Worksheetsbiologi ting 4
Total questions: 78
Worksheet time: 1hrs 18mins
Organel yang terlibat dalam pembentukan gentian gelendong ialah
A: lisosom
B: sentriol
C: nukleus
D: mitokondrion
Ketiadaan retikulum endoplasma kasar dalam sel interstis akan menghalang sintesis
A: hormon steroid
B: kolesterol
C: enzim
D: protein
Pernyataan dibawah menunjukkan maklumat-maklumat tentang satu organel dalam sel.
•Kantung dilingkungi membran
•Mencernakan atau memecahkan molekul-molekul organik yang kompleks
Organel tersebut ialah
A: sentriol
B: kloroplas
C: vakuol
D: lisosom
Sejenis pergerakan molekul-molekul merentasi membran plasma diterangkan dalam maklumat yang berikut:
Molekul-molekul dan ion-ion bergerak melawan kecerunan kepekatan dan memerlukan tenaga
Pergerakan tersebut dikenali sebagai:
A: osmosis
B: pengangkutan aktif
C: resapan berbantu
D: resapan berbantu
Antara proses yang berikut, yang manakah menyebabkan hirisan timun tersebut menjadi lembik?
Hirisan timun menjadi lembik apabila direndam ke dalam larutan garam.
A: Air meresap masuk ke dalam hirisan timun secara osmosis
B: Garam memasuki hirisan timun secara pengangkutan aktif
C: Air meresap keluar daripada hirisan timun secara osmosis
D: Garam keluar daripada hirisan timun secara pengangkutan aktif
Satu sel bawang diletakkan di dalam air suling.
Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai pergerakan molekul-molekul air di peringkat awal?
A: Kadar molekul air masuk ke dalam sel adalah lebih tinggi daripada keluar dari sel
B: Kadar molekul air masuk ke dalam sel adalah lebih rendah daripada keluar dari sel
C: Tiada molekul air masuk ke dalam sel atau keluar dari sel
D: Kadar molekul air masuk ke dalam sel dan keluar dari sel adalah sama
Antara berikut yang manakah bahan merentasi membran plasma secara resapan ringkas?
A: Oksigen
B: Asid amino
C: Ion natrium
D: Glukosa
Keadaan sel tumbuhan:
X: vokual membesar
Y: Membran menjauhi dinding sel dan vokual mengecut
Z: Sel dalam keadaan normal
Apakah urutan yang betul bagi perubahan sel tersebut jika ia mula-mula direndam di dalam larutan sukrosa 30% selama 20 minit dan kemudian di dalam air suling selama 20 minit?
A: Y → X → Z
B: X → Z → Y
C: Z → Y → X
D: Y → Z → X
Sel yang membentuk tisu asas dalam tumbuhan ialah
A: sel epidermis
B: sel parenkima
C: sel pengawal
D: sel xilem
Apakah komponen utama membran sel tumbuhan?
A: Lipid and protein
B: Protein, karbohidrat dan lipid
C: Lipid dan karbohidrat
D: Karbohidrat dan protein
Antara yang berikut, yang manakah polisakarida?
A: Glikogen
B: Fruktosa
C: Galaktosa
D: Maltosa
Antara yang berikut, yang manakah mewakili hidrolisis protein?
A: Polipeptida + air → dipeptida
B: Polipeptida → dipeptida + air
C: Dipeptida → polipeptida + air
D: Dipeptida + air → polipeptida
Antara yang berikut, yang manakah betul?
A: Erepsin : Menghidrolisis lemak
B: Renin: Menggumpalkan susu
C: Pepsin: Mengemulsikan susu
D: Tripsin: Mencernakan lemak
"Sebatian kimia X mengawal kesemua aktiviti di dalam sel. Sel akan mati jika X tidak hadir"
Sebatian kimia X ialah
A: enzim
B: asid amino
C: asid nukleik
D: lipid
Fasa untuk sintesis dan replikasi DNA ialah
A: G2
B: G1
C: M
D: S
Pernyataan di bawah menunjukkan satu sel haiwan sedang mengalami mitosis.
" kromosom memendek dan nukleolus mula menghilang dan gentian gelendong mula muncul"
A: Profasa
B: Metafasa
C: Anafasa
D: Telofasa
Nombor kromosom diploid bagi seekor lalat buah ialah 8. Berapakah bilangan kromosom dalam gamet?
