wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Topikal Bab 1

Total questions: 100

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A. Kerajaan Srivijaya

b)

B. Kerajaan Majapahit

c)

C. Kerajaan Johor-Riau

d)

D. Kerajaan Kedah Tua

2.

Apakah sistem pentadbiran yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A. Sistem Pembesar Berpusat

b)

B. Sistem Pembesar Empat Lipatan

c)

C. Sistem Pentadbiran Melayu Melaka

d)

D. Sistem Pembesar Enam Belas Lipatan

3.

Undang-undang manakah yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?


I Undang-undang Pelabuhan Melaka


II Undang-undang Adat Melaka


III Undang-undang Laut Melaka


IV Hukum Kanun Melaka

a)

A. I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

4.

Kemunculan dan kemasyhuran kerajaan Alam Melayu membuktikan asas negara bangsa bermula

a)

A. sebelum kedatangan Barat

b)

B. selepas kedatangan Barat

c)

C. semasa pemerintahan Barat

d)

D. sewaktu penjajahan Barat

5.

Kerajaan berikut terletak di selatan dan tengah Vietnam

- Kerajaan 
- Champa

Apakah pusat pentadbiran kerajaan tersebut?

a)

A. Inderapura

b)

B. Palembang

c)

C. Champa

d)

D. Harihalaya

6.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai sistem pentadbiran, peraturan, masyarakat yang tersusun dan corak politiknya yang tersendiri bagi membentuk negara bangsa.


Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka?


I Wilayah naungan


II Wilayah taklukan


III Kerajaan


IV Undang-undang

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti adat isitiadat penggunaan warna, nobat regalia dan cap mohor.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

A. Membuktikan keturunan raja

b)

B. Menunjukkan kedaulatan raja

c)

C. Mengambarkan kemewahan raja

d)

D. Menandakan kawasan pemerintahan

8.

Bendahara Tun Perak merupakan bendahara yang paling lama berkhidmat dalam Kesultanan Melayu Melaka.


Antara berikut, yang manakah merupakan tugas dan peranannya?


I Mengurus perbendaharaan


II Menjaga keselamatan Kota Melaka


III Ketua pentadbir


IV Pemangku Sultan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

9.

Kerajaan berikut muncul di Alam Melayu.


--> Funan

--> Champa

--> Kedah Tua


Apakah kepentingan kemunculan kerajaan tersebut di Alam Melayu?

a)

A. Ajaran agama Islam

b)

B. Asas negara bangsa

c)

C. Amalan pemerintahan demokrasi

d)

D. Agihan kuasa antara pemimpin

10.

Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu :


- Raja

- Undang-undang

- Wilayah pengaruh

- Rakyat


Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang ciri-ciri negara bangsa tersebut?

a)

A. Mengamalkan kepercayaan perhambaan

b)

B. Mewariskan pemerintahan demokrasi

c)

C. Memantapkan pentadbiran kerajaan

d)

D. Mewujudkan sistem feudal

11.

Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam undang-undang Laut Melaka?

a)

A. Melantik syahbandar

b)

B. Berkuasa penuh dalam pelayaran

c)

C. Mengawal peraturan pelabuhan

d)

D. Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan

12.

Wilayah berikut merupakan sebahagian daripada Kesultanan Melayu Melaka :


- Inderagiri


- Kampar


Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menguasai wilayah tersebut?

a)

A. Hadiah

b)

B. Naungan

c)

C. Penaklukan

d)

D. Perkahwinan

13.

Antara berikut, yang manakah sumber kewangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka?


I Cukai


II Ufti


III Zakat


IV Hadiah

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

14.

Mengapakah rakyat Melaka tidak menderhaka kepada Sultan Melaka?

a)

A. Takut ditimpa tulah

b)

B. Akan dihukum bunuh

c)

C. Melanggar perintah agama

d)

D. Tidak mendapat keistimewaan

15.

Wilayah yang diperoleh melalui peperangan?

Apakah wilayah tersebut?

a)

A. Wilayah Persetiaan

b)

B. Walayah kedaulatan

c)

C. Wilayah taklukan

d)

D. Wilayah naungan

16.

Apabila seseorang didapati membnuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar.

Pernyataan tersebut terdapat di dalam....

a)

A. Fasal 5

b)

B. Fasal 5.1

c)

C. Fasal 4

d)

D. Fasal 13.3

17.

