WorksheetsKUIZ TATABAHASA
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Pilih perkataan yang tepat.
Individu yang _________________ arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu akan dikenakan hukuman penjara atau denda sebanyak RM1000.
engkar
ingkar
Pilih perkataan yang tepat.
Kempen _______________ akan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara.
anti-denggi
antidenggi
Pilih perkataan yang tepat.
Pasar raya itu akan memberikan _______________bernilai RM50 kepada pelanggannya yang berbelanja melebihi RM200.
baucar
baucer
Pilih perkataan yang tepat.
Bulan ________________ tahun ini disambut dalam keadaan yang suram disebabkan oleh Virus Corona yang melanda dunia.
Ramadhan
Ramadan
Pilih padanan yang tepat untuk kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut.
Kanak-kanak yang berusia sepuluh setengah tahun itu memperoleh hadiah khas kerana kemampuannya menguasai bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
sepuluh tahun setengah ... anugerah
setengah sepuluh tahun ... anugerah
Pilih padanan yang tepat untuk kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut.
Pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memilih dua puluh orang jurutera untuk melukis pembangunan pelan di sekitar kawasan Menara Warisan.
pelukis ... pelan pembangunan
arkitek ... pelan pembangunan
Pilih padanan yang tepat untuk kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut.
Perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di zaman sekarang telah memudahkan pengguna kerana mereka dapat mengurangkan masa.
pada ... menjimatkan
dari ... menjimatkan
Pilih padanan yang tepat untuk kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut.
Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.
mengelilingi ... dianjurkan oleh syarikat itu
menjelajah ... menganjurkan syarikat itu
menjelajah ... dianjurkan oleh syarikat itu
Pilih padanan yang tepat untuk kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut.
Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Thailand akibat penyakit misteri yang melanda negara itu.
Beribu-ribu ... dibunuh
Seribu ... dihapuskan
Beribu-ribu ... dihapuskan
Pilih padanan yang tepat untuk kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut.
Buku-buku Syarikat Maju paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti produk mereka.
laris sekali .. keadaan
paling laris ... kualiti
Pilih padanan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Permohon untuk jawatan kosong di syarikat itu boleh dihantar menerusi mesin fax sahaja.
Permohonan ... faks
Pemohonan ... faks
Pemohon ... faxs
Pilih padanan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni terutamanya industri muzik dan perfileman tanahair.
melumpuhkan ... tanah air
melupuhkan ... tanah air
Pilih padanan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Para belia yang tidak berjaya menyambung pelajaran ke universiti telah disarankan agar mengikut kursus di instituisi kemahiran yang ada.
mengikuti ... institut
mengikuti ... institusi
Pilih padanan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Pada awalnya, gagasan 1Malaysia telah memberikan pelbagai definasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga wujud kekeliruan.
memberi ... definisi
diberikan ... definisi
Pilih padanan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan Kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
banyak-banyak ... merasmikan
berbanyak-banyak ... merasmikan
Pilih ayat yang betul menggunakan kata pemeri 'ialah'
Antaranya ialah meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.
Antaranya ialah usaha meningkatkan ilmu dalam kalangan murid.
Pilih ayat yang betul.
Oleh kerana budak itu nakal, dia dirotan oleh PKHEM.
Oleh kerana dia cantik, dia selalu menarik perhatian golongan lelaki.
Oleh sebab murid itu pandai, dia selalu mendapat pujian.
Oleh kerana ilmunya yang luas, beliau selalu mendapat anugerah
Pilih ayat yang betul.
Murid itu sedang menerangkan mengapa Angin Monsun Barat Daya kurang membawa hujan.
Kita akan mengkaji cara penduduk di kawasan iklim yang berlainan mengamalkan cara hidup yang berbeza.
Pihak polis telah menjelaskan bagaimana kejadian tembak menembak itu boleh berlaku.
Murid itu wajib menerangkan kenapa dia lewat datang ke sekolah.
Pilih ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan tepat.
Dari semasa ke masa kanak-kanak patut diingatkan tentang keselamatan diri ketika berada di luar rumah.
Setelah kemalangan jalan raya yang ngeri itu semua pengguna jalan raya perlu berhati-hati dari semasa ke masa.
Pihak sekolah akan berdialog dengan pelajar-pelajar yang bermasalah dari masa ke masa.
Pencarian kuda hitam di kampung itu akan diadakan dari masa ke semasa.
Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif dengan tepat.
Kura-kura merupakan binatang yang terakhir sekali sampai di garisan penamat dalam perlumbaan itu.
