wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 3 : Bab 6- Bab 8

Total questions: 60

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu?

a)

Menggalakkan pelaburan

b)

Memajukan pengangkutan

c)

Mementingkan keuntungan

d)

Memperbanyakkan pekerjaan

2.

Mengapakah ekonomi moden berikut memerlukan modal yang besar?

a)

Menguasai harga pasaran

b)

Mengimport barangan luar

c)

Melindungi pasaran tempatan

d)

Meningkatkan proses pengeluaran

3.

British telah membuka lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia pada tahun 1888. Di manakah lokasi lombong bijih timah tersebut?

a)

Lembah kinta, Perak

b)

Lukut, Negeri Sembilan

c)

Ampang, Kuala Lumpur

d)

Sungai Lembing, Pahang

4.

Apakah kepentingan lokasi berikut di Sabah?

a)

Pusat pentadbiran kerajaan

b)

Pusat petempatan buruh luar

c)

Pusat pengeluaran lada hitam

d)

Pusat perlombongan arang batu

5.

Mengapakah British mengusahakan tanaman-tanaman berikut pada peringkat awal?

a)

Mendapat pasaran yang meluas

b)

Harga yang tinggi di pasaran dunia

c)

Mempunyai tenaga buruh yang ramai

d)

Kemerosotan terhadap permintaan kopi

6.

Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada pokok rumbia yang terdapat di Sarawak?

a)

Sagu

b)

Santan

c)

Bijirin

d)

Kerepek

7.

Antimoni yang dilombong di Bau, Sarawak telah dipasarkan ke negara luar. Apakah negara tersebut?

a)

Jepun

b)

Belanda

c)

Sri Lanka

d)

Singapura

8.

Dinasti Brooke telah membawa buruh dari luar untuk bekerja di ladang getah. Siapakah buruh luar tersebut?

a)

Orang Cina

b)

Orang India

c)

Orang Jawa

d)

Orang Banjar

9.

Akta Tanah Simpanan Melayu telah diluluskan pada tahun1913 di negeri-negeri Melayu. Siapakah yang berkuasa meluluskan mana-mana tanah sebagai Tanah Simpanan Melayu?

a)

Sultan

b)

Residen

c)

Pegawai Daerah

d)

Pesuruhjaya British

10.

Undang-undang tanah berikut telah diperkenalkan oleh British. Apakah persamaan di antara undang-undang tersebut?

a)

Menjaga tanah hak milik peribumi

b)

Melindungi kepentingan ekonomi British

c)

Menggalakkan pembukaan tanah pertanian

d)

Mengelakkan penjualan tanah milik peribumi

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan cara kemasukan buruh dari luar ke Tanah Melayu pada kurun ke-19. Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh buruh dari luar?

a)

Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa

b)

Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan

c)

Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan

d)

Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik

12.

Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan oleh British?

a)

Melicinkan urusan kewangan

b)

Mengeluarkan mata wang kertas

c)

Menghapuskan mata wang tradisional

d)

Menyediakan pinjaman kepada pemodal

13.

Apakah kesan kemajuan sistem pengangkutan berikut terhadap Tanah Melayu?

a)

Pembinaan pusat pentadbiran

b)

Pengenalan tanaman komersil

c)

Penguasaan ekonomi penjajah

d)

Penghijrahan penduduk tempatan

14.

Terdapat banyak jalan raya pendek yang tidak berturap dibina di Sarawak. Apakah faktor yang menghalang pembinaan jalan raya di negeri tersebut?

a)

Kejadian gempa bumi

b)

Kekurangan jumlah penduduk

c)

Ditentang oleh masyarakat peribumi

d)

Bentuk muka bumi yang tidak sesuai

15.

Mengapakah perkhidmatan telekomunikasi diperkenalkan di Sarawak pada abad ke-19?

a)

Memajukan pertanian

b)

Melicinkan pentadbiran

c)

Menggalakkan perpaduan

d)

Menjalankan perdagangan

16.

. Pelabuhan-pelabuhan moden berikut telah dbina di negeri-negeri melayu. Apakah faedah yang diperoleh daripada pembinaan pelabuhan-pelabuhan moden tersebut?

a)

Meningkatkan pengeksportan bijih timah

b)

Menggalakkan perhubungan antara negara luar

c)

Memudahkan pengangkutan tenaga kerja dari luar

d)

Memulakan perkhidmatan mengangkut penumpang

17.