A: 2
B: 4
C: 8
D: 16
Apakah kepentingan meiosis?
A: Pengklonan
B: Kultur tisu
C: Untuk menghasilkan sel haploid
D: Untuk menghasilkan sel diploid
Apakah vitamin yang berfungsi sebagai koenzim di dalam respirasi sel?
A: Vitamin A
B: Vitamin B
C: Vitamin C
D: Vitamin K
Jadual menunjukkan pemerhatian bagi tiga ujian makanan yang berlainan dijalankan ke atas satu sampel makanan.
UJIAN: PEMERHATIAN
Ujian Biuret Tiada perubahan
Ujian Benedict Mendakan merah bata
Ujian Iodin Larutan iodin menjadi biru tua
Sampel makanan tersebut ialah
A: Ikan goreng
B: Susu
C: Bebola daging
D: biskut
Maklumat yang berikut adalah keputusan satu kajian untuk menentukan nilai tenaga bagi kacang tanah.
Jisim kacang tanah: 1 g
Jisim air :10 g
Suhu awal air :25°C
Suhu akhir air :35°C
Muatan haba tentu air ialah 4.2 J g−1°C−1.
Berapakah nilai tenaga bagi kacang tanah tersebut?
A: 210 J g-1
B: 420 J g-1
C: 840 J g-1
D: 1260 J g-1
Kesan malnutrisi ialah
A: distrofi otot
B: kekerdilan
C: rabun warna
D: rabun malam
Proses yang hanya berlaku di dalam suatu sel hati ialah
A: sintesis protoplasma baru
B: sintesis hempedu
C: pembaikan tisu rosak
D: sintesis membran plasma
Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam proses penyerapan semula air dan mineral?
A: Usus kecil
B: Rektum
C: Apendiks
D: Kolon
Sebab mengunyah makanan adalah
A: untuk melembutkan makanan yang diambil
B: untuk merangsang rembesan air liur
C: untuk menambahkan luas permukaan makanan yang diambil
D: untuk memulakan perncernaan kanji
Proses yang terlibat dalam pemecahan kanji kepada glukosa ialah
A: fotolisis
B: kondensasi
C: hidrolisis
D: asimilasi
Biologi memberi maksud..............
kehidupan dan alam sekitar
kehidupan dan kajian
kehidupan dan kesihatan
kehidupan dan organisma
Yang manakah antara bidang biologi berikut berkaitan dengan pertanian ?
Ekologi
Anatomi
Botani
Entimologi
Ahli virologi mempunyai kepakaran dalam bidang ........
makanan
penyakit
hidupan laut
ekosistem
Berikut adalah peralatan perlindungan diri yang perlu digunakan di dalam makmal kecuali
pelindung mata
penutup muka
selipar getah
baju makmal
Teknik pengkulturan tisu memerlukan persekitaran yang steril. Peralatan yang manakah diperlukan untuk menjalankan pengkuturan tisu ?
Stesen pancuran keselamatan
Kabinet keselamatan biologi
Kebuk wasap
Kabinet aliran lamina
Apakah bentuk maklumat yang boleh anda perolehi dari Malaysian Biosafety and Biosecurity Association (MBBA) ?
Tatacara penggunaan alatan dalam makmal
Tatacara penyediaan bahan eksperimen
Langkah mengurus kemalangan dalam makmal
Langkah menyingkir bahan radioaktif.
Rajah 1 menunjukkan peralatan yang digunakan untuk menyingkir sisa bahan biologi . Apakah sisa biologi tersebut ?
Picagari
Sisa haiwan
Bahan bertoksik
Skapel
Rajah 2 menunjukkan tumpahan merkuri yang berlaku di dalam makmal. Bahan apakah yang perlu anda gunakan untuk menyekat tumpahan merkuri dari terus merebak ?
Pasir
Sulfur
Sodium hidrogen karbonat
Kalsium karbonat
Keputusan sesuatu eksperimen akan direkod dalam bentuk jadual. Apakah yang terkandung dalam jalur pertama sesuatu jadual ?
Pembolehubah manipulasi
Pembolehubah bergerakbalas
Pembolehubah bergerakbalas sekunder
Pembolehubah dimalarkan
Antara berikut, yang manakah merupakan kesalahan dalam melukis satu graf garis ?
