wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tindak balas eksotermik dan endotermik 3 Adnin

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

________________ ialah tindak balas yang melibatkan pembebasan haba ke persekitaran

a)

endotermik

b)

eksotermik

2.

_________ ialah tindak balas yang melibatkan penyerapan haba daripada persekitaran

a)

endotermik

b)

eksotermik

3.

antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan tentang tindak balas endotermik

a)

suhu persekitaran meningkat

b)

tenaga haba dibebaskan kepersekitaran

c)

semua tindak balas adalah berbalik

d)

tindak balas yang menyerap haba daripada persekitaran

4.

Pembakaran bahan api fosil adalah tindak balas eksotermik kerana tenaga haba ....

a)

diserap

b)

dibebaskan

5.

Semasa pembakaran bahan api fosil, tenaga kimia di dalam bahan api ditukarkan kepada

a)

tenaga kinetik

b)

tenaga haba

6.

Manakah ialah tindak balas Pek Panas Tangan

a)

eksotermik

b)

endotermik

7.

proses fotosintesis ialah proses ...

a)

endotermik

b)

eksotermik

8.

suhu awal : 27⁰C

suhu akhir : 45⁰C


Berdasarkan keputusan di atas apakah jenis tindakbalas yang terlibat?

a)

Endotermik

b)

Kondensasi

c)

Eksotermik

d)

Pembakaran

9.

Antara berikut yang manakah benar mengenai tindak balas endotermik?

a)

Haba dibebaskan ke persekitaran.

b)

Hasil tindak balas mempunyai tenaga yang lebih rendah berbanding bahan tindak balas.

c)

Suhu larutan campuran menurun.

d)

Tekanan sekeliling meningkat.

10.

Yang mana ialah contoh eksotermik?

a)

BUNGA API

b)

PEK SEJUK

c)

ARANG BATU

d)

KAYU

11.

Alat pengukur yang paling sesuai untuk mengenalpasti tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik ialah

a)

pembaris meter

b)

ammeter

c)

termometer

d)

voltmeter

12.

Rajah menunjukkan satu tindak balas kimia.

Apakah kemungkinan suhu larutan ammonium klorida itu?

a)

20 0C

b)

26 0C

c)

30 0C

d)

35 0C

13.

Awalan 'ekso' berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud 'luar'. Awalan 'endo' pula berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud?

a)

atas

b)

bawah

c)

dalam

d)

haba

14.

Peleburan ais adalah satu contoh tindak balas (a)  

15.

Termokimia merupakan kajian perubahan

a)

tenaga cahaya dalam tindak balas kimia.

b)

tenaga haba dalam tindak balas kimia

c)

tenaga kimia dalam tindak balas haba

d)

tenaga elektrik dalam tidak balas kimia

16.

Pembakaran kek merupakan tindak balas endotermik kerana haba (a)  

17.

Bacaan Termometer meningkat menunjukkan tindak balas

a)

Eksotermik

b)

Endotermik

18.

Bacaan termometer menurun menunjukkan

a)

Haba diserap dari persekitaran

b)

Haba dibebaskan ke persekitaran

19.

Letupan bom ialah tindak balas

a)

Eksotermik

b)

Endotermik

20.

Garam Ammonium klorida akan menyerap haba daripada persekitaran (air) apabila bertindak balas dengan air dan menyebabkan bacaan termometer

a)

meningkat

b)

menurun