wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH BAB 7 TINGKATAN 5 CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

Total questions: 65

Worksheet time: 33mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan sistem Demokrasi Berparlimen? ( Pilih 2 jawapan yang betul)

a)

Rakyat membentuk kerajaan

b)

Rakyat menentukan pelantikan raja

c)

Rakyat mencadangkan pemilihan ketua negara

d)

Rakyat memilih perwakilan melalui pilihan raya

2.

Apakah yang dijadikan panduan dalam pemerintahan di negara kita?

a)

PERLEMBAGAAN

b)

RAJA BERPERLEMBAGAAN

c)

KABINET

d)

PILIHAN RAYA

3.

Penyataan yang manakah menerangkan kerajaan bercorak republik?

a)

menerima pemerintahan beraja

b)

diketuai oleh presiden

c)

diadakan proses pilihanraya

d)

memusatkan kuasa pada tangan seorang diktator

4.

Rakyat berhak sokong, kekal dan tukar kerajaan melalui ?

a)

Pilihan raya

b)

Demonstrasi

c)

Bersih 2.0

d)

Provokasi

5.

Berikut merupakan ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia KECUALI

a)

PILIHAN RAYA

b)

PARLIMEN

c)

PARTI-PARTI POLITIK

d)

RAJA BERKUASA MUTLAK

6.

Bilakah Perlembagaan Malaysia wujud?

a)

31 OGOS 1957

b)

16 SEPTEMBER 1963

7.

Perlembagaan Malaysia mengandungi _____ perkara

a)

183

b)

153

c)

163

d)

173

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan Keluhuran Perlembagaan?

a)

Ketinggian undang-undang

b)

Tidak boleh diubah

c)

Tidak boleh dimansuhkan

d)

Serba lengkap dan muktamad

9.

Dalam Perlembagaan perkara _____, undang-undang negeri yang bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

a)

75

b)

76

c)

77

d)

78

10.

Pihak manakah yang berkuasa menentukan kesahihan undang-undang di Malaysia ?

a)

MAHKAMAH

b)

DEWAN RAKYAT

c)

DEWAN NEGARA

d)

KABINET

11.

Berapakah cara meminda Perlembagaan di Malaysia ?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

12.

Kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan sarawak dalam perlembagaan boleh diubah dengan persetujuan 2/3 Dewan parlimen dengan keizinan ?

a)

YANG DIPERTUA NEGERI

b)

MAJLIS RAJA-RAJA

13.

Berikut merupakan perkara sensitiviti yang tidak boleh dipersoalkan secara terbuka KECUALI

a)

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

b)

AGAMA ISLAM

c)

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU

d)

HAK ISTIMEWA ORANG MALAYSIA

14.

Apakah bentuk Perlembagaan Malaysia ?

a)

BERTULIS

b)

TIDAK BERTULIS

15.

Bilakah jawatan Yang Dipertuan Agong diwujudkan ?

a)

1956

b)

1957

c)

1963

d)

1965

16.

Pernyataan manakah berkaitan dengan Yang Dipertuan Agong?

a)

Tonggak negara

b)

Ketua utama negara

c)

Ketua Jemaah Menteri

d)

Melantik Yang Dipertuan Agong seterusnya

17.

Bagaimanakah Yang Dipertuan Agong dipilih?

a)

Secara giliran

b)

Melalui pilihan raya

c)

Mengikut persetujuan badan pelaksana

d)

secara pilihan daripada sembilan orang raja

18.

Berapakah bilangan raja-raja Melayu di Malaysia ?

a)

7

b)

8

c)

9

d)

14

19.

Berapakah tahun jawatan Yang Dipertuan Agong dipegang ?

a)

5 tahun

b)

6 tahun

c)

tiada had

d)

10 tahun

20.

Bolehkah Yang Dipertuan Agong meletak jawatan sebelum tamat perkhidmatan baginda?

a)

Boleh

b)

Tidak Boleh

21.

Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua __________

a)

Negara

b)

Kerajaan

22.

Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Kehakiman dan Badan Perlaksana ?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Kabinet

d)

Peguam Negara

23.

Siapakah yang berkuasa memanggil dan membubarkan Parlimen Malaysia?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Speaker Dewan Rakyat

d)

Rakyat Dewasa

24.