Antara murid yang paling terjujur sekali itu telah mendapat pujian guru besar mereka.
Dialah wanita yang paling tercantik di kampung itu.
Tali yang panjang sekali itu telah digunakan oleh ayah untuk mengikat perahu.
Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan tepat.
Mereka dipilih memenangi pertandingan itu kerana menunjukkan persembahan yang seragam.
Dia telah pulang ke istana setelah berada lama di luar negara.
Kami akan pulangkan barang awak setelah saya habis kerja ini.
Baginda telah berada di padang bola sepak bermain dengan kawan-kawan sekampung.
Berapa jenis ayat dalam Bahasa Melayu?
3
4
2
6
Berikut merupakan jenis-jenis ayat dalam Bahasa Melayu kecuali
Ayat Penyata
Ayat Songsang
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Pilih jenis ayat yang betul untuk ayat berikut.
Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat dengan pembinaan dan pengembangan bahasa.
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Penyata
Ayat Perintah
Pilih jenis ayat yang betul untuk ayat berikut.
Ambilkan saya segelas air di atas meja itu.
Ayat Tanya
Ayat Seruan
Ayat Penyata
Ayat Perintah
Pilih jenis ayat yang betul untuk ayat berikut.
Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu!
Ayat Seruan
Ayat Penyata
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Pilih jenis ayat yang betul untuk ayat berikut.
Penyakit ini merebak sejak bila?
Ayat Penyata
Ayat Seruan
Ayat Tanya
Ayat Perintah
Antara berikut yang manakah merupakan ayat perintah?
Perintah Kawalan Pergerakan dilajutkan lagi untuk fasa ketiga.
Setiap hari ibu bingung memikirkan juadah yang mahu dimasak untuk dimakan semasa berbuka puasa
Remaja janganlah mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme.
Virus corona yang melanda dunia telah meyebabkan berlakunya masalah ekonomi.
Antara berikut, yang manakah merupakan ayat penyata?
Jangan ganggu gadis yang sedang berjalan seoran diri itu.
Tolong bersihkan kawasan yang kotor itu supaya kita tidak dijangkiti penyakit.
Nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia tidak dapat keluar menangkap ikan pada musim tengkujuh.
Nama murid yang menerima anugerah kecemerlangan itu siapa?
Antara berikut, yang manakah merupakan ayat tanya?
Wah, kelakarnya pelawak dari negeri Sabah itu!
Haliza membacakan buku cerita itu kepada adiknya sambil berseloroh.
Para cendekiawan itu sedang berbincang tentang masalah inflasi.
Rahmad boleh memegang jawatan itu sampai bila?
Ayat perintah juga terbahagi kepada beberapa jenis. Berapa jenis ayat yang ada dalam ayat perintah?
2
3
4
5
Berikut merupakan jenis-jenis ayat perintah kecuali
Ayat suruhan
Ayat permintaan
Ayat larangan
Ayat aktif
Ayat silaan
Pilih ayat perintah yang tepat untuk ayat berikut.
Tutuplah pintu itu.
Ayat silaan
Ayat permintaan
Ayat larangan
Ayat suruhan
Pilih ayat perintah yang tepat untuk ayat berikut.
Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat permintaan
Ayat silaan
Pilih ayat perintah yang tepat untuk ayat berikut.
Jemputlah duduk di bangku yang disediakan di ruang tamu.
Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat permintaan
Pilih ayat perintah yang tepat untuk ayat berikut.
Minta tuan-tuan untuk menjelaskan yuran persatuan.
Ayat silaan
Ayat suruhan
Ayat larangan
Ayat permintaan
Antara berikut, yang manakah merupakan ayat permintaan?
Sila datang ke rumah saya.
Tolong selesaikan pergaduhan ini.
Pukullah ular itu.
Ibu sangat suka menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh di taman perumahan kami.
Antara berikut, yang manakah merupakan ayat larangan?
Ibu menghalang adik menyertai kumpulan remaja nakal itu.
Jemput masuk ke dewan itu.
Tolong angkat bakul buah itu ke dalam rumah.
Jangan membuang sampah di kawasan ini.
Antara berikut, yang manakah merupakan ayat silaan?
Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran tersebut.
Minta ibu kamu datang ke sekolah esok.
Pekerja itu tidak dibenarkan bercuti pada musim perayaan nanti.
Usah kamu peduli sikap pentingkan dirinya itu.
Antara berikut, yang manakah merupakan ayat suruhan?
Minta tuan benarkan kami masuk.
Jangan duduk di sini.
Keluar dari bilik ini!
Tolong hantarkan latihan kamu sebelum hari Rabu.