Dalam Hukum Kanun Melaka, fasal manakah yang mengatakan amalan riba diharamkan?

a)

A. Fasal 5

b)

B. Fasal 30

c)

C. Fasal 4

d)

D. Fasal 13.3

18.

Apakah peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A. Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda

b)

B. Menjadi perantara antara sultan dan rakyat

c)

C. Menunjukkan taat setia kepada pemerintah

d)

D. Menjadi tentera

19.

Antara berikut, yang manakah golongan hamba?


I Hamba abdi


II Hamba biasa


III Hamba berhutang


IV Hamba laksamana

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

20.

Apakah peranan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A. Menyumbang tenaga kerja melalui kerahan tenaga

b)

B. Menjadi perantara sultan dan rakyat

c)

C. Memperkenalkan undang-undang

d)

D. Mengawal pentadbiran

21.

Kerajaan Funan telah menghantar utusan ke China pada abad ketiga.


Apakah tujuan utusan tersebut?

a)

A. Menjalani hubungan perdagangan

b)

B. Kerjasama dalam bidang sosial

c)

C. Meminta bantuan

d)

D. Menghantar ufti

22.

Kerajaan Srivijaya yang diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa telah berkembang menjadi sebuah empayar tetapi telah mengalami kemerosotan.


Apakah punca kejatuhan kerajaan tersebut?

a)

A. Serangan Raja Chola dari Selatan India

b)

B. Serangan oleh Kerajaan Chenla

c)

C. Srivijaya diserang portugis

d)

D. Ditawan oleh Dai Vet

23.

Apakah tindakan Sultan Mahmud Shah yang menyebabkan masyarakat Melaka berpecah belah dan menyebabkan kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A. Berperang dengan Portugis

b)

B. Meminta bantuan dari China

c)

C. Membunuh Bendahara Tun Perak

d)

D. Menjemput rombongan Portugis ke Melaka

24.

Nyatakan kuasa yang terlibat dalam Perang Tiga Segi terhadap Kesultanan Johor-Riau.

a)

A. Johor, Acheh dan Portugis

b)

B. Melaka, Acheh dan Portugis

c)

C. Johor, Melaka dan Belanda

d)

D. Johor, Acheh dan Belanda

25.

Apakah kriteria untuk menjadi rakyat kerajaan Alam Melayu?

a)

A. Setia kepada raja

b)

B. Membayar cukai tanah

c)

C. Melakukan kerja kerahan

d)

D. Mempertahankan negara

26.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah naungan yang luas.


Apa yang dimaksudkan sebagai wilayah naungan?

a)

A. Wilayah yang diperolehi melalui peperangan

b)

B. Wilayah yang diperolehi melalui perkahwinan

c)

C. Wilayah tersebut dikurniakan kepada pembesar berempat

d)

D. Wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka

27.

Apakah kedudukan Bendahara?

a)

A. Ketua pelabuhan

b)

B. Ketua pentadbir

c)

C. Ketua agama

d)

D. Ketua hakim

28.

Laksamana merupakan salah seorang pembesar daripada pembesar berempat.


Apakah peranan Laksamana?

a)

A. Ketua angkatan tentera

b)

B. Panglima angkatan laut

c)

C. Menguruskan kewangan

d)

D. Mengutip cukai pelabuhan

29.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka berkembang menjadi sebuah kerajaan yang unggul?

a)

A. Mempunyai angkatan tentera yang kuat

b)

B. Hubungan baik dengan negara China

c)

C. Sistem pentadbiran yang teratur

d)

D. Rakyat yang setia

30.

Hukum Kanun Melaka digubal berasaskan syariah dan hukum adat.


Apakah perkara yang dilarang semasa berurus niaga?

a)

A. Amalan riba

b)

B. Menggunakan hamba abdi

c)

C. Mengutip cukai perdagangan

d)

D. Berniaga dengan pedagang bukan Islam

31.

Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka memperkenalkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka?

a)

A. Menjamin kemakmuran dan kesejahteraan

b)

B. Mewujudkan pentadbiran yang sistematik

c)

C. Melahirkan masyarakat yang bersatu padu

d)

D. Mengukuhkan kedudukan pemerintah

32.

Undang-undang Laut Melaka dilaksanakan oleh Nakhoda.


Apakah keistimewaan yang diperolehi oleh Nakhoda?

a)

A. Menjadi raja atas kapal

b)

B. Diberi keutamaan perniagaan

c)

C. Diberi kuasa menjatuhkan hukuman bunuh

d)

D. Menyimpan cukai yang dikutip

33.

