NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa - Kata Kerja
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Abang _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .
membonceng
menaiki
mengayuh
Emak sibuk _____ baju di ruang tamu.
menggosok
melipat
mengukur
Bawang merah itu ____ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
dibelah
disiang
dihiris
1. Ali dan Kamal sedang _____________ bola di padang.
A.
bersukan
B.
berlukis
C.
bermain
D.
menumbuk
Mei Li _________ beberapa biji telur di dalam periuk.
menanak
mengukus
merebus
menjerang
Pak Utih sedang______________pokok rambutan di hadapan rumahnya dengan sebilah kapak.
menumbang
mengerat
menebang
memenggal
Pekerja di ladang teh Cameron Highlands itu sedang ________daun-daun teh untuk dijadikan serbuk teh.
memungut
memetik
mengunting
mencantas
Ayah sedang ...................................ikan
memasak
memancing
memotong
membela
Murid-murid sedang ......... di padang.
bermain
berlari
bersenam
makan
Ibu ....................bunga setiap hari.
menyidai
memasak
membaca
menyiram
Adik sedang...
berlari
berjalan
merangkak
meniarap
Ibu sedang __________ nasi manakala kakak sedang menggoreng sayur.
memasak
menjerang
menanak
memanggang
Ketua pasukan Rumah Merah __________ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.
memikul
mengelak
menjulang
mengandar
Encik Ahmad _______ kereta ke sekolah.
menunggang
memandu
membonceng
menaiki
Pelayan restoran ______ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
menjinjing
memegang
menatang
menggalas
Ibu tekun ____________ daun pisang untuk dijadikan pembungkus kuih koci.
membakar
memanggang
melayur
memanas
Nasi yang ___________ oleh emak sangat wangi kerana menggunakan beras yang diimport dari Siam.
dikukus
dimasak
direbus
ditanak
Ayam peliharaan emak ___________ tanah untuk mencari makanan.
mengais
menguis
mencakar
menggali
Kapal kontena terbesar dunia buat pertama kalinya ____________ di Malaysia hari ini.
berhenti
mendarat
berlabuh
berada
Abang mengikut ayah ___________ sotong di laut.
memancing
mencandat
menangkap
menjala
Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
membalingkan
melemparkan
menebarkan
mencampakkan
Nabila __________surat yang diterima daripada sahabat penanya yang menetap di Indonesia.
mengirim
mencoret
membalas
menulis
Nenek ________dulang tembaga itu hingga berkilat semula.
mengelap
menggilap
mencuci
menyapu
Asrul _________ tetikus untuk mencari laman web "Cikgu Net" ketika __________ internet di kafe siber petang semalam.
mengalihkan ..... memasuki
memusingkan ..... membuka
menggerakkan ..... melayari
menolak ..... membaca
Puan Zarina __________ dulang berisi air minuman untuk diberikan kepada tetamu di majlis hari lahir adik.
membawa
menatang
mengusung
membimbit
