NEW
Font size
WorksheetsBM Tatabahasa 01-TKN
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Dr. Tan akan menyampaikan ceramah petang ini. _____________ seorang pakar motivasi.
Beliau
Patik
Baginda
Kalian
“Carlyn, Cikgu Tan hendak berjumpa dengan _____________ di bilik Bimbingan dan Kaunseling,” kata Hamza.
hamba
kamu
dia
mereka
Pei Teik berasa tertekan apabila ____________ masalah keluarganya.
memikirkan
merasakan
melupakan
merancang
Ketua darjah membaca notis yang ____________ pada papan kenyataan.
dipapar
diletak
ditampal
ditayang
Gavin ___________ cermin tingkap yang telah berhabuk itu.
menggilap
mengelap
membasuh
mencuci
Dr. Noor Hisham ___________ rakyat Malaysia selalu cuci tangan untuk mengelakkan jangkitan COVID 19.
memaksa
memanggil
menyeru
mendesak
Hui Ern hanya makan sekeping roti sebagai ___________ sebelum pergi berlatih di padang.
lipas kudung
ikat perut
makan angin
alas perut
Encik Goh sentiasa menasihati anaknya agar berjimat cermat sejak anaknya kecil, bak kata pepatah ___________.
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
isi dengan kuku
kacang lupakan kulit
aur deng tebing
Kapal dagang itu _______________ di jeti untuk memunggah barangan.
bersantai
bergerak
berehat
berlabuh
Pemain-pemain bola sepak itu sedang _______________ di padang.
berlatih
berlari
berlumba
bergaduh
Ibu berasa bimbang kerana kakak masih belum pulang walaupun hari sudah _______________ malam.
awal
baharu
lewat
lama
Guru besar sedang _______________ di atas pentas bagi merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan.
berjenaka
bernyanyi
berucap
berbual
"Cuaca sangat panas, mari kita _______________ di bawah pokok itu,” kata Yu Ern.
berteduh
berehat
bertenang
bersantai
“ _______________ berasa amat dukacita atas pergaduhan yang berlaku di pasar awam tadi,” titah Sultan Mahmud.
Saya
Patik
Beta
Hamba
Baju adik _______________ akibat dicakar oleh kucing ketika bermain dengannya.
bercalar
berjalur
berluka
berpeluh
Ric Zhe ____________ membuat keputusan lagi sama ada hendak menyertai kumpulan Zun Zhe atau Kumpulan Jun Zhe.
belum
boleh
pernah
sudah