Apakah faktor yang membawa kepada kemajuan bandar Miri, Sarawak sejak dari tahun 1840-an?

a)

Pertanian dagangan

b)

Perusahaan bijih timah

c)

Perlombongan petroleum

d)

Perdagangan antarabangsa

18.

Apakah ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu? Tandakan 2 daripada 4 jawapan.

a)

Pengasingan sosial dan budaya

b)

Perpaduan antara kaum tercapai

c)

Peningkatan taraf hidup penduduk

d)

Perbezaan Pendidikan dan pekerjaan

19.

Manakah yang berkaitan dengan sekolah vernakular Melayu pada akhir abad ke-19?

a)

Dinaungi golongan pembesar

b)

Ditadbir oleh golongan ulama

c)

Terbuka kepada semua golongan

d)

Pendidikan hanya terhad di peringkat rendah

20.

Mengapakah hospital berikut dibina di Sarawak?

a)

Tapak penempatan kusta

b)

Pusat penyelidikan kesihatan

c)

Mengawal penyakit berjangkit

d)

Mengurangkan kadar kematian

21.

Tokoh berikut mengetuai gerakan penentangan di negara kita . Gerakan penentangan tersebut berlaku di ______________

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Kelantan

d)

Terengganu

22.

Tindakan berikut telah dilakukan oleh British di Naning. Berapakah kadar cukai tersebut?

a)

½

b)

¼

c)

1/5

d)

1/10

23.

Tokoh-tokoh berikut terlibat dalam satu rundingan di Sabah. Apakah hasil rundingan yang telah dicapai?

a)

Mat Salleh dibenarkan mentadbir Tambunan

b)

Tambunan diserahkan kepada SBUB

c)

Beaufort diserahkan kepada SUB

d)

Mat Salleh dibenarkan mentadbir Beaufort

24.

Apakah faktor yang membawa kepada kegagalan British untuk menguasai kubu di Bukit Putus, Negeri Sembilan?

a)

Senjata yang moden

b)

Kedudukan yang tinggi

c)

Bantuan daripada Johor

d)

Menggunakan kayu belian

25.

Apakah faktor yang membawa kepada penentangan Rentap terhadap Brooke di Sarawak?

a)

Perlucutan jawatan

b)

Penghapusan petempatan

c)

Pelaksanaan sistem cukai

d)

Pembinaan balai polis

26.

Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengambil hasil hutan dan membuka tanah?

a)

Surat Rujukan

b)

Surat Pajakan

c)

Surat Kelulusan

d)

Surat Kebenaran

27.

Apakah kesan pembatalan pajakan pungutan cukai dan larangan mengutip cukai oleh J.W.W. Birch terhadap pembesar di Perak?

a)

Pembesar kehilangan kuasa

b)

Pendapatan pembesar terjejas

c)

Pembesar dilucutkan jawatan

d)

Pemb

28.

Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk menghilangkan kuasa pemimpin tempatan di Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu?

a)

Menempatkan pegawai British dalam pentadiran tempatan

b)

Memaksa pemerintah melucutkan jawatan pembesar

c)

Membuat rundingan palsu dengan pemimpin tempatan

d)

Memindahkan pusat pemerintahan pemimpin tempatan

29.

British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat di Negeri-negeri Melayu. Apakah kesan daripada pengenalan tersebut terhadap Negeri-negeri Melayu?

a)

Pengukuhan kuasa pembesar

b)

Ekonomi negara terancam

c)

Kedudukan sultan tergugat

d)

Peningkatan taraf hidup rakyat

30.

Sistem pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) menyebabkan hak kehidupan orang Murut terjejas. Apakah buktinya?

a)

Dilarang memburu binatang liar

b)

Dilarang melakukan pertanian pindah

c)

Dilarang menetap di sempadan negeri

d)

Dilarang membuka tanah baharu untuk petempatan

31.

Sultan, pembesar Perak telah bersumpah untuk merahsiakan pakatan sulit. Bagaimanakah mereka mengikat taat setia merahsiakan pakatan sulit tersebut?

a)

Menepuk bahu kiri

b)

Meminum air keris

c)

Memakai baju putih

d)

Memakan sirih pinang

32.

Apakah faktor Yamtuan Antah gagal dalam penentangan terhadap British di Negeri Sembilan? Tandakan 2 daripada 4 jawapan.

a)

Kehabisan peluru

b)

Kekurangan ubat bedil

c)

Kehabisan makanan

d)

Kerosakan Meriam tembaga

33.

Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah? Apakah kesalahan beliau?

a)

Membunuh Residen

b)

Menyeludup senjata

c)

Menghasut penduduk

d)

Mencetuskan serangan

34.

Bagaimanakan usaha British untuk mengalahkan penentangan Tok Janggut di Kelantan?

a)

Meminta bantuan Belanda

b)

Membina kubu pertahanan

c)

Mengunakan nama Sultan

d)

Membakar kampung penduduk

35.

Apakah kesan Rundingan Perdamaian Menggatal pada tahun 1898 terhadap Mat Selleh di Sabah?

a)

Membenarkan mentadbir Tambunan

b)

Merampas Kawasan pentadbirannya

c)

Menjatuhi hukuman buang negeri

d)

Menempatkan Residen Jeneral

36.

Antara berikut, yang manakah strategi British untuk menggagalkan tentangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu? Tandakan 2 daripada 4 jawapan.

a)

Memberi rasuah

b)

Menangkap pembesar

c)

Mengunakan istana

d)

Memecah belahkan pakatan

37.

Mengapakah pertahanan Rentap di Bukit Sadok sukar ditembusi oleh tentera James Brooke?

a)

Menggunakan senjata moden

b)

Kubunya terletak di puncak Bukit

c)

Terdapat halangan daripada kayu belian

d)

Memiliki bilangan tentera yang ramai

38.

Bagaimanakah British berjaya menguasai daerah berikut?

a)

Melantik Presiden

b)

Menempatkan Pegawai Majistret

c)

Melancarkan serangan ketenteraan

d)

Mengadakan pakatan dengan para pembesar

39.

Apakah tindakan British yang menyebabkan konflik dengan Dato’ Bahaman semakin serius?

a)

Mendirikan Balai Polis

b)

Melantik Penasihat British

c)

Memperkenalkan cukai tanah

d)

Mencabuli adat resam orang Melayu

40.

Apakah tindakan British untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu?

a)

Memperkenalkan Durbar

b)

Memberi elaun dan pampasan

c)

Melantik sebagai penasihat Residen

d)

Mengiktiraf sebagai ketua pentadbiran negeri

41.

Rajah berikut berkaitan dengan sistem kerajaan berpelembagaan di Terengganu. Siapakah tokoh X berikut ___________________

a)

Sultan Ibrahim

b)

Sultan Muhammad II

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

42.

Gambar berikut merupakan tokoh yang terlibat dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah? Apakah peranan tokoh tersebut kepada masyarakat tempatan ?

a)

Pegawai daerah

b)

Mengetuai Jabatan

c)

Mengusahakan pembalakan

d)

Hakim di Mahkamah Anak Negeri

43.

Logo berikut digunakan oleh pasukan Rejimen Askar Melayu. Sejauhmanakah semangat dapat dizahirkan melalui logo tersebut? Tandakan 2 daripada 4 soalan

a)

Kedaulatan undang-undang

b)

Memupuk sikap bersatu padu

c)

Menegakkan kesucian agama Islam

d)

Keberanian mempertahankan raja dan negara

44.

Antara berikut, perjanjian manakah yang tidak diterima oleh sultan di Negeri-negeri Melayu Utara?

a)

Persetiaan British dengan Sultan Kedah 1791

b)

Perjanjian Bangkok 1909

c)

Perjanjian British- Johor 1914

d)

Perjanjian British-Kedah 1923

45.

Mengapakah pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara tidak mahu menerima penasihat British selepas perjanjian Bangkok 1909?

a)

Kedudukan politik raja dan pembesar terancam

b)

Berusaha mempertahankan hak dan identiti negeri

c)

British mengambil alih peranan pemerintah di negeri masing masing

d)

British memberi layanan buruk kepada pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara

46.

Apakah tujuan kerajaan Johor dan Terengganu menggubal Undang-Undang Tubuh ?

a)

Memudahkan pentadbiran negeri

b)

Memperkenalkan Birokrasi Barat

c)

Memperkukuh kuasa pemerintahan negeri

d)

Memperkenalkan sistem pentadbiran secara demokrasi

47.

