Font size
WorksheetsBAB 2 TINGKATAN 4 : BANTUAN KECEMASAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?
Bantuan kecemasan
Hembusan ke dalam mulut mangsa
Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa
Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?
Mengembalikan degupan jantung dan pernafasan
Memulihkan sistem pencernaan mangsa
Mengelakkan mangsa tercekik
Membantu mangsa untuk bercakap dengan lancar
Antara berikut yang manakah yang memerlukan kita lakukan resusitasi kardiopulmonari?
Mangsa mengalami kekejangan kaki
Mangsa diserang serangan jantung tiba-tiba
Mangsa terjatuh tangga dan terseliuh kaki
Mangsa sesak nafas tercekik tulang ikan
Bagaimanakah anda membuka laluan saluran pernafasan mangsa yg tidak sedarkan diri?
Dongakkan kepala dan tolakkan dagu ke atas
Dongakkan kepala dan tujahkan rahang
Tolakkan dagu ke atas
Tujahkan rahang
Mengapakah CPR penting?
Ia menyediakan bekalan darah dan oksigen yg kecil ke otak dan organ penting
Ia menghalang aorta daripada runtuh
Ia mengekalkan degupan jantung
Ia menghalang serangan jantung
Berapakah kekerapan tekanan dada dilakukan yang diikuti dengan dua kali hembusan mulut ke mulut?
10 kali
20 kali
30 kali
40 kali
Berapakah kedalaman yang perlu dilakukan semasa proses tekanan pada dada?
sekurang-kurang 2.5cm
sekurang-kurang 5 inci
sekurang-kurang 5cm
sekurang-kurang 7inci
Rajah yang manakah betul bagi kedudukan tangan semasa tekanan di dada dilakukan?
Apakah kadar tekanan pada dada dilakukan semasa mengendalikan CPR ini?
40 - 50 tekanan perminit
60 -80 tekanan per minit
80 - 100 tekanan per minit
100 - 120 tekanan per minit
Apakah objek yang boleh digunakan untuk pertolongan cemas jika tercekik sendirian?
kerusi
buku
bantal
beg
Individu yang manakah perlu diberikan bantuan Heimlich Manoeuvre?
Bernafas tetapi tidak dapat bercakap
Tidak dapat batuk tetapi dapat bercakap
Tidak sedar, tidak dapat bernafas dan tidak dapat bercakap
Sedar, tidak dapat bernafas dan tidak dapat bercakap
Apakah kepentingan melakukan Heimlich Manouevre?
Untuk mengembalikan peredaran darah seseorang
Untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan mangsa
Membantu menyingkirkan objek yang tersekat pada saluran udaranya
membolehlan jantung mengepam dengan lebih baik
Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan Heimlich Manouevre ke atas mangsa yang tercekik?
Bersandar di dinding
Duduk di atas kerusi
Berbaring di atas lantai
Berdiri tegak
Mengapakah tekanan diberikan semasa CPR?
MENGISI PEPARU MANGSA DENGAN UDARA
MENOLAK DIAFRAGMA KE ATAS
MENGEPAM DARAH KELUAR DARI JANTUNG KE SELURUH BADAN
MENGHALANG DARAH TERDEOKSIGEN DARIPADA MENGALIR KE JANTUNG
Situasi manakah yang memerlukan CPR?
Jika seseorang individu tidak bernafas
Jika seseorang individu tiada degupan jantung atau nadi
Jika seseorang tercekik semasa makan
Jika seseorang individu tidak memberikan respons terhadap ransangan
Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang ...
lemas
terkena renjatan elektrik
pengsan
tercekik
Bagaimanakah seseorang boleh tercekik?
makan dengan gelojoh
makanan tersebut menghalang saluran pernafasan
makanan tersekat di esofagus
makan tanpa baca bismillah
Apakah akibat jika tidak melakukan kaedah ini dengan betul?
tulang rusuk patah atau udara tidak sampai ke dalam peparunya
mangsa akan tersedar
paru-paru mangsa akan rosak
tulang rusuk mangsa patah
Susun turutan CPR yang betul.
periksa respons mangsa>buka saluran pernafasan>bantuan pernafasan>tekanan dada
periksa respons mangsa>buka saluran pernafasan>tekanan dada>bantuan pernafasan
buka saluran pernafasan>bantuan pernafasan>tekanan dada>periksa respons mangsa
buka saluran pernafasan>tekanan dada>buka saluran pernafasan>bantuan pernafasan
Siapakah yang menemui kaedah HEIMLICH MANOEUVRE
ABRAHAM COVID
MANOEUVRE ADDISON
HENRY HEIMLICH
