Font size
WorksheetsSMKSG BAB 5 GENETIK
Total questions: 65
Worksheet time: 33mins
Nukleus mengandungi apa?
Kromatin
Kromatid
Kromosom
Kromos
Kromosom adalah struktur berikut kecuali
asid nukleik
heliks ganda dua
protein
bebenang halus
Apakah yang terletak dalam kromosom?
RNA
Bes bernitrogen
Gula deoksiribosa
DNA
Apakah unit-unit asas bagi DNA
asid nukleik
nukleus
protein
nukleotida
Apakah komponen dalam setiap unit nukleotida?
gula deoksiribonukleik
bes bernitrogen
kumpulan fosfat
semua di atas
Apakah maksud Genetik?
kajian mengenai gen, pewarisan dan mutasi dalam organisma
kajian mengenai gen, pembahagian sel dan mutasi dalam organisma
Kajian mengenai gen, pewarisan dan variasi dalam organisma
Kajian mengenai gen, DNA dan kromosom dalam organisma
Berapakah bilangan kromosom dalam nukleus sel manusia?
23
48
46
92
Berapakah bilangan sel anak dihasilkan semasa akhir proses meiosis?
2 sel anak
3 sel anak
4 sel anak
5 sel anak
Sekiranya pembahagian sel berlaku dengan tidak terkawal, apakah kesannya kepada manusia?
Sakit kepala
Sakit jantung
Diabetes
Kanser
Jika induk TT mengalami kacukan dengan induk tt, apakah genotip yang akan terhasil?
TT
tt dan TT
Tt
tt dan Tt
Rajah menunjukkan satu peringkat semasa mitosis. Berapakah bilangan kromosom dalam setiap sel anak setelah proses mitosis selesai?
Dua
Tiga
Enam
Dua belas
Di bahagian tumbuhan yang manakah meiosis berlaku?
Ranggi
Anter
Hujung akar
Hujung pucuk
Apakah proses Y?
Mitosis
Meiosis
Mutasi
Pensenyawaan
Autosom ialah kromosom yang tidak terlibat dalam penentuan seks.
Benar
Palsu
Pasangan kromosom manakah dalam nukleus sel manusia yang menentukan jantina manusia?
Pasangan kromosom ke-22
Pasangan kromosom ke-23
Pasangan kromosom ke-24
Pasangan kromosom ke-21
Profasa - Kromosom memendek dan menipis.
Benar
Palsu
Apakah nama proses yang menyebabkan berlakunya pertukaran genetik?
Pindah suai
Pindah silang
Pindah genetik
Pindah kromosom
Apakah perbezaan antara mitosis dan meiosis?
Mitosis pada sel kulit, meiosis berlaku pada sel saraf
Mitosis menghasilkan dua sel anak, meiosis menghasilkan empat sel anak
Mitosis menghasilkan variasi pada sel anak, meiosis menghasilkan sel anak yang tiada variasi
Mitosis berlaku untuk menghasilkan sel pembiakan, meiosis berlaku pada sel soma sahaja
Sila pilih dua kepentingan mitosis.
Untuk menghasilkan gamet.
Untuk mewujudkan variasi dalam kalangan organisma.
Untuk menghasilkan sel baharu bagi menggantikan sel yang rosak.
Untuk proses tumbesaran.
Sila pilih dua kepentingan meiosis.
Untuk menghasilkan gamet.
Untuk mewujudkan variasi dalam kalangan organisma.
Untuk menghasilkan sel baharu bagi menggantikan sel yang rosak.
Untuk proses tumbesaran.
Sekiranya sampel kariotip individu Q mengandungi kromosom seks XY, apakah jantina individu Q?
Perempuan
Lelaki
Khunsa
Pondan
Kariotip yang ditunjukkan dalam rajah memberikan maklumat yang betul iaitu
Individu ini ialah seorang perempuan
Individu ini adalah buta warna
Individu ini mempunyai sel darah merah abnormal
Individu ini penghidap Sindrom Klinefelter
Variasi dalam bayi baharu lahir seperti dalam rajah diberi adalah disebabkan oleh...
faktor persekitaran
faktor genetik
faktor genetik dan faktor persekitaran
Rajah di atas menunjukkan kromosom sedang melakukan proses P yang berlaku dalam meiosis.
Apakah kepentingan proses P?
Untuk menghasilkan variasi dalam manusia.
Untuk mengawal pembahagian sel.
Untuk menentukan jantina bayi.
Sebagai satu kaedah pembiakan aseks.
Rajah berikut menunjukkan fasa-fasa dalam mitosis dalam sejenis sel haiwan.
Antara berikut, yang manakah urutan fasa-fasa yang betul?
Q, P, R, S
S, Q, P, R
S, R, Q, P
R, P, Q, S
Antara berikut, yang manakah menunjukkan trait resesif?
Boleh menggulung lidah
Rambut perang
Iris hitam
Cuping telinga bebas
Kandungan kromosom yang terdapat dalam sel otot seorang lelaki ialah ...
22 + X
22 + Y
44 + XY
44 + XX
Rajah menunjukkan sejenis pembahagian sel.
Apakah proses yang ditunjukkan dalam rajah di atas?