Nyatakan peranan pemerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

a)

A. Menjaga urusan perlabuhan

b)

B. Menghadiri majlis umum

c)

C. Memperkenalkan undang-undang

d)

D. Mewujudkan pelabuhan

34.

Nyatakan peranan rakyat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

a)

A. Membina istana dan jalan

b)

B. Menjaga pentadbiran

c)

C. Menjatuhi hukuman

d)

D. Mentadbir kawasan pegangan

35.

Tokoh berikut merupakan pengasas Kesultanan Johor-Riau. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mahmud Syah dan Tun Fatimah.


[ RAJA ALI ]


Apakah gelaran yang digunakan selepas menaiki takhta?

a)

A. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah

b)

B. Sultan Abdul Jalil Muayat Shah

c)

C. Sultan Alauddin Riayat Shah I

d)

D. Sultan Alauddin Riayat Syah II

36.

Nyatakan satu ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu.

(a)  

37.

Nyatakan satu ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka.

(a)  

38.

Nyatakan satu undang-undang Kesultanan Melayu Melaka.

(a)  

39.

Apakah syarat seseorang boleh menjalankan perniagaan dalam Hukum Kanun Melaka?

(a)  

40.

Apakah contoh jenayah di atas kapal yang akan dikenakan hukuman dalam Undang-Undang Laut Melaka?

(a)  

41.

Nyatakan golongan pemerintah semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka

(a)  

42.

Nyatakan golongan rakyat dalam Kesultanan Melayu Melaka.

(a)  

43.

"Kecelakaan yang menimpa seseorang akibat menderhaka atau melanggar larangan dan titah raja"


Manakah yang merujuk pernyataan di atas?

a)

A. Waadat

b)

B. Tulah

c)

C. Kifarah

d)

D. Baiah

44.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang

kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.


Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?

a)

A. Membuktikan keturunan raja

b)

B. Menunjukkan kedaulatan raja

c)

C. Menggambarkan kemewahan raja

d)

D. Menandakan kawasan pemerintahan

45.

Apakah kepentingan upacara mengangkat sumpah dengan meminum air sumpah oleh rakyat kerajaan Srivijaya?

a)

A. Mengukuhkan taat setia

b)

B. Mengakui kebesaran Tuhan

c)

C. Mengelakkan malapetaka

d)

D. Mengharapkan pahala

46.

Rakyat kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada


I pedagang asing


II orang Melayu


III orang Laut


IV orang Jawa

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

47.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA


Antara berikut yang manakah kesan penerapan ciri-ciri tersebut dalam kesultanan Melayu Melaka?


I pengukuhan bangsa


II perkembangan agama Islam


III pembinaan empayar


IV kesejahteraan rakyat

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

48.

KEDAULATAN


Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan konsep di atas?


I perluasan jajahan takluk


II pengukuhan hubungan persahabatan


III pengiktirafan oleh kuasa asing


IV bebas daripada campur tangan kuasa asing

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

49.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera.


Apakah kepentingan wilayah pengaruh ini?

a)

A. Memperkukuhkan kewibawaan pemerintah

b)

B. Membolehkan penguasaan sumber kekayaan

c)

C. Membantu dalam penyebaran islam

d)

D. Menghindari campur tangan kuasa asing

50.

Lambang kebesaran adalah identiti sesebuah kerajaan


Antara berikut yang manakah lambang kebesaran sultan dalam Kesultanan Melayu Melaka?


I alat Regalia


II cap mohor


III wilayah pengaruh


IV agama Islam

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

B. II DAN III

d)

D. III DAN IV

51.

KAWASAN PEGANGAN


Antara berikut yang manakah merujuk kepada kawasan pegangan?

a)

A. Kawasan yang dikhaskan bagi aktiviti jual beli

b)

B. Kawasan larangan bagi rakyat biasa

c)

C. Kawasan pentadbiran pembesar berempat

d)

D. Kawasan pentadbiran pembesar jajahan

52.

Sultan menerajui sistem pentadbiran kesultanan Melayu Melaka.


Siapakah yang membantu sultan dalam pentadbiran pusat?

a)

A. Pembesar berlapan

b)

B. Pembesar jajahan

c)

C. Pembesar wilayah jajahan

d)

D. Pembesar berempat

53.

