Font size
Worksheetsperniagaan Ting 4-Peranan Kerajaan
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Apakah persamaan agensi kerajaan di atas?
mengutip cukai
menjaga keamanan negara
memberi pinjaman perniagaan
menguatkuasakan undang-undang
Antara yang berikut, manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang-undang?
I. Pembangunan dalam teknologi digital
II. Sistem perniagaan yang adil dapat diwujudkan
III. Perlindungan daripada gejala penipuan dalam perniagaan
IV. Pelaksanaan dasar fiskal dan dasar kewangan oleh kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia?
I Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
II Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
III Mengawal selia sistem pembayaran negara
IV Memantau dan mengawal keadaan ekonomi.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Agensi kerajaan manakah yang terlibat dalam pemberian bantuan kewangan kepada para peniaga ?
MARA
MARDI
FELDA
SIRIM
Bagaimanakah pihak Bank Negara Malaysia mengatasi masalah inflasi?
Mengurangkan kadar faedah simpanan tetap
Meningkatkan kadar faedah pinjaman kewangan
Menambat nilai mata wang negara
Menggalakkan pengeluaran produk secara besar-besaran
Maklumat berikut berkaitan dengan peranan suatu agensi kerajaan yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
· Memastikan hasil keluaran industri menepati piawaian yang di tetapkan
· Memastikan produk tidak menyeleweng dari segi kualiti yang ditetapkannya.
· Aktiviti penyelidikan membantu dalam pembangunan dan perubahan teknologi
Apakah agensi berkenaan?
MEDEC
MARDI
SIRIM
FELDA
Gambar di bawah menunjukkan dua buah agensi kerajaan di Malaysia
Agensi di atas merupakan agensi
perlindungan kerajaan
perlindungan pengguna
pungutan cukai Persekutuan
penggubalan undang-undang
Sebab undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan pengguna digubal ialah
mengawal perjalanan aktiviti perniagaan
melindungi pengguna supaya tidak ditindas oleh peniaga yang tidak beretika
menggalakkan rakyat menceburi bidang perniagaan
menjadi sumber pembiayaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan
Antara yang berikut,agensi kerajaan manakah yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan?
i)MARDI
ii)MATRADE
iii)MPC
iv)SIRIM
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Apakah peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
menyediakan kemudahan infrastruktur
menyediakan bantuan pelaburan
memajukan sistem pendidikan usahawan
menggubal undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan pengguna
Antara yang berikut,yang manakah insentif-insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyat menceburi perniagaan?
i.taraf perintis
ii.elaun pekerja
iii.cukai barangan
iv.elaun cukai pelaburan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Kerajaan negeri menjalankan peranan
membangunkan kawasan setempat
membina jaringan sistem pengangkutan yang baik
mengumpul cukai pendapatan dan cukai perniagaan
melindungi pengguna daripada penipuan perniagaan
Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.
* Menurunkan kadar cukai
* Menurunkan kadar faedah
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah
inflasi
deflasi
subsidi
peningkatan cukai
Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menangani isu -isu negara
Keadaan kemelesetan ekonomi menyebabkan pendapatan pengguna semakin menurun dan hal ini menyebabkan permintaan untuk barang dan perkhidmatan berkurangan
Antara yang berikut, manakah peranan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan?
I. Mengurangkan bekalan dalam ekonomi
II. Meningkatkan perbelanjaan kerajaan
III. Meningkatkan cukai pendapatan
IV. Mengurangkan kadar faedah
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Maklumat yang berikut berkaitan dengan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah deflasi.
Menurunkan kadar cukai pendapatan
Mengurangkan kadar faedah bank
Apakah kesan tindakan tersebut?
Kos pinjaman perniagaan meningkat
Harga barang dan perkhidmatan menurun
Pengeluar mengurangkan operasi pengeluaran
Permintaan untuk barang dan perkhidmatan akan meningkat
Antara yang berikut,yang manakah merupakan jenis pengangguran yang wujud di sesebuah negara?
i.pengangguran meleset
ii.pengangguran semula jadi
iii.pengangguran kitaran
iv.pengangguran struktur
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Pernyataan manakah yang benar tentang pengangguran bermusim?
berlaku perubahan dalam industri
tempoh bekerja dalam jangka masa yang pendek
berlaku semasa keadaan ekonomi yang meleset
pekerja tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan
Apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya inflasi?
kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tahunan
kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berperingkat
kenaikan harga barang dan perkhidmatan mengikut jumlah permintaan
Pernyataan manakah yang menunjukkan kesan inflasi?
i.pendapatan meningkat
ii.taraf hidup meningkat
iii.kos sara hidup meningkat
iv.kuasa beli pengguna menurun
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Deflasi merupakan satu daripada masalah yang ada dalam ekonomi sesebuah negara.Antara yang berikut,yang manakah merupakan kesan deflasi?
i.kos sara hidup meningkat
ii.tingkat harga umum meningkat
iii.pemberhentian pekerja meningkat
iv.perkembangan dalam aktiviti ekonomi menjadi perlahan
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
i,ii,iii dan iv
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan keadaan pengangguran kitaran?
