesin mengadun

d)

Mesin pengadun roti

37.

Apakah fungsi perkakas ini?

a)

Memanaskan makanan atau menyabeku makanan yang beku

b)

Mempercepatkn proses penyediaan bahan kek, roti, biskut, mi dan pasta

c)

Memudahkan mengadun dan membakar roti

d)

Memasak nasi

38.

Ia digunakan untuk menghancurkan bahan masakan menjadi tekstur yang lebih halus. Apakah perkakasan tersebut?

a)

Mesin pengisar pelbagai guna

b)

Mesin pengisar buah-buahan

c)

Mesin mengadun

d)

Mesin pengadun roti