Siapakah yang mengetuai Angkatan Tentera di malaysia ?

a)

Menteri Pertahanan

b)

Perdana Menteri

c)

Yang Dipertuan Agong

d)

Kolonel Mejar ATM

25.

Siapakah yang berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman di Mahkamah Tentera di Malaysia ?

a)

Yang Dipertuan Agong

b)

Menteri Pertahanan

c)

Perdana Menteri

d)

Ketua Angkatan Tentera

26.

Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama dari negeri ?

a)

Negeri Sembilan

b)

Johor

c)

Perak

d)

Selangor

27.

Yang Dipertuan Agong kini (2019-.........) dari negeri ?

a)

Kelantan

b)

Kedah

c)

Pahang

d)

Perlis

28.

Siapakah yang berkuasa melantik Peguam Negara, ketua Audit Negara di Malaysia ?

a)

Perdana Menteri dengan nasihat Yang Dipertuan Agong

b)

Yang Dipertuan Agong

c)

Ketua Setiausaha Negara

29.

Badan Perundangan juga dikenali sebagai ?

a)

Legislatif

b)

Judisiari

c)

Eksekutif

d)

Jemaah Menteri

30.

Siapakah yang berkuasa menggubal undang-undang di Malaysia?

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Perlaksana

c)

Badan Kehakiman

d)

Badan Berkanun

31.

Malaysia ialah salah sebuah negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada 3 cabang, iaitu........?

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Jemaah

c)

Badan Pelaksana

d)

Badan Kehakiman

32.

Dewan _________ merupkan dewan TERTINGGI dalam pemerintahan negara.

a)

RAKYAT

b)

NEGARA

c)

PERHIMPUNAN

33.

Ahli Dewan Negara digelar ?

a)

SENATOR

b)

YANG BERHORMAT

c)

YANG AMAT BERHORMAT

d)

TAN SRI

34.

Berapakah bilangan ahli Dewan Negara untuk setiap negeri di Malaysia ?

a)

1 ORANG

b)

2 ORANG

c)

3 ORANG

d)

4 ORANG

35.

Berapakah umur minimum untuk menjadi ahli Dewan Negara ?

a)

30 TAHUN

b)

29 TAHUN

c)

21 TAHUN

d)

18 TAHUN

36.

Yang Dipertuan Agong berkuasa melantik seramai ______ orang ahli Dewan Negara yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang mereka.

a)

40

b)

39

c)

21

d)

60

37.

Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Dewan _________ kerana ahlinya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum.

a)

TERTINGGI

b)

TERPENTING

c)

RAKYAT

d)

NEGARA

38.

Berapakah tempoh masa memegang jawatan bagi ahli Dewan Rakyat ?

a)

5 TAHUN

b)

3 TAHUN

c)

2 TAHUN

d)

10 TAHUN

39.

Rang Undang-undang yang digubal dan diluluskan pada peringkat Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan...?

a)

Enakmen

b)

Ordinan

c)

Akta

d)

Warta Kerajaan

40.

Apakah nama Undang-undang yang digubal oleh Parlimen ?

a)

AKTA

b)

ENAKMEN

c)

ORDINAN

d)

TIANG ASOKA

41.

Apakah nama undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN)

a)

AKTA

b)

ORDINAN

c)

ENAKMEN

d)

PERATURAN

42.

Badan Perlaksana juga dikenali sebagai Badan ?

a)

LEGISLATIF

b)

JUDISIARI

c)

EKSEKUTIF

43.

Siapakah yang menggubal dasar-dasar negara dan kerajaan di Malaysia ?

a)

BADAN KEHAKIMAN

b)

BADAN PERLAKSANA

c)

BADAN PERUNDANGAN

d)

BADAN BERKANUN

44.

Menteri yang tidak diberikan tugas kementerian dikenali sebagai Menteri __________

a)

Dalam Negeri

b)

Pertahanan

c)

Tidak Berportfolio

d)

Timbalan Perdana Menteri

45.

Siapakah yang menjadi ketua setiap kementerian yang wujud di Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri

c)

Ketua Setiausaha Negara

d)

Ketau Setiausaha Kementerian

46.