Pembesar berempat manakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan Kota Melaka?

a)

A. Bendahara

b)

B. Temenggung

c)

C. Penghulu bendahari

d)

D. Laksamana

54.

Dalam kalangan pembesar berempat, Bendahara memainkan peranan paling penting dalam pentadbiran.


Antara berikut yang manakah bidang tugas Bendahara?


I ketua turus angkatan tentera


II menjaga keharmonian rakyat


III menguruskan Hal ehwal kewangan


IV pemangku Sultan

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

55.

--->Hukum kanun Melaka

--->undang-undang laut Melaka


Undang-undang di atas berasaskan sumber


I hukum manu


II hukum syariah


III hukum adat


IV hasil pengaruh kitab-kitab agama

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

56.

Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian.


Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?


I memastikan keharmonian dalam keluarga


II memastikan ketua keluarga memainkan peranannya


III mengelakkan masalah keruntuhan akhlak


IV menyelesaikan masalah dalam perkahwinan

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

57.

Di bawah Undang-undang Laut Melaka, siapakah yang menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

a)

A. Penghulu bendahari

b)

B. Syahbandar

c)

C. Nakhoda

d)

D. Laksamana

58.

Hubungan erat antara pemerintah dengan rakyat dapat memastikan kestabilan sesebuah kerajaan.


Antara berikut yang manakah peranan sultan dalam kesultanan Melayu Melaka?


I bertanggungjawab terhadap keselamatan rakyatnya


II bertanggungjawab dalam perluasan jajahan takluk


III bertanggungjawab dalam penyebaran agama Islam


IV bertanggungjawab terhadap perpaduan rakyat

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

59.

Antara amalan berikut yang manakah berkaitan dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah dalam kesultanan Melayu Melaka?


I sistem perhambaan


II sistem serah


III sistem kerah


IV sistem perundangan

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

60.

Apakah faktor utama yang menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh seorang raja dalam masyarakat Melayu tradisional?

a)

A. Kekuatan dan kegagahan raja

b)

B. Sokongan pembesar dan hulubalang raja

c)

C. Keamanan dan keharmonian rakyat

d)

D. Kesetiaan rakyat terhadap raja

61.

Apakah ciri ciri negara bangsa kesultanan Melayu Melaka?


I kerabat diraja


II rakyat


III kerajaan


IV pembesar

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

62.

Rajah di bawah menunjukkan susun lapis masyarakat Melayu tradisional.


- Sultan


- kerabat diraja


- x


- rakyat biasa


- hamba


Apakah X?

a)

A. keluarga diraja

b)

B. pembesar berempat

c)

C. pembesar 16

d)

D. ulama istana

63.

Senarai berikut berkaitan persamaan aspek dalam sesebuah masyarakat.


- Adat resam


- Bahasa


- Pengalaman sejarah


Persamaan tersebut akan membentuk

a)

A. kerajaan

b)

B. negara

c)

C. bangsa

d)

D. perlembagaan

64.

Inskripsi telaga batu yang dijumpai di Palembang Sumatera.


Apakah peranan inskripsi tersebut?

a)

A. lambang taat setia

b)

B. lambang kedaulatan

c)

C. lambang keagamaan

d)

D. lambang orde kosmos

65.

Cap mohor merupakan alat kebesaran kesultanan Melayu Melaka.


Apakah fungsi cap mohor tersebut?

a)

A. menjadi identiti Sultan

b)

B. mengakui kedaulatan Sultan

c)

C. mengesahkan arahan Sultan

d)

D. mengukuh kekuasaan Sultan

66.

Maklumat berikut merupakan wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka.


- Lingga


- Patani


- Kedah


Bagaimanakah wilayah tersebut menjadi wilayah naungan Kesultanam Melayu Melaka?

a)

A. Melalui keagamaan

b)

B. Melalui peperangan

c)

C. Melalui perdagangan

d)

D. Melalui persahabatan

67.

Sultan Melaka telah mengurniakan kawasan kepada pembesar berempat


Apakah gelaran kawasan tersebut?

a)

A. kawasan pegangan

b)

B. kawasan anugerah

c)

C. kawasan kawalan

d)

D. kawasan jajahan

68.

Maklumat berikut berkaitan dengan kandungan dalam Hukum Kanun Melaka.


Dalam fasal 4 hukuman dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan Sultan.