Paksi X dilabel dengan pembolehubah manipulasi
Paksi Y dilabel dengan pembolehubah bergerakbalas
Mengguna pembaris untuk menyambung setiap titik
Semua titik perlu disambung
Rajah 3 menunjukkan salah satu satah badan. Namakan satah badan tersebut.
Satah sagital
Satal frontal
Satah melintang
Satah membujur
Apakah yang dimaksudkan dengan keratan rentas ?
Potongan yang dibuat pada sesuatu struktur secara menyerong
Potongan yang dibuat pada sesuatu struktur secara menyonsang
Potongan yang dibuat pada sesuatu struktur dari kiri ke kanan atau sebaliknya
Potongan yang dibuat pada sesuatu struktur dari atas ke bawah atau sebaliknya
Apakah istilah anatomi yang ditunjukkan oleh rajah 4 ?
Pandangan anterior
Pandangan superior
Pandangan dorsal
Pandangan lateral
Yang manakah antara berikut bukan langkah dalam penyiasatan saintifik ?
Membina hipotesis
Mengumpul data
Menyisih data
Mentafsir data
Kemahiran proses sains merangkumi ......
kemahiran menulis laporan
kemahiran membuat kesimpulan
kemahiran melakar graf
kemahiran membuat inferens
Antara yang berikut yang manakah membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta
muatan haba tentu yang tinggi
daya lekitan air
daya lekatan air
kekutuban
Antara berikut yang mendefinisikan muatan haba tentu air?
jumlah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu air sebanyak 1o C
jumlah tenaga yang diperlukan untuk mencairkan 1 kg ais menjadi air
jumlah tenaga yang diperlukan untuk mencairkan 1 kg air menjadi wap air
jumlah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg air sebanyak 1o C.
Antara yang berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai daya lekatan dan daya lekatan
daya lekitan ialah ikatan antara molekul air
daya lekitan ialah ikatan antara molekul air dengan permukaan lain
daya lekatan dan daya lekitan bertindak dalam bertentangan
daya lekitan dan daya lekatan bekerjasama dan membolehkan air menaiki tiub
Antara yang berikut yang manakah menyebabkan kekutuban molekul air
kepekatan elektron yang dikongsi adalah lebih tinggi pada atom oksigen
nisbah hidrogen: oksogen ialah 2:1
ikatan ionik antara atom hidrogen dengan oksigen
ikatan disulfida diantara molekul
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan muatan haba tentu air yang tinggi?
penyejukan badan apabila peluh menyejat
mamalia marin masih dapat terus hidup di dalam lautan meskipun diliputi ais
lautan bertindak sebagai penimbal suhu bumi
kesemua diatas
Apakah proses yang terlibat dalam penukaran kanji kepada glukosa?
kondensasi
fotolisis
hidrolisis
asimilasi
Antara yang berikut yang manakah unsur bagi karbohidrat?
karbon (C), hidrogen, (H), oksigen (O)
karbon (C), hidrogen, (H), sulfur (S)
karbon (C), hidrogen, (H), nitrogen (N)
karbon (C), nitrogen, (N), oksigen (O)
Berikut ialah 3 jenis karbohidrat iaitu, monosakarida, disakarida dan polisakarida. Betul ke salah?
Betul
Salah
Berikut adalah monosakarida kecuali
glukosa
galaktosa
fruktosa
sukrosa
Glukosa ialah monosakarida yang paling lazim didapati dan kebanyakan polisakarida terbentuk daripada glukosa. Adakah pernyataan ini benar?
tidak
ya
Galaktosa adalag gula yang terdapat dalam
madu
susu
padi
anggur
Disakarida adalah adalah gula yang terhasil daripada
proses kondensasi yang melibatkan dua molekul ringkas bergabung
proses kondensasi yang melibatkan tiga molekul ringkas bergabung
proses hidrolisis yang melibatkan dua molekul ringkas bergabung
Berdasarkan persamaan berikut, apakah X dan Y?
X = Maltosa Y = sukrosa
X = Maltosa Y = fruktosa
X = Maltosa Y = laktosa
Berikut ialah contoh polisakarida KECUALI
selulosa
sukrosa
glikogen
kanji
Kepentingan karbohidrat dalam sel adalah
sebagai sumber tenaga
sebagai makanan simpanan
sebagai struktur sokongan
semua diatas
Pilih ciri-ciri polisakarida
tidak larut dalam air
tidak mempunyai rasa manis dan tidak menghablur
boleh diuraikan melalui proses kondensasi
boleh diuraikan melalui hidrolisis dengan bantuan asid cair, pendidihan dan tindakan enzim.
