wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.

a)

cik

b)

beliau

c)

saudara

d)

dia

2.

"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.

a)

Nah

b)

Oh

c)

Wah

d)

Hai

3.

Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.


Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?

a)

Bersantap

b)

Bersiram

c)

Mengadap

d)

Berangkat

4.

Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.

a)

lapik perut

b)

angkat kaki

c)

buah mulut

d)

angkat tangan

5.

Anuar kerap berlakon dalam beberapa buah filem. Beliau ialah seorang___________.

a)

biduan

b)

seniwati

c)

seniman

d)

biduanita

6.

Pak Daud suka bersedekah. Beliau merupakan seorang yang_________.

a)

hartawan

b)

cendekiawan

c)

bangsawan

d)

dermawan

7.

kita mestilah bersikap__________ untuk memastikan negara kita semakin maju.

a)

prokerajaan

b)

pro-kerajaan

c)

antikerajaan

d)

anti-kerajaan

8.

Tukang rumah itu sedang memasang_____________supaya atap rumah itu boleh dipasang dan kukuh.

a)

kekisi

b)

kekuda

c)

tetupai

d)

jeruji

9.

Abang suka menangkap___________ di tepi pantai pada setiap pagi.

a)

umang-umang

b)

tupai-tupai

c)

bola-bola

d)

angkut-angkut

10.

Sultan Ahmad Shah seorang sultan berjiwa rakyat. ______________ akan memastikan kehidupan rakyat aman dan damai.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Tuanku

d)

Baginda

11.

Penternak itu didenda kerana membiarkan haiwan ternakannya _________________ di jalan raya.

a)

berselerak

b)

bertaburan

c)

berkeliaran

d)

bertempiaran

12.

Parang yang baru dibeli oleh Pak Dik Sudin itu bermata _______________.

a)

tirus

b)

nipis

c)

tebal

d)

leper

13.

Eng Him membeli sejambak bunga ros yang _______________ untuk ibunya.

a)

segar

b)

lesu

c)

layu

d)

subur

14.

________ pandangan pegawai penyiaran Radio dan Televisyen Malaysia itu, rancangan dokumentari sangat sesuai ________ tontonan seisi keluarga.

a)

Pada ... untuk

b)

Pada ... dengan

c)

Bagi ... terhadap

d)

Dalam ... kepada

15.

Pengurus syarikat jualan langsung itu selalu menabur janji kepada para pelanggannya namun, satu pun tidak pernah ditunaikannya.


Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

lesung mencari alu.

b)

lidah tidak bertulang

c)

nasi sudah menjadi bubur.

d)

menanti kucing bertanduk.

16.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Saya telah serahkan skrip jawapan karangan saya itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak dan dinilai semula.

a)

Di manakah Cikgu Farhana letakkan skrip jawapan karangan kamu itu?

b)

Bilakah kamu serahkan skrip jawapan karangan kamu itu kepada Cikgu Farhana?

c)

Siapakah yang mengambil skrip jawapan karangan kamu itu daripada Cikgu Farhana?

d)

Mengapakah kamu serahkan skrip jawapan karangan itu kamu kepada Cikgu Farhana?

17.

Pilih ayat yang betul.

a)

Cik Lizawatie baharu sahaja melaporkan diri di tempat kerja barunya.

b)

Dia baharu sahaja sampai dari Kuala Lumpur menaiki kereta api elektrik.

c)

Encik Ghani membeli kereta baru di Kota Bharu, Kelantan baharu-baharu ini.

d)

Abang menghadiahi adik basikal baharu sempena hari ulang tahun kelahirannya.

18.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


“Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Aufa,” kata Aini.

a)

Aini menasihati Aufa agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu.

b)

Aini meminta Aufa menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

c)

Aini memujuk Aufa membersihkan masalah yang dihadapinya supaya boleh berakhir.

d)

Aini meminta Aufa menceritakan masalah yang dialaminya supaya boleh diselesaikan.

19.

Amir_________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

20.

Pekerja-pekerja itu ____________ ranting-ranting pokok teh supaya pokok itu tidak tibggi dan tumbuh merendang.

a)

memanjat

b)

memangkas

c)

merumput

d)

memetik