wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penyalahgunaan Bahan - Jerat dadah

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah impak kelakuan penagih dadah kepada keluarganya ?

a)

Pincang

b)

Bahagia

c)

Harmoni

d)

Aman

2.

Penyalahgunaan bahan bermaksud ....

a)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan dan tidak dibenarkan bukan untuk tujuan perubatan.

b)

Mengambil dadah/ubat secara berlebihan untuk tujuan perubatan.

c)

Mengambil dadah/ubat dengan kebenaran doktor bagi penyakit demam.

d)

Mengambil dadah / ubat daripada farmasi selepas mendapat rawatan daripada doktor.

3.

Penyalahgunaan dadah mengakibatkan ....

a)

halusinasi, kerosakan otak

b)

pening, hilang keseimbangan

c)

sukar berjalan lurus dan terhuyung hayang

d)

selalu tersenyum dan gembira

4.

Apakah kesan penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat?

a)

Masyarakat menjadi pendiam.

b)

Masyarakat berasa tidak tenteram dan tidak sejahtera.

c)

Masyarakat akan jadi takut kepada dadah.

d)

Masyarakat akan suka mengumpat dan berkata-kata buruk.

5.

Mengapakah dadah dikategorikan sebagai bahan terlarang dan dikawal?

a)

Boleh memudaratkan kesihatan

b)

Menyebabkan seseorang hilang pertimbangan

c)

Boleh meningkatkan keyakinan diri

d)

Menjamin kesejahteraan diri dan keluarga

6.

Apakah aspek penting yang perlu ada dalam diri seseorang untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan bahan?

a)

Kesedaran diri

b)

Kejujuran

c)

Kekuatan fizikal

d)

Motivasi diri

7.

Sebagai seorang remaja, apakah yang anda perlu melakukan untuk menggelak diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan bahan?

a)

Mendengar nasihat ibu bapa.

b)

Belajar ilmu agama.

c)

Melepak dengan kawan-kawan tanpa had.

d)

Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.

8.

Berikut merupakan implikasi jerat dadah kepada masyarakat dan negara KECUALI ……….

a)

Hidup dalam gembira.

b)

Kehilangan tenaga kerja yang afektif dan bermotivasi.

c)

Bilangan pesakit mental bertambah.

d)

Ekonomi negara terjejas.

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan jerat dadah? Keadaan individu yang ...

a)

sentiasa meminta individu lain untuk menagih dadah.

b)

dipengaruhi atau diperdaya oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai keldai dadah.

c)

sedang melakukan aktiviti penagihan dadah.

d)

tidak mudah dipengaruhi oleh individu lain bagi menagih dadah atau dijadikan sebagai keldai dadah.

10.

Keldai dadah bermaksud individu yang ... .

a)

menjual dadah di dalam atau di luar negara secara kecil-kecilan

b)

dengan rela menjual dadah di dalam atau di luar negara

c)

ditipu, dipaksa atau diperdaya bagi tujuan menyeludup dadah di dalam atau di luar negara.

d)

menjadikan aktiviti menjual dadah di dalam atau di luar negara sebagai pendapatan utama

11.

Taktik ini digunakan oleh kurier untuk mengurangkan risiko ditangkap iaitu menyembunyikan di dalam kenderaan atau bagasi pakaian, mengikat pada badan atau menelannya. Penyataan ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh ...... .

a)

keldai dadah

b)

penagih dadah tegar

c)

pengedar dadah

d)

haiwan yang digunakan untuk menyeludup dadah

12.

Mangsa yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didapati mudah terpengaruh dengan tawaran menarik yang diberikan. Berikut merupakan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah KECUALI tawaran ....

a)

melancong ke luar negara

b)

melanjutkan pelajaran ke luar negara

c)

pulangan lumayan dengan tugasan yang mudah

d)

wang dengan membantu membawa barang milik orang lain

13.

Akta ini berhubung dengan bidang kuasa mahkamah untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa dadah berbahaya yang tertentu. Akta ini merujuk kepada ……….

a)

Akta Dadah Berbahaya 1951 (Pindaan 1998)

b)

Akta Dadah Berbahaya 1951 (Pindaan 1999)

c)

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1999)

d)

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1998)

14.

Pelbagai langkah dijalankan bagi menyekat kemasukan dadah ke dalam negara KECUALI … .

a)

pemeriksaan di pusat kargo

b)

melakukan ujian air kencing secara rawak di pintu masuk

c)

penggunaan alat pengesan logam

d)

penggunaan anjing pengesan

15.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya anda ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di luar negara?

a)

Menerima tawaran kerja tersebut tanpa rasa curiga

b)

Siasat atau buat kajian terlebih dahulu tentang kerja yang dipohon atau ditawarkan

c)

Menerima tawaran tersebut secara atas talian atau menerusi telefon sahaja

d)

Mengikuti sesi temuduga kerja tersebut secepat yang mungkin