NEW
Font size
WorksheetsKUIZ AKAUN: Buku Catatan Pertama
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Perniagaan Man Top menerima nota kredit daripada pembekal Syarikat Mahawangsa.
Apakah buku catatan pertama yang digunakan oleh Perniagaan Man Top?
Jurnal belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Pada 15 Mei 2019, pemilik Hadi Catering telah membeli peralatan memasak secara kredit.
Apakah buku catatan pertama yang digunakan oleh Hadi Catering untuk merekodkan urus niaga tersebut?
Jurnal Am
Jurnal Belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
Urus niaga yang berikut dijalankan oleh Kedai Alat Tulis Zainab.
Manakah yang akan dicatatkan dalam Jurnal Belian Kedai Alat Tulis Zainab?
Membeli tiga buah rak buku daripada Perniagaan Teik Ho
Membeli perabot secara kredit daripada Syarikat Hakim
Membeli dua puluh dozen pensil daripada Perniagaan Cergas Jaya
Membeli fail kertas secara tunai daripada Kedai Umaiza
Apakah kegunaan lajur folio dalam Buku Catatan Pertama?
Mencatat nama akaun di lejar
Mencatat nombor rujukan akaun di lejar
Mencatat nombor invois dokumen perniagaan
Mencatat tarikh urus niaga yang berlaku
Pernyataan manakah yang benar mengenai Buku Catatan Pertama?
I Merupakan buku akaun utama
II Terdiri daripada Jurnal Am dan Jurnal Khas
III Merekod urus niaga mengikut urutan tarikh
IV Sumber maklumat adalah dokumen perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Urus niaga manakah yang akan direkodkan dalam Jurnal Am?
I Membeli perabot secara tunai
II Menjual kenderaan terpakai secara kredit
III Catatan penutupan
IV Ambilan tunai oleh pemilik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Jurnal yang manakah adalah Jurnal Khas?
I Jurnal Am
II Jurnal Jualan
III Jurnal Penerimaan Tunai
IV Buku Tunai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dokumen manakah yang merupakan sumber maklumat Jurnal Belian?
I Invois asal
II Invois salinan
III Nota debit salinan
IV Nota debit asal
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perniagaan Yob Zainan telah menerima bil tunai atas belian barang bernilai RM900.
Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan bagi merekodkan urus niaga tersebut?
Jurnal Belian
Jurnal Jualan
Jurnal Penerimaan Tunai
Jurnal Pembayaran Tunai
Encik Kassim menghantar nota debit berjumlah RM240 kepada Puan Murni kerana terkurang caj.
Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Encik Kassim untuk merekod urus niaga tersebut?
Jurnal Belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
jurnal Pulangan Jualan
Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Penerimaan Tunai?
I Jelaskan hutang kepada pembekal
II Pelanggan menjelaskan bayaran hutang
III Tunai peribadi dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan
IV Ambilan tunai untuk kegunaan perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat apakah yang dicatat di lajur butir dalam Jurnal Jualan?
Nama pemilik
Nama pembeli
Nama pembekal
Nama barang niaga
Urus niaga manakah yang direkodkan dalam Buku Tunai?
I Membayar gaji dengan cek
II Membeli kelengkapan secara tunai
III Membeli kenderaan secara kredit
IV Ambilan barang untuk kegunaan sendiri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Urus niaga manakah yang merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai?
Mengeluarkan tunai untuk membayar bil elektrik
Mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri
Memindahkan tunai peribadi ke dalam perniagaan
Memindahkan tunai perniagaan ke dalam bank
Apakah kegunaan Buku Tunai Runcit?
Merekod belanja kecil
Mengawal sebahagian penerimaan dan pembayaran tunai
Mengawal wang keluar dan wang masuk
Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup
Butiran manakah yang dicatatkan dalam lajur belanja pos Buku Tunai Runcit?
Belian minuman pejabat
Upah mencuci
Belian pewangi pejabat
Belian setem
Kedai Buku Aliyah menjual komputer terpakai secara kredit kepada Puan Naimah.
Buku Catatan Pertama manakah yang perlu digunakan untuk merekod urus niaga tersebut?
Jurnal Am
Jurnal Jualan
Jurnal Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Sistem Panjar biasanya digunakan dalam penyediaan
Buku Tunai
Jurnal Pembayaran Tunai
Penyata Bank
Buku Tunai Runcit
"Pemilik telah memindahkan tunai dari bank ke dalam perniagaan."
Apakah sumber dokumen yang dirujuk untuk menyediakan catatan tersebut?
Memo
Baucer
Keratan cek
Slip masuk wang
Pernyataan manakah benar tentang Nota Debit?
Merekod pulangan barang kepada pembekal
Nama pembekal ditulis di atas manakala nama pembeli ditulis di bawah
Digunakan untuk memberitahu bahawa invois sebelumnya terlebih caj
Merekod pulangan barang kepada pembeli
