Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

penyata kewangan f5

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

apakah maksud penyata pendapatan

a)

penyata yang menentukan untung atau rugi perniagaan

b)

penyata yang menentukan hasil, belanja, untung dan rugi perniagaan

c)

penyata yang menentukan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan

d)

penyata yang menentukan keupayaan perniagaan menjelaskan hutang

2.

Apakah maksud kunci kira-kira

a)

Penyata yang menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan

b)

Penyata yang menunjukkansumber dan pembiayaan dana perniagaan

c)

Penyata yang menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik perniagaan

d)

Penyata yang menunjukkan sumber dana perniagaan bagi menjelaskan hutang

3.

Apakah maksud penyata aliran tunai?

a)

penyata yang menentukan keuntungan dan kerugian perniagaan

b)

Penyara yang menyebabkan lebihan dan kurangan dalam dana perniagaan

c)

penyata yang mengandungi maklumat tentang hasil dan belanja perniagaan

d)

penyata yang menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menjelaskan liabliti semasa perniagaan

4.

Antara berikut, yang manakah kepentingan penyata kewangan kepada pemilik perniagaan?

a)

mengetahui prestasi perniagaan.

b)

merancang dan membuat keputusan

c)

mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang

d)

mengesan kesilapan proses perekodan kewangan perniagaan

5.

item - item yang manakah terkandung dalam Akaun perdagangan?

a)

hasil

b)

belanja

c)

kos jualan

d)

belian bersih

6.

Apakah kesan ke atas Akaun untung rugi perniagaan jika jumlah hasil melebihi jumlah belanja?

a)

Margin

b)

Lebihan

c)

Untung bersih

d)

Pulangan modal

7.

Antara berikut, manakah liabiliti bukan semasa?

a)

Pemiutang

b)

Gadai janji

c)

Overdraf bank

d)

Akaun belum bayar

8.

Manakah pernyataan yang betul bagi aset semasa?

a)

Hutang perniagaan jangka pendek

b)

mempunyai tahap kecairan tinggi

c)

Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan

d)

Pengambilan harta perniagaan untuk kegunaan peribadi.

9.

Rumus yang manakah betul untuk menghitung lebihan tunai?

a)

Baki awal tunai + Baki akhir tunai

b)

Baki awal tunai + penerimaan tunai

c)

Baki awal tunai + pembayaran tunai

d)

Penerimaan tunai - pembayaran tunai

10.

Butiran yang manakah direkodkan sebagai penerimaan tunai dalam penyata aliran tunai

a)

Belian tunai

b)

Faedah atas pinjaman

c)

Ambilan barang niaga

d)

Kutipan daripada penghutang

11.

(Belanja promosi dan pemasaran RM 2.5 juta)

Dalam komponen penyata kewangan manakah butiran kos diatas ditunjukkan?

a)

Kunci kira-kira

b)

Akaun untung rugi

c)

Akaun perdagangan

d)

Pentara aliran tunai

12.

Antara yang berikut, manakah yang memberi kesan kepada untung bersih?

a)

Upah atas belian

b)

Insurans atas belian

c)

Duti import

d)

Sewa bangunan

13.

( Encik Buang ialah pemilik Kedai Runcit BK. beliau mengambil barang niaga untuk kegunaan keluarga)


dalam komponen penyata kewangan manakah urusniaga berkenaan akan dimasukkan?

a)

Kunci kira-kira

b)

Akaun untung rugi

c)

Akaun perdagangan

d)

Penyata aliran tunai

14.

Urus niaga manakah yang akan memberi kesan terhadap kedudukan aset semasa dan aset bukan semasa perniagaan?

a)

Menjual barang secara kredit

b)

Mengutip hutang perniagaan

c)

Menjelaskan gaji terakru pekerja

d)

Membeli kenderaan secara tunai

15.

Kedai Teguh Maju menjalankan perniagaan perabot. manakah yang berikut berkaitan dengan belanja membeli barang niaga?

a)

Membayar sewa kedai

b)

Membayar gaji pembantu kedai

c)

Menanggung kos membeli kenderaan

d)

Membayar belanja pengangkutan membeli stok kerusi meja

16.

Perniagaan membayar sewa premis setiap bulan. Apakah jenis kos yang terlibat?

a)

Kos tetap

b)

Kos berubah

c)

Kos jualan

d)

Kos belian

17.

Pihak berkepentingan manakah yang memerlukan penyata kewangan untuk membuat keputusan memberikan kemudahan kredit dagangan kepada pelanggan?

a)

Pemilik

b)

Pelabur

c)

Pembekal

d)

Pembiaya

18.

manakah yang merupakan aset semasa?

a)

Inventori

b)

Bangunan

c)

Kenderaan

d)

Kelengkapan pejabat

19.

( untung kasar = Jualan bersih - X)

Apakah X?

a)

Kos jualan

b)

Stok akhir

c)

Pulangan jualan

d)

Kos barang untuk dijual

20.

Manakah yang berkaitan dengan belanja membeli barang niaga?

a)

Gaji

b)

Sewa

c)

Insurans

d)

Angkutan masuk

21.

Antara yang berikut, manakah komponen penyata pendapatan?

a)

Penyata aliran tunai dan akaun untung rugi

b)

Akaun untung rugi dan Akaun perdagangan

c)

Akaun perdagangan dan kunci kira-kira

d)

Kunci kira-kira dan penyata aliran tunai

22.

( Perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian)

Apakah butiran kos berkenaan?

a)

Kos jualan

b)

Kos belian

c)

Belian bersih

d)

Kos barang untuk dijual

23.

Manakah yang bukan kos berubah?

a)

Sewa pejabat

b)

Upah atas belian

c)

Kos bahan mentah

d)

Kos buruh langsung

24.
  • dapat mengetahui hala tuju perniagaan
  • mengetahui bakal pulangan yang akan diperoleh

Siapakah pihak berkepentingan yang berkenaan?

a)

Pembekal

b)

Pembiaya

c)

Pihak pengurusan

d)

Pemegang saham

25.

(hutang atau tanggungan perniagaan bersifat jangka masa panjang dan memerlukan tempoh masa lebih dari setahun untuk diselesaikan)

Antara berikut, item manakah yang merujuk kepada pernyataan di atas

a)

Aset semasa

b)

Aset bukan semasa

c)

Liabiliti semasa

d)

Liabiliti bukan semasa