Apakah hukuman tersebut?

a)

A. Didenda

b)

B. Dibunuh

c)

C. Dipenjara

d)

D. Dibuang daerah

69.

Apakah persamaan sumbangan tokoh-tokoh berikut?


- Nakhoda Diri


- Nakhoda Jenal


- Nakhoda Sahak

a)

A. meluaskan kawasan wilayah

b)

B. memajukan ekonomi negeri

c)

C. penggubalan undang-undang

d)

D. menjalin hubungan luar

70.

Kesultanan Melayu Melaka telah memperkenalkan pelbagai cukai.


Apakah cukai tersebut?


I cukai tetap


II cukai diraja


III cukai hasil perniagaan


IV cukai perjalanan

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

71.

Maklumat berikut menyatakan peranan pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka.


--> mengutip hasil


Bagaimanakah kutipan hasil tersebut dilakukan?

a)

A. sistem titah

b)

B. sistem kerah

c)

C. sistem serah

d)

D. sistem paksa

72.

Kerajaan berikut muncul di alam Melayu.


- Funan


- Champa


- Kedah Tua


Apakah kepentingan kemunculan kerajaan berikut di alam Melayu?

a)

A. ajaran agama Islam

b)

B. asas negara bangsa

c)

C. amalan pemerintahan demokrasi

d)

D. agihan kuasa antara pemimpin

73.

Apakah sumbangan Kesultanan Melayu Melaka kepada kita?

a)

A. memperkenalkan hukum Islam

b)

B. menghapuskan amalan Hindu Buddha

c)

C. mengasaskan pembinaan negara bangsa

d)

D. mewujudkan sistem birokrasi awam

74.

Apakah peranan nakhoda yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka?

a)

A. Melantik Syahbandar

b)

B. Berkuasa penuh dalam pelayaran

c)

C. Berkuasa mengawal peraturan pelabuhan

d)

D. Menjalankan hukuman ke atas kesalahan di pelabuhan

75.

Wilayah berikut merupakan sebahagian daripada kesultanan Melayu Melaka.


- Inderagiri


- Kampar


Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka menguasai wilayah tersebut?

a)

A. hadiah

b)

B. naungan

c)

C. penaklukan

d)

D. perkahwinan

76.

Antara berikut yang manakah sumber kewangan kerajaan kesultanan Melayu Melaka?


I cukai


II ufti


III zakat


IV hadiah

a)

A. I DAN II

b)

B. I DAN IV

c)

C. II DAN III

d)

D. III DAN IV

77.

Maklumat berikut berkaitan dengan Hukum Kanun Melaka.


- peranan Sultan dan pembesar


- kekeluargaan


- jenayah


- ekonomi


Apakah kepentingan perkara tersebut dalam undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A. menjamin kemakmuran

b)

B. memastikan ketaatan rakyat

c)

C. mengukuhkan kuasa mutlak raja

d)

D. mewujudkan sistem pembesar empat lipatan

78.

Apakah kandungan Hukum Kanun Melaka dalam aspek ekonomi?

a)

A. wanita tidak dibenarkan berniaga

b)

B. berniaga hanya dengan sistem mata wang

c)

C. peniaga mestilah beragama Islam

d)

D. tidak mengamalkan riba

79.

Waadat


Konsep diatas merujuk kepada

a)

A. hubungan pemerintah dengan rakyat

b)

B. hubungan sesama rakyat

c)

C. kuasa pemerintah terhadap rakyat

d)

D. keagungan kuasa raja

80.

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai Wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.


Bagaimanakah cara perluasan wilayah yang dilakukan oleh Kesultanan Melayu Melaka ?


I. penaklukan


II. perkahwinan


III. perjanjian


IV. toleransi

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

81.

Anda ialah seorang Pembesar Daerah yang telah dilantik oleh sultan Melaka.


Apakah peranan anda?


I. Mengubal undang-undang


II. Mengutip cukai


III. Menjaga keamanan


iV. Mengetuai uapacara keagamaan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

82.

Antara berikut yang manakah bukan perkara yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka ?

a)

A. Jenayah

b)

B. Kuasa sultan dan pembesar

c)

C. kekeluargaan

d)

D. Pelayaran

83.

Dalam undang-undang kekeluargaan, siapakah yang tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan?


I. Kanak-kanak


II. Orang gila


III. Hamba abdi


IV. Wanita

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

84.

