wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sastera Melayu

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Sebenarnya aku kurang senang memainkan Dol dengan garis dan warnaku kerana Dol sebenarnya tak ada apa-apa pun yang menarik perhatianku.


Berdasarkan teks tersebut, apakah sudut pandangan yang digunakan?

a)

Sudut pandangan orang ketiga

b)

Sudut pandangan orang ketiga terbatas

c)

Sudut pandangan orang pertama

d)

Sudut pandangan objektif

2.

kala petang, dia berseorangan

di bawah pohon

kemboja - menatap langit, menadah

tangan; menzikiri nama Tuhan

bertubi-tubi, air matanya membasahi pipi.


Berdasarkan sajak tersebut, apakah persoalan yang sesuai?

a)

Persoalan tentang kesedaran mengingati kematian

b)

Persoalan tentang kepentingan mendalami ilmu agama

c)

Persoalan tentang persediaan menghadapi kematian

d)

Persoalan tentang keinsafan di dalam diri manusia

3.

Jarum jam itu berlari-lari mengejar sang nombor..


Apakah gaya bahasa ayat di atas?

a)

Personifikasi

b)

Metafora

c)

Singkope

d)

Simile

4.

Lalu kenangan semalam pun

hidup kembali

begitu indah begitu memukau

ada seribu burung

menyanyi-nyanyi

di ruang hati.


Apakah nada sajak yang sesuai?

a)

Nada melankolik

b)

Nada romantis

c)

Nada sinis

d)

Nada patriotik

5.

Dia terbayang-bayang akan wajah Presiden, bapa angkatnya itu. Dia pun masih ingat lagi, betapa kekok tingkah lakunya ketika mula-mula berhadapan dengan Presiden ,sebaik-baik sahaja dibawa ke istana setelah pulih daripada rawatan di hospital Tubua.


Apakah teknik plot di atas?

a)

Teknik pemerian

b)

Teknik monolog dalaman

c)

Teknik imbas kembali

d)

Teknik imbas muka

6.

pada peta itu mengalir diriku

pada diriku terbit sebuah rakit.


Apakah gaya bahasa bagi sajak di atas?

a)

Repitasi

b)

Responsi

c)

Epifora

d)

Anafora

7.

Apakah ciri-ciri hikayat sastera epik?

a)

Kepahlawanan

b)

Percintaan

c)

Lagenda

d)

Hikayat

8.

Penghulu Sudin membuka matanya apabila mendengar suara Sahat, Tahot dan Ayob yang hendak meletakkannya di atas usungan.


Apakah sudut pandangan yang sesuai?

a)

Sudut pandangan orang pertama

b)

Sudut pandangan objektif

c)

Sudut pandangan orang ketiga

d)

Sudut pandangan orang ketiga terbatas

9.

teranyam kelongsong kesabaran


Apakah gaya bahasa ayat di atas?

a)

Personifikasi

b)

Metafora

c)

Hiperbola

d)

Imejan

10.

Sunyi membungkam dalam diri

sepi diri tanpa bonda

kepiluan melamar jua


Apakah nada sajak yang sesuai?

a)

Nada melankolik

b)

Nada romantis

c)

Nada sinis

d)

Nada patriotik

11.

Ia berfikir, "siapakah gerangan orang muda ini? Barangkali ia inilah putera Sang Nata. Elok benar rupanya."


Apakah teknik plot di atas?

a)

Teknik pemerian

b)

Teknik monolog dalaman

c)

Teknik imbas kembali

d)

Teknik imbas muka

12.

Apakah ciri-ciri hikayat sastera panji?

a)

Kepahlawanan

b)

Percintaan

c)

Lagenda

d)

Hikayat

13.

Mereka terus meluru ke pintu,masuk ke dalam rumah lalu menuju ruang dapur. Mereka dapati darah merah berhamburan di lantai. Guru itu terjelepok di suatu sudut, mungkin pengsan. Jari-jemari kirinya sedang memegang jari hantunya yang putus.

Di dinding, beberapa kaki atas kepala guru yang sedang terkulai, mereka terlihat tulisan darah,TERRA FIRMA! Titik pada tanda seruan itu berekor panjang, condong turun mengikut gerak jari hantunya yang terpotong itu.


Apakah sudut pandangan yang sesuai?

a)

Sudut pandangan orang pertama

b)

Sudut pandangan objektif

c)

Sudut pandangan orang ketiga

d)

Sudut pandangan orang ketiga terbatas

14.

Mencari ilmu itu tidak lagi berpergian jauh

sekadar melayari internet

dari komputerku di bilik tidur.


Apakah nada yang sesuai bagi ayat di atas?

a)

Nada melankolik

b)

Nada protes

c)

Nada sinis

d)

Nada patriotik

15.

Seketika ia berlayar itu, maka sampailah baginda kepada Pulau Cahaya Purnama itu. Maka baginda pun turunlah dua laki isteri diiringkan oleh segala dayangnya. Maka terlalu ramainya baginda berjalan itu dan terlalulah suka baginda bermain di pulau itu kerana terlalulah indah pulau-pulau itu.


Apakah teknik plot di atas?

a)

Teknik Saspens

b)

Teknik kejutan

c)

Teknik dialog

d)

Teknik pemerian