Seseorang yang ingin berjaya mestilah
suka bertanya guru
rajin buat kerja sekolah
tidak membelakangkan agama
berusaha tanpa jemu
Which part allows glycerol to pass across the plasma membrane?
Bahagian yang membenarkan gliserol merentasi membran plasma?
Phospholipid bilayer / Dwilapisan fosfolipid
Pore protein / Protein liang
Carrier protein / Protein pembawa
Cholesterol / Kolesterol
Which substances can pass through the pore protein in plasma membrane?
Bahan apakah yang dapat merentasi protein liang dalam membran plasma?
Fatty acids / Asid lemak
Sodium ions / Ion natrium
Vitamin A
Glycoproteins / Glikoprotein
In which solution does the contraction rate of a Paramecium sp. contractile vacuole the fastest if it is put into solutions with different concentration?
Dalam larutan manakah, vakuol mengecut Paramecium sp. mengecut dengan paling pantas sekiranya diletakkan dalam larutan dengan kepekatan berbeza?
Pond water / Air kolam
Distilled water / Air suling
1.0% salt solution / Larutan garan 1.0%
0.4% salt solution / Larutan garam 0.4%
Which process enables the movement of water molecules from the soil into the root hairs of a plant?
Proses manakah membolehkan pergerakan molekul air dari tanah ke dalam akar rambut tumbuhan?
Osmosis
Facilitated diffusion / Resapan berbantu
Simple diffusion / Resapan ringkas
Active transport / Pengangkutan aktif
What is the best way to refresh the wilted vegetables?
Apakah kaedah terbaik untuk menjadikan sayur-sayuran yang layu segar semula?
Immerse the vegetables in tap water
Rendam sayuran di dalam air paip
Immerse the vegetables in salt water
Rendam sayuran di dalam air masin
Keep the vegetables in a transparent plastic bag
Simpan sayuran di dalam beg plastic lutsinar
Keep the vegetables in the refrigerator
Simpan sayuran di dalam peti sejuk
Diagram shows the shape of a stalk of mustard green when put in certain type of solution.
Rajah menunjukkan bentuk batang sawi yang diletakkan dalam jenis larutan tertentu.
Which of the following is the correct type of solution?
Antara berikut yang manakah merupakan jenis larutan yang betul?
Hypertonic / Hipertonik
Isotonic / Isotonik
Hypotonic / hipotonik
Supertonic / Supertonik
Which of the following processes is affected by the presence of a metabolic poison?
Antara proses yang berikut, yang manakah akan dipengaruhi oleh racun metabolik?
Absorption of water by root hair
Penyerapan air oleh rerambut akar
Uptake of iodine by algae living in the sea
Pengambilan iodin oleh alga dalam laut
Absorption of digested food in the small intestine
Penyerapan makanan tercerna dalam usus kecil
The movement of amino acids across the plasma membrane
Pergerakan asid amino menembusi membrane plasma
Diagram shows the structure of a plasma membrane.
Rajah menunjukkan struktur membran plasma.
What is S?
Apakah S?
Pore protein / Protein liang
Hydrophilic head / Kepala hidrofilik
Carrier protein / Protein pembawa
Hydrophobic tail / Ekor hidrofobik
What is the process involved in the gaseous exchange in Paramecium sp.?
Apakah proses yang terlibat dalam pertukaran gas dalam Paramecium sp.?
Osmosis
Diffusion / Resapan
Active transport / Pengangkutan aktif
Facilitated diffusion / Resapan berbantu
When a drop of blood is added to 0.85% sodium chloride, the red blood cells maintain their normal size. What will happen to the red blood cells if they are transferred to a distilled water?
Apabila setitis darah dimasukkan ke dalam larutan natrium klorida 0.85%, sel darah merah mengekalkan saiz normalnya. Apakah yang berlaku kepada sel darah merah jika ia dipindahkan ke dalam air suling?
Plasmolysis / Plasmolisis
Haemolysis / Hemolisis
Crenation / Krenasi
Turgid / Segah
Membran separa telap
Struktur manakah yang mempunyai ciri-ciri ini?
