WorksheetsUJIAN BERTULIS MELAYU ISLAM BERAJA percobaan
Total questions: 26
Worksheet time: 2hrs 30mins
Negara Brunei Darussalam diisytiharkan sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja pada?
22 Februari 1985
23 Februari 1984
29 September 1959
1 Januari1984
Bendera Negara Brunei Darussalam lengkap dengan panji-panji digunakan bermula pada tahun _________________.
1984
1885
1959
1906
Dalam Perlembagaan Brunei 1959 menyatakan bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut _________________.
Mazhab Hambali
Mazhab Syafie’
Mazhab Hanafi
Mazhab Maliki
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien digelar sebagai _________________.
Sultan Berkat
Nakhoda Ragam
Nakhoda Manis
Arkitek Brunei Modern
Salah satu institusi dalam Institut Pendidikan Teknikal Brunei Darussalam adalah _________________.
IBTE Kampus Politeknik Brunei
IBTE Kampus Teknologi Kebangsaan Brunei
IBTE Kampus Institut Teknologi Brunei
IBTE Kampus Agro-Teknologi
Peranan individu dalam menjauhi gejala sosial ialah _________________.
menyisihkan diri dari keluarga dan masyarakat
menghina dan mencaci si pelaku tersebut
mempersiapkan diri dengan keimanan dan ilmu
tidak mendengar nasihat ibubapa dan keluarga
Penerima dan pemberi rasuah jika didapati bersalah akan mendapat hukuman _________________.
denda $30,000 dan penjara 7 tahun
denda $20,000 dan penjara 3 tahun
denda $40,000 dan penjara 5 tahun
denda $10,000 dan penjara 2 tahun
Berikut adalah antara sifat-sifat yang perlu ada pada seorang belia kecuali _________________.
peramah
bertolak ansur
tidak amanah
bersifat sabar
Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, belia dikategorikan sebagai mereka yang berumur _________________.
12 tahun ke bawah
13 tahun ke atas
15 tahun ke 40 tahun
10 tahun ke 70 tahun
Di antara berikut, yang manakah adalah contoh Etika Kerja yang patut dipatuhi?
cemerlang, kerjasama, hormat, jujur dan camah mata
cemerlang, kerjasama, hormat, tidak awar galat dan tanggungjawab
cemerlang, kerjasama, khianat, jujur dan tanggungjawab
cemerlang, kerjasama, hormat, jujur dan tanggungjawab
Melayu Islam Beraja adalah merupakan ___________ Negara Brunei Darussalam?
Bahasa rasmi
Pegangan
Falsafah
Ugama rasmi
Siapakah yang melaungkan kalimah ‘Allahu Akhbar’ semasa Istiadat Pemahsyuran Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada malam 1 Januari 1984?
Sultan Muhammad Shah
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah
Sultan Sharif Ali
Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien
Cogan kata yang tercatat dalam bahasa Arab pada panji-panji bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam membawa maksud___________________.
Sentiasa membuat kebajikan dengan petunjuk Allah
Sentiasa membuat kebaikan dengan petunjuk Allah
Sentiasa membuat keikhlasan dengan petunjuk Allah
Sentiasa membuat kebaktian dengan petunjuk Allah
Sebagai salah satu cara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir, ___________________ yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 telah mewajibkan bagi setiap kanak-kanak Islam yang berumur tujuh tahun ke atas dan sehingga umur 15 tahun yang tinggal di negara ini untuk didaftarkan dalam pendidikan agama prasekolah dan sekolah rendah.
Perintah Pendidikan Agama Wajib
Perintah Hukum Kanun Jenayah Syariah
Perintah Tembakau 2005
Perintah Akta Lalu lintas Jalan Raya 2016
Apakah dia Alat Kebesaran Diraja yang dipercayai merupakan warisan peninggalan Sultan Sharif Ali?
Cangkah biasa
Mahkota
Kalasak dan Kampilan
Pedang Si Bongkok
Universiti Brunei Darusalam adalah merupakan salah satu contoh bagi:
Institusi Pendidikan Tinggi
Unit Pendidikan Khas
Institut Pendidikan Teknikal Brunei
Bahagian Pendidikan Swasta
Penyalahgunaan Dadah merupakan masalah sosial yang sukar untuk diatasi kecuali dengan adanya:
Pasukan Bomba yang cekap
Teman rapat yang kaya raya
Masyarakat yang berpecah belah
Konsep kekeluargaan yang erat
Rasuah juga dikenali dengan istilah _______________________.
Tumbuk rusuk
Tunjuk rusuk
Pegang rusuk
Rusuk kiri
Beberapa strategi yang telah pun dirancang bagi membantu menjayakan Wawasan Negara 2035, diantaranya adalah seperti dibawah ini, kecuali:
Strategi Pembangunan
Strategi Keselamatan Sosial dan Alam Sekitar
Strategi laut dan Maritim negara
Strategi Keusahawanan dan Perniagaan Tempatan
Terdapat 3 warna Bendera Masjid yang perlu dikibarkan pada setiap hari, hari khamis dan hari jumat, iaitu: ________________________________.
kuning, hijau dan putih.
hijau, putih dan merah
hijau, hitam dan putih
putih, hitam dan kuning
“Kita juga bernasib baik telah menikmati detik gemilang Sambutan Jubli Emas Beta Menaiki Takhta. Dengan tulus ikhlas Beta sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, baik secara langsung ataupun tidak, dalam menjayakan Sambutan Jubli Emas dan semua acara di dalamnya.”
-Titah sempena Tahun Baru 2018 di Istana Nurul Iman
Nyatakan nama penuh bagi yang menitahkan titah diatas.
Tuliskan lirik lagu kebangsaan Brunei dengan betul.
Berikan lima (5) cara menyemai semangat kenegaraan di
peringkat sekolah.
Senaraikan lima (5) sebab seseorang itu terlibat dalam kegiatan rasuah.
Senaraikan lima (5) contoh Adat Perkahwinan Brunei.
Nyatakan lima (5) ciri-ciri peribadi yang bertentangan dengan ciri-ciri Melayu Islam Beraja.
