NEW
Font size
Worksheetskata ganda
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Petani memasang ______ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Baju Molly __________ kerana terkena warna air ketika aktiviti mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
serba-serbih
compang-camping
Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
lambat-laun
sorok-sorok
senyap-senyap
sayup-sayup
Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.
kusut-masai
serba-serbih
comot-momot
compang-camping
Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
bertukar-tukar
berhujah-hujah
berbalas-balas
berganti-ganti
Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.
riuh-rendah
lintang-pukang
kumat-kamit
lalu-lalang
Sumayyah membalut hadiah itu ___________.
kemas-kemas
ketat-ketat
kuat-kuat
erat-erat
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
haru-biru
keluh-kesah
kusut-masai
tunggang-langgang
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
terkial-kial
terhuyung-hayang
tersekat-sekat
terhincut-hincut
Saya suka __________ di pasar raya Jaya Jusco.
berulang-alik
meliang-liuk
membeli-belah
bersiar-siar
Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa.
meliang-liuk
berkibar-kibar
berolak-alik
mundar-mandir
Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.
bergumpal-gumpal
berketul-ketul
berkepul-kepul
bersimpul-simpul
gegak-gempita
Puan Azilah menyusun buku yang ber______________ di atas meja tersebut.
licin-licau
degup-degap
selerak-tabak
beras-petas
Suasana di jalan raya itu __________ pada hari cuti umum.
lalu-lintas
riuh-rendah
sunyi-sepi
lalu-lalang
