wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN PEMAHAMAN OBJEKTIF BM PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

________ mesti menjaga kebersihan kelas agar dapat belajar dalam keadaan selesa.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Beliau

d)

Engkau

2.

“Maafkan saya kerana menyusahkan ________,” kata Joshua kepada kawan-kawannya.

a)

Anda

b)

Awak

c)

Kamu

d)

Kalian

3.

Datuk Doktor Sheikh Muszaphar Shukor ________ sebagai angkasawan pertama Malaysia.

a)

Dikenali

b)

Kenalan

c)

Terkenal

d)

Mengenali

4.

Tahap ________ sivik dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita masih rendah.

a)

Tersedar

b)

Kesedaran

c)

Disedarkan

d)

Menyedarkan

5.

Mesyuarat koperasi itu menjadi ________ apabila sebahagian anggotanya bertikam lidah.

a)

Tenat

b)

Kusut

c)

Bising

d)

Hangat

6.

Saya mengalami ________ nafas kerana keadaan cuaca yang berjerebu pada petang ini.

a)

Siksa

b)

Sesak

c)

Sebak

d)

Susah

7.

Sebuah monorel sedang ________ menuju ke Hentian Jalan Tuanku Abdul Rahman.

a)

Meluru

b)

Melibas

c)

Meluncur

d)

Memusing

8.

Kami terpegun melihat pekerja di ladang teh itu ________ daun-daun teh dengan pantas.

a)

Memetik

b)

Menebas

c)

Memotong

d)

Mencantas

9.

Adik Manisah tidak tahu sama ada hendak makan kuetiau goreng ________ mi goreng.

a)

Lagipun

b)

Biarpun

c)

Ataupun

d)

Mahupun

10.

“________ menyimpan duit tunai di rumah ________ kamu menyimpannya di bank,” nasihat Farish kepada kawannya.

a)

Dari ... lebih baik

b)

Daripada ... lebih baik

c)

Biarpun ... sudah tentu

d)

Sungguhpun ... sudah tentu

11.

Laporan itu ________ pencerobohan hutan yang berlaku di Hutan Simpan Rompin.

a)

Akan

b)

Pada

c)

Tentang

d)

Daripada

12.

“Kebanyakan kuih tradisional masyarakat Melayu diperbuat ________ tepung beras,” kata Chef Adu.

a)

Dari

b)

Antara

c)

Dengan

d)

Daripada

13.

Ibu berasa pening ketika melalui jalan yang ________ dari Tapah ke Cameron Highlands.

a)

licin-licau

b)

lekak-lekuk

c)

lintang-pukang

d)

bengkang-bengkok

14.

Semasa kegawatan ekonomi yang melanda dunia, banyak orang yang hilang ________ kerana diberhentikan kerja.

a)

gaji pokok

b)

batu loncatan

c)

mata pencarian

d)

ayam tambatan

15.

Walaupun Sufiza tergolong dalam golongan orang kurang upaya tetapi ________nya membuat labu sayung sangat halus.

a)

air tangan

b)

kerja tangan

c)

buah tangan

d)

campur tangan

16.

Pak Cik Wahid sedang menanam beberapa ________ anak padi di sawahnya.

a)

Gemal

b)

Pokok

c)

Batang

d)

Rumpun

17.

Dalam Persatuan Bahasa Melayu, Nurul Nadiah memegang jawatan sebagai ________.

a)

Sukarela

b)

Setiausaha

c)

Suruhanjaya

d)

Warganegara

18.

Sekolah Kebangsaan Taman Jaya baru sahaja mengadakan majlis ________ dengan ibu bapa dan penjaga murid.

a)

atur cara

b)

temu ramah

c)

ramah mesra

d)

sidang akhbar

19.

Dua orang pekerja hospital sedang ________ seorang mangsa kemalangan jalan raya.

a)

memikul

b)

mengandar

c)

mengusung

d)

mengangkut

20.

Puan Aina ________ sup ayam di dapur untuk hidangan makan tengah hari keluarganya.

a)

merebus

b)

mereneh

c)

memasak

d)

menjerang