Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Perniagaan Bab 5 Tingkatan 5

Total questions: 11

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan?

a)

Encik Samuel menjual pelbagai jenis barang di kedai serbanekanya

b)

Puan Raveena telah berkerja di sebuah restoren terkenal selama 10 tahun

c)

Encik Hasnor berjaya memasarkan kasut keluarannya ke pasaran Eropah

d)

Puan Aini menjual pelbagai jenis kek di kedainya

2.

Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang pandai mengambil peluang perniagaan?

a)

Pn. Siti menambah stok baju di kedainya

b)

En. Muthusamy merasmikan cawangan baharu perniagaannya

c)

En Zaihan melantik dua orang Pengurus Pengeluaran di syarikatnya

d)

Cik Amelia membuka taska kanak-kanak di kawasan perumahan baharu

3.

Pernyataan yang manakah menggambarkan tentang ciri-ciri keperibadian seorang usahawan?

a)

Usahawan yang tabah akan mudah berputus asa

b)

Usahawan yang bijak akan pandai merebut peluang perniagaan

c)

Usahawan yang berdikari akan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain

d)

Usahawan yang optimistik akan sentiasa membangunkan kehidupannya sahaja

4.

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan usahawan kepada negara?

a)

Menawarkan pelbagai produk

b)

Menyediakan peluang perniagaan

c)

Meningkatkan pendapatan negara

d)

Mewujudkan sikap berdikari

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri keperibadian Hj Zambri.


Haji Zambri mengusahakan tauhu yang halal bagi dipasarkan kepada pengguna Muslim.


Apakah ciri keperibadian tersebut?

a)

Komitmen yang tinggi

b)

Yakin diri dan optimistik

c)

Pandai mengambil peluang

d)

Kebolehan menentukan misi dan visi

6.

Bagaimanakah kerjaya dalam bidang perniagaan memberi faedah kepada matlamat peribadi seorang usahawan?

a)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial perniagaan

b)

Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat

c)

Memberi kebebasan mengurus kehidupan harian diri dan keluarga

d)

Dapat menghasilkan pelbagai produk yang memenuhi keperluan pengguna

7.

Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada masyarakat?

a)

Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

b)

Membuka peluang perniagaan baharu

c)

Mewujudkan sikap berdikari

d)

Membentuk diri untuk sentiasa berfikiran positif

8.

Pilih 2 faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan.

a)

Modal

b)

Bangunan

c)

Kemahiran

d)

Pelanggan

9.

Apakah kepentingan kemahiran bagi seseorang usahawan?

a)

Tidak dapat menggunakan teknologi terkini

b)

Pemasaran barang akan terjejas

c)

Dapat meluaskan rangkaian perniagaan

d)

Dapat mengurangkan kedudukan kewangan

10.

Pemilihan lokasi yang sesuai merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam memulakan perniagaan. Apakah ciri-ciri lokasi yang sesuai?

a)

Tempat yang kurang tumpuan orang ramai

b)

Tidak berhampiran dengan pembekal

c)

Lokasi yang kurang strategik

d)

Terdapat kemudahan infrastruktur

11.

Apakah stok bergerak perlahan?

a)

Stok yang dapat dijual dengan cepat

b)

Stok yang mengambil masa lama untuk dijual

c)

Stok yang perlu dibeli dari pemborong sahaja

d)

Stok yang diagihkan daripada pengeluar kepada pengguna