Jadual berikut merupakan inisiatif Sultan yang telah memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing. Apakah iktibar yang dapat diambil daripada perlaksanaan Undang-undang tersebut?

a)

Berwaspada terhadap anasir luar

b)

Bijak dalam membuat keputusan

c)

Sentiasa berusaha memajukan negara

d)

Bekerjasama menegakkan undang-undang

48.

Apakah sumbangan Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri Kedah yang pertama?

a)

Membangunkan bidang pertanian

b)

Memodenkan sistem pengangkutan

c)

Meningkat aktiviti perlombongan

d)

Menggubal undang-undang tubuh negeri

49.

Gelaran berikut diberikan kepada tokoh pemodenan negeri Johor Siapakah pembesar berwibawa tersebut?

a)

Dato’ Jaafar bin Muhammad

b)

Dato’ Abdul Rahman bin Andak

c)

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi

d)

Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

50.

Tengku Menteri Ngah Ibrahim mempelajari sistem pentadbiran daripada Sultan Johor bagi memajukan daerah Larut. Mengapakah usaha beliau terhenti?

a)

Pembangunan tergendala akibat campurtangan British

b)

Beliau dipaksa oleh British untuk bersara awal

c)

Beliau dijatuhkan hukuman mati

d)

Beliau dibuang negeri

51.

Persidangan Raja- raja Melayu dikenali sebagai Durbar merupakah wadah pertemuan antara Raja-raja Melayu dengan British.Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Durbar? Tandakan 2 daripada 4 jawapan.

a)

Menyelesaikan pertikaian

b)

Berperanan sebagai jurubicara

c)

Melindungi kepentingan bangsa

d)

Penggubal undang-undang kerajaan negeri

52.

Apakah nilai yang dicontohi dari usaha pembesar negeri memajukan negeri-negeri Melayu?

a)

A Berkorban

b)

B Bijaksana

c)

C Taat setia

d)

D Berani

53.

Apakah persamaan di antara Raja Chulan, Raja Di Hilir Perak dengan Dato’ Abdullah Haji Dahan, Undang Luak Rembau?

a)

A Merupakan Ahli Majlis Persekutuan

b)

B Menjawat jawatan Syeikhul Islam

c)

C Merupakan tokoh pejuang kemerdekaan

d)

D Merupakan pembesar negeri yang dibersarakan awal oleh British

54.

Siapakah tokoh yang telah menjadikan Kedah sebagai negeri Jelapang Padi di negara kita?

a)

A Tengku Menteri Ngah Ibrahim

b)

B Wan Muhamad Saman

c)

C Tengku Muhammad

d)

D Long Jaafar

55.

Berikut adalah sumber utama negeri Sarawak. Pada tahun 1820-an Sarawak merupakan pengeksport utama antimoni emas dan X . Apakah X ?

a)

A Bijih timah

b)

B Sagu

c)

C Kelapa

d)

D Petroleum

56.

Apakah kegiatan utama penduduk ketika itu?

a)

A Pertanian

b)

B Perikanan

c)

C Perdagangan

d)

D Pembalakan

57.

Tindakan diplomasi membuktikan kesungguhan Raja-raja Melayu menghadapi cabaran perluasan kuasa Barat. Apakah usaha yang dilakukan Sultan Abu Bakar dalam mengekalkan kedaulatan kesultanan Johor sehingga tahun 1914? Tandakan 2 daripada 4 jawapan.

a)

Menubuhkan Lembaga Penasihat

b)

Menandatangani perjanjian dengan British

c)

Membuat rundingan untuk menyelesaikan masalah

d)

Mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

58.

Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu mengandungi 53 fasal. Apakah kandungan penting berkaitan perlantikan Ahli Mesyuarat Negeri? Tandakan 2 daripada 4 jawapan.

a)

Boleh terdiri daripada orang bukan beragama Islam

b)

Mestilah rakyat negeri

c)

Bersemangat patriotik

d)

Berbangsa Melayu

59.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh tokoh di bawah untuk menyekat kemaraan British di Johor? Tandakan 2 daripada 4 jawapan.

a)

Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk Perdagangan

b)

Memindahkan pusat pentadbiran Johor ke Teluk Belanga, Singapura

c)

Memperkenalkan Sistem Kangani

d)

Memodenkan pentadbiran negeri

60.

Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kenyataan tersebut.

a)

A Sikap berhati-hati dan berwaspada

b)

B Bekerjasama dengan penjajah

c)

C Menandatangani perjanjian

d)

D Menghormati penjajah