Sekiranya anda seorang nakhoda, apakah perkara yang perlu dilakukan apabila anda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam senarai persinggahan?

a)

A. mendapat persetujuan Malim

b)

B. Memberi arahan kepada Jurumudi

c)

C. Membuat keputusan sendiri

d)

D. bermesyuarat dengan semua orang

85.

Perkataan di bawah hanya boleh digunakan oleh raja KECUALI

a)

A. ampun

b)

B. murka

c)

C. kurnia

d)

D. anugerah

86.

Berikut yang manakah BUKAN tugas Bendahara?

a)

ketua agama

b)

ketua turus angkatan tentera

c)

menasihati sultan

d)

pemangku sultan

87.

Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang utusan antaranya termasuklah yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka.


Pernyataan di atas membuktikan

a)

A. kehebatan pemerintah

b)

B. Kekuasaan pemerintah

c)

C. perluasan Wilayah

d)

D. Kedaulatan Melaka

88.

Sumber: Koleksi Mardiana Nordin. 2015.


Air dituang ke atas Inskripsi Telaga Batu dan mengalir di corong di bawahnya. Air tersebut akan ditadah dan diminum oleh rakyat


Apakah kepentingan Upacara tersebut ?

a)

A. Membuktikan kemuliaan

b)

B. Mengagungkan pemerintah

c)

C. Menunjukkan kesetiaan

d)

D. lambang keberanian

89.

Waadat bermaksud

a)

A. peranan

b)

B. perjanjian

c)

C. larangan

d)

D. arahan

90.

Raja Champa dikaitkan dengan _______________

a)

A. Dewa Vishnu

b)

B. Dewa Siva

c)

C. Dewa Brahma

d)

D. Dewa Rama

91.

Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Pernyataan di bawah berkaitan dengan raja sebelum kedatangan Barat KECUALI

a)

A. Pentadbiran raja dibantu oleh pembesar

b)

B. Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya

c)

C. Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci

d)

D. Raja disembah sebagai wakil dewa

92.

Bagaimanakah rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya?


I. Upacara persetiaan


II. Meminum air sumpah


III. Menyerahkan emas dan beras


IV. Menjadi orang suruhan di istana

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

93.

Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi kawasan berikut KECUALI

a)

A. Sungai Mekong

b)

B. Teluk Cam Ranh

c)

C. Langkasuka

d)

D. Segenting Kra

94.

Srivijaya dalam bahasa Sanskrit membawa maksud

a)

A. Cahaya kemenangan

b)

B. Semenanjung emas

c)

C. Lingkaran keagungan

d)

D. Jaringan emas

95.

Antara berikut, undang-undang manakah yang dipengaruhi oleh undang-undang Kesultanan Melayu Melaka?


I. Undang-Undang Pahang


II. Undang-undang 99 Perak


III. Hukum Kanun Melaka


IV. Hukum Kanun Mahkota Alam

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

96.

Pilih padanan jawatan dan bidang tugas yang tepat.

a)

A. Penghulu Bendahari = mengutip cukai di kawasan pegangan

b)

B. Temenggung = panglima angkatan laut Melaka

c)

C. Syahbandar = menjaga keselamatan kota Melaka

d)

D. Bendahara = ketua turus angkatan tentera

97.

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal.

Fasal 4 menyatakan perkara berkaitan

a)

A. Tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari

b)

B. Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan

c)

C. Pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja

d)

D. Amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan

98.

Berikut ialah peranan seorang Malim dalam Fasal 9 Undang-undang Laut Melaka KECUALI

a)

A. Perlu mengetahui keadaan ombak dan arus.

b)

B. Perlu mengetahui kedudukan matahari.

c)

C. Perlu mengetahui kedudukan bulan dan bintang.

d)

D. Perlu mengetahui kedalaman air laut.

99.

Berdasarkan Fasal 9 dalam Undang-undang Laut Melaka, apakah hukuman yang dikenakan kepada malim yang lalai menjalankan tugasnya sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan?

a)

A. Dipenjarakan

b)

B. Dibuang negeri

c)

C. Dihukum bunuh

d)

D. Dilucutkan jawatan

100.

Apakah peranan tokoh berikut?


[ Sultan Mahmud Shah ]

a)

A. Melantik Pembesar Berempat

b)

B. Memperkenalkan Hukun Kanun Melaka

c)

C. Memperkenankan Undang-undang Laut Melaka

d)

D. Menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman kepada pesalah