Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Perakaunan T4 -Modul Buku Catatan Pertama

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Buku Catatan Pertama

a)

Merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam Buku Catatan Pertama yang lain

b)

Merekodkan urus niaga yang kerap berlaku dalam perniagaan

c)

Buku catatan asal untuk merekod semua urus niaga

d)

Merekodkan urus niaga yang melibatkan penerimaan dan pembayaran secara tunai atau cek

2.

Apakah fungsi Jurnal Am?

a)

Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

b)

Merekodkan urus niaga yang kerap berlaku dalam perniagaan

c)

Merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam Buku Catatan Pertama yang lain

d)

Merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam Buku Catatan Pertama yang lain

3.

Pernyataan manakah yang benar mengenai Buku Catatan Pertama?


I Merupakan buku akaun utama

II Terdiri daripada Jurnal Am dan Jurnal Khas

III Merekod urus niaga mengikut urutan tarikh

IV Sumber maklumat adalah dokumen perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Jurnal Am disediakan bagi merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam mana-mana Buku Catatan Pertama yang lain.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Jenis-jenis Buku Catatan Pertama ialah

a)

Buku Runcit

b)

Buku Tunai

c)

Buku Tunai Runcit

d)

Jurnal

6.

Buku yang merekodkan semua penerimaan dan pembayaran wang tunai dan cek.

a)

Jurnal Khas

b)

Buku Tunai

c)

Buku Tunai Runcit

d)

Jurnal Am

7.

Buku yang merekodkan perbelanjaan harian yang melibatkan pembayaran amaun yang kecil dan tidak sesuai dibayar dengan cek.

a)

Jurnal Khas

b)

Buku Tunai

c)

Buku Tunai Runcit

d)

Jurnal Am

8.

................ disediakan bagi merekodkan semua urus niaga yang tidak boleh direkodkan dalam mana-mana Buku Catatan Pertama yang lain.

a)

Jurnal Khas

b)

Buku Tunai

c)

Buku Tunai Runcit

d)

Jurnal Am

9.

Kegunaan Buku Catatan Pertama bertujuan untuk meminimumkan kesilapan dan ketinggalan catatan urus niaga dalam perniagaan.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Apakah X ?

a)

Akaun Belian

b)

Jumlah Belian

c)

Akaun Belum Bayar

d)

Jumlah Jurnal Belian

11.

Apakah fungsi Jurnal Jualan?

a)

Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

b)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Bayar

c)

Merekodkan jualan barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

d)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Terima

12.

Apakah fungsi Jurnal Pulangan Belian

a)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Terima

b)

Merekodkan jualan barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

c)

Merekodkan pulangan barang niaga kepada Akaun Belum Bayar

d)

Merekodkan belian barang niaga dan perkhidmatan secara kredit

13.

Jurnal khas manakah yang digunakan untuk merekodkan urus niaga kutipan tunai daripada Akaun Belum Terima?

a)

Jurnal Jualan

b)

Jurnal Belian

c)

Jurnal Penerimaan Tunai

d)

Jurnal Pembayaran Tunai

14.

Padanan manakah yang salah?

a)

Buku catatan pertama : Jurnal Jualan

Dokumen Sumber : Invois (salinan)

b)

Buku catatan pertama : Jurnal Am

Dokumen Sumber : Memo

c)

Buku catatan pertama : Jurnal Belian

Dokumen Sumber : Nota debit (asal)

d)

Buku catatan pertama : Jurnal Pulangan Jualan

Dokumen Sumber : Nota kredit (asal)

15.

Antara yang berikut, urus niaga manakah yang akan direkodkan ke dalam Jurnal Khas? (Pilih dua jawapan)

a)

Jual barang niaga secara kredit

b)

Pelanggan memulangkan barang niaga yang rosak

c)

Mengambil inventori barang niaga untuk kegunaan perniagaan

d)

Membeli barang niaga dengan cek