Pekerja menganggur kerana tamat kontrak kerja
Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana berlaku kemelesetan ekonomi
Majikan mengurangkan bilangan pekerja kerana penggunaan teknologi terbaru
Berlaku perubahan dalam industri yang tidak memerlukan kemahiran Pekerja
. Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran kitaran?
Melaksanakan dasar fiskal
Melaksanakan dasar kewangan
Melaksanakan pengecualian cukai
Melaksanakan ekonomi terancang
Pernyataan berikut berkaitan dengan inflasi.
"Inflasi berlaku apabila kos pengeluaran barang meningkat"
Jenis inflasi di atas ialah
inflasi tolakan kos
inflasi bekalan wang
inflasi pentadbiran harga
inflasi tarikan permintaan
Peranan Pihak BerkuasaTempatan (PBT)?
Menyediakan infrastruktur
Menyediakan bantuan pelaburan
Memajukan sistem pendidikan usahawan
Menaja pembangunan perniagaan setempat
Kerajaan negeri menjalankan peranan sebagai..
membangunkan kawasan setempat
membina jaringan pengangkutan yang baik
mengumpul cukai pendapatan dan cukai keuntungan perniagaan
melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan perniagaan
Pengangguran bermusim merujuk..
Keadaan ekonomi meleset
Tiada kemahiran yang diperlukan
Berlaku perubahan dalam industri
Tempoh bekerja dalam jangka masa pendek
Apakah faktor yang menyebabkan pengangguran bermusim berlaku?
Pekerja tamat kontrak
Pekerja diberhentikan
Pekerja tiada kemahiran teknologi
Pekerja mendapat pekerjaan baharu
Pengangguran kitaran merujuk ..
ekonomi tidak stabil
pekerja tamat kontrak
pekerja kekurangan kemahiran
majikan gagal membayar gaji pekerja
Yang manakah faktor inflasi?
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tahunan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berperingkat
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan mengikut jumlah permintaan
Kesan deflasi termasuklah..
Berlaku guna tenaga penuh
Kuasa beli pengguna meningkat
Wujud lambakan barang atau perkhidmatan dalam pasaran
Permintaan terhadap barang atau perkhidmatan meningkat secara berterusan
Bagaimanakah kerajaan dapat mempengaruhi operasi sesebuah perniagaan?
Melalui penggubalan dasar dan penguatkuasaan undang-undang
Memberikan khidmat nasihat kepada golongan peniaga
Meletakkan wakil kerajaan di setiap premis perniagaan
Mengenakan denda kepada peniaga yang tidak mengikut peraturan
Manakah kesan kemelesetan ekonomi?
Guna tenaga penuh
Pengangguran meningkat
Kuasa beli penduduk menurun
Kuasa beli penduduk meningkat
Masalah kemerosotan ekonomi merujuk..
Pendapatan penduduk tidak mencukupi untuk membeli barang
Peniaga akan mengeksport barang ke luar negara
Pengeluaran barang meningkat
Kadar pengangguran meningkat
Yang manakah tanggungjawab Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
Mendaftar perniagaan
Mengawal penetapan harga
Menggubal undang-undang syarikat
Membantu mempromosi syarikat ke luar negara
Peranan Bank Negara Malaysia (BNM) termasuklah..
Memberikan pinjaman jangka panjang kepada perniagaan
Menyediakan pelbagai perkhidmatan penerimaan wang
Mengawal selia sistem pembayaran negara
Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
Akta manakah yang bertujuan melindungi kepentingan pengguna?
Akta Syarikat 1965
Akta Perkongsian 1961
Akta Perihal Dagangan 1972
Akta Perhubungan Industri 1967
Manakah merupakan usaha kerajaan negeri untuk membantu perkembangan perniagaan?
Menarik kemasukan pelabur tempatan dengan memberikan pelbagai insentif
Menggalakkan kegiatan ekonomi berasaskan sumber tempatan
Menyediakan infrastruktur jalan raya
Menubuhkan institusi pengajian tinggi untuk melatih modal insan
Manakah yang berkaitan dengan pelaksanaan dasar kewangan oleh kerajaan?
Bank Negara Malaysia mengawal aktiviti bank perdagangan
Kerajaan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu
Kerajaan melaksanakan pembangunan infrastruktur
Bank Negara Malaysia mengawal kadar faedah
Mengapa kerajaan melaksanakan dasar fiskal dan dasar kewangan?
Untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil
Untuk menggalakkan eksport barang tempatan
Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing
Untuk meningkatkan permintaan untuk barangan keluaran tempatan
Manakah akta yang terdapat dalam perniagaan?
Akta kontrak 1960
Akta sewa beli 1967
Akta perkongsian 1969
Akta jualan barangan 1975
