wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Uji Minda (Kata Kerja)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Amir ________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

2.

Badan Zarifah __________ kerana ketakutan.

a)

menggeliat

b)

menggeletar

c)

menggelupur

d)

menggeleper

3.

Pengemis itu ___________ oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalang

b)

dibuang

c)

dihalau

d)

ditindas

4.

Ibu ____________ kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

5.

Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______ pameran lukisan.

a)

melaksanakan

b)

menjalankan

c)

mengadakan

d)

melahirkan

6.

Kampung Berlian dan Kampung Permata _________ oleh sebatang sungai.

a)

terbelah

b)

terpisah

c)

terpecah

d)

terbahagi

7.

Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________ nya terlebih dahulu.

a)

merancang

b)

menimbang

c)

melaksana

d)

melihat

8.

Adik ____________ kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.

a)

terjatuh

b)

tertimpa

c)

terhantuk

d)

terhempas

9.

Banduan itu terpaksa __________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

a)

menetap

b)

menginap

c)

meringkuk

d)

menumpang

10.

Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ____________ sungai yang dalam dengan tipu helahnya.

a)

melepasi

b)

melangkahi

c)

mengharungi

d)

menyeberangi

11.

Lidahnya melecur kerana _________ air yang masih panas itu.

a)

terhisap

b)

tertelan

c)

tersedut

d)

terhirup

12.

Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.

a)

terpijak

b)

terpegang

c)

tersentuh

d)

terlangkah

13.

Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.

a)

mendenda

b)

memarahi

c)

menyaman

d)

menasihati

14.

Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.

a)

menjamah

b)

menyuap

c)

mencubit

d)

menelan

15.

Tukang kayu itu sedang ________ mata gergaji dengan pengikir.

a)

mengikis

b)

mengikir

c)

mengasah

d)

mengilat

16.

Hati Puteri Nur Ashikin ________ apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.

a)

terdiam

b)

tercalar

c)

tersayat

d)

tersentuh

17.

Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.

a)

menggeletek

b)

menggeletar

c)

menggelepar

d)

menggeliat

18.

Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.

a)

menconteng

b)

mengelap

c)

menyapu

d)

mencalit

19.

Pasukan kriket sekolah mereka telah __________ oleh pasukan lawan.

a)

dimusnahkan

b)

dimenangkan

c)

ditewaskan

d)

dihapuskan

20.

Penyakit selesema burung itu __________ akan ___________ dengan cepat.

a)

dibimbangi ....... menjalar

b)

diyakini ....... menular

c)

digusari ........ menjangkit

d)

dikhuatiri ........ merebak