Siapakah ketua perkhidmatan awam di Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Yang Dipertuan Agong

47.

Siapakah yang bertanggungjawab dalam urusan lantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin penjawat awam persekutuan ?

a)

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

b)

PERDANA MENTERI

c)

KETAU SETIAUSAHA NEGARA

d)

YANG DIPERTUAN AGONG

48.

Badan manakah yang berkuasa mentafsir perlembagaan dan undang-undang di Malaysia?

a)

Badan Legislatif

b)

Badan Eksekutif

c)

Badan Judisiari

49.

________ merupakan keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh peguam.

a)

alibi

b)

afidavit

c)

writ

d)

sumpah

50.

Siapakah yang boleh mengesahkan kesahihan sesuatu undang-undang di Malaysia ?

a)

Badan Kehakiman

b)

Badan Perlaksana

c)

Badan Perundangan

d)

Badan Berkanun

51.

Siapakah yang berkuasa mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi perlembagaan atau undang-undang di Malaysia ?

a)

Mahkamah

b)

Yang Dipertuan Agong

c)

Ketua Tentera Malaysia

d)

Rakyat Malaysia

52.

Mahkamah berkuasa mentafsir undang-undang di Malaysia TETAPI tidak boleh meminda undang-undang.


Siapakah yang berkuasa meminda undang-undang ?

a)

Badan Perundangan

b)

Badan Eksekutif

c)

Badan kehakiman

53.

Siapakah yang berkuasa melantik, naik pangkat dan melucutkan jawatan hakim di Malaysia ?

a)

Perdana Menteri

b)

Peguam Negara

c)

Yang Dipertuan Agong

d)

Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan

54.

Siapakah yang layak menjadi penasihat undang-undang , pendakwa raya dan peguam bela bagi kerajaan di Malaysia?

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Badan Kehakiman

d)

Ketua Hakim Negara

55.

Apakah tujuan utama pilihanraya diadakan ?

a)

Memilih Ketua Negara

b)

Memilih Ketua Negeri

c)

Memilih Wakil Rakyat

d)

Memilih Sultan yang baru

56.

Berapakah tahun sekali pilihanraya umum (PRU) akan diadakan ?

a)

5 tahun

b)

4 tahun

c)

2 tahun

d)

Calon meninggal dunia

57.

Pilihanraya Kecil (PRK) akan diadakan jika situasi berikut berlaku KECUALI ?

a)

Calon meninggal dunia

b)

Calon meletak jawatan

c)

Calon dipenjarakan

d)

Calon dilucutkan jawatan

58.

Pilihanraya mesti diadakan dalam tempoh ____ hari bagi Semenanjung dan _____ hari bagi Sabah & Sarawak selepas berlaku kekosongan kerusi.

a)

60 dan 60

b)

60 dan 90

c)

90 dan 60

d)

90 dan 90

59.

Siapakah yang berkuasa melantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Malaysia ?

a)

Yang Dipertua Negeri

b)

Yang Dipertuan Agong

c)

Pengundi

d)

Perdana Menteri dengan perkenan MRR Melayu.

60.

Jika YB Zaiton, wakil rakyat Sg Balang diisytiharkan muflis oleh mahkamah , maka beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi

a)

pengundi

b)

calon

61.

Berapakah tempoh hari maksimum yang dibenarkan oleh SPR untuk calon berkempen dalam pilihanraya ?

a)

15 hari

b)

5 hari

c)

6 hari

d)

sepanjang tempoh pilihanraya

62.

Berikut merupakan rakyat Malaysia yang dibenarkan mengundi secara POS kecuali?

a)

Anggota Keselamatan

b)

Pelajar Malaysia di luar negara

c)

Atlit negara

d)

Pegawai kerajaan di luar negara

63.

Dalam proses pilihanraya di Malaysia, kertas undi akan diberi ______ hari penggundian di tempat mengundi oleh SPR.

a)

awal

b)

pada

c)

selepas

d)

sebelum

64.

Siapakah pengerusi pertama parti UNKO di Sabah?

a)

Donald Stephens

b)

Tun Datu Mustapha

65.

Namakan parti politik di Sarawak yang paling lantang menentang penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia.

a)

SUPP

b)

PANAS

c)

PKMS

d)

BARJASA