Mitosis
Meiosis
Pindah silang
Persenyawaan
Dimanakah mitosis berlaku?
sel pembiakan
sel soma
Antara berikut yang manakah merupakan mutasi kromosom?
buta warna
Hemofilia
sindrom turner
anemia sel sabit
Apakah yang menyebabkan mutasi?
terdedah kepada sinaran radioaktif
terdedah kepada racun organik
terdedah kepada cahaya matahari berlebihan
pengambilan makanan proses
Apakah kegunaan terapi gen ?
membaiki gen normal
mencantikan gen normal
memilih gen terpilih
membaiki gen-gen mutan
Antara berikut yang manakah kebaikan kejuruteraan genetik?
membuat senjata biologi
menyebabkan kepupusan spesis
menghasilkan tanaman yang lebih banyak
menghasilkan organisma yang mempunyai daya tahan yg rendah
Proses yang berlaku semasa telofasa?
Kromosom tebal dan pendek
Kromosom tersusun pada satah
Sitoplasma membahagi dua
Kromosom menuju kutub bertentangan
Rajah di atas menunjukkan peringkat .................. dalam pembahagian sel soma secara mitosis.
Telofasa
Anafasa
Metafasa
Profasa
Tempat berlaku pembahagian sel secara meiosis adalah berikut KECUALI
ovari
sperma
anter
testis
Apakah huruf yang mewakili alel dominan bagi ciri warna rambut?
D
c
C
a
Ciri-ciri fizikal yang dipamerkan oleh sesuatu organisma ialah
Genotip
Trait dominan
Fenotip
Trait resesif
Siapakah Bapa Genetik?
George Harvey
George Mandel
Gregor Mandel
Gregor Harvey
Berapakah peratus mendapat anak lelaki dalam satu kelahiran?
80%
60%
75%
50%
Apakah proses Q?
Mitosis
Meiosis
Pindah silang
Persenyawaan
Apakah persamaan antara mitosis dengan meiosis?
Kedua-dua proses menghasilkan dua sel anak
Kedua-dua proses menghasilkan empat sel anak
Pindah silang berlaku dalam kedua-dua proses
Kedua-dua proses melibatkan penggandaan kromosom
Rajah menunjukkan satu struktur kromosom semasa pembahagian sel. Bahagian yang berlabel P ialah
sentriol
kromatid
sentrosom
kiasma
Kejuruteraan genetik ialah istilah yang digunakan kepada pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.
BETUL
SALAH
Berikut ialah yang berkaitan dengan kejuruteraan genetik kecuali .....
DNA rekombinan
organisma termodifikasi genetik
terapi gen
mutasi
____________________ merupakan teknologi yang menggabungkan dua spesies yang berbeza untuk menghasilkan satu ciri genetik baru.
Terapi gen
Teknologi DNA rekombinan
Pewarisan genetik
Organisma termodifikasi genetik
Teknologi ini menggabungkan gen daripada dua spesies yang berbeza, malahan boleh dilakukan dengan menggabungkan gen haiwan dengan gen tanaman atau agen bakteria untuk menghasilkan organisma dengan ciri baru.
Apakah teknologi tersebut?
Organisma termodifikasi genetik
Terapi gen
Teknologi DNA rekobinan
Perwarisan genetik
Berikut adalah ciri-ciri produk yang diingini dalam bidang pertanian kecuali _________
buah yang lebih besar
nilai nutrisi yang lebih tinggi
daya rintangan tinggi terhadap serangan perosak dan penyakit
kualiti sederhana dan bernilai
Penghasilan insulin manusia melalui bakteria adalah salah satu contoh teknologi DNA rekombinan.
BETUL
SALAH
Apakah itu mutasi?
Satu keabnormalan yang disebabkan oleh virus
Satu pertukaran antara dua kromatid beradik
Duplikasi kromosom untuk menjadi dua kromatid beradik
Perubahan spontan yang berlaku kepada gen/kromosom
Bahan manakah yang boleh menyebabkan mutasi?
Sinaran radioaktif
Minuman beralkohol
Karbon dioksida
Gelombang radio
Maklumat berikut menunjukkan ciri yang terdapat pada seorang lelaki yang menghidap penyakit akibat mutasi.
Apakah penyakit itu?
Albino
Hemofilia
Sindrom Down
Sindrom Klinefelter
Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri sejenis penyakit genetik.
Apakah penyakit genetik itu?
Albinisme
Buta warna
Hemofilia
Sindrom Down
Albinisme........
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Anaemia bulan sabit......
Mutasi Gen
Mutasi Kromosom
Rajah 1 menunjukkan pewarisan suatu sifat pada manusia.
Apakah genotip dan fenotip bagi generasi pertama?
BB - Berlesung pipit
Bb - Berlesung pipit
Bb - Tidak berlesung pipit
bb - Tidak berlesung pipit
Rajah di atas menunjukkan kariotip seorang individu.
Apakah penyakit yang dihidapi oleh individu tersebut?
Albinisme
Sindrom Down
Sindrom Turner
Sindrom Klinefelter
Variasi manakah yang disebabkan oleh faktor persekitaran?
Jenis cuping telinga
Kumpulan darah
Warna mata
Ketinggian
Sara pergi ke sebuah salon rambut untuk meluruskan rambutnya yang kerinting. Selepas beberapa bulan, rambutnya kembali kerinting.
Faktor manakah yang mempengaruhi keadaan itu?
Genetik
Mutasi gen
Persekitaran
Mutasi DNA
Struktur manakah dalam kariotip manusia membawa gen warna kulit?
Kromosom berpasangan
Kromosom homolog
Kromosom autosom
Kromosom seks
Rajah menunjukkan mekanisma pewarisan
trait ketinggian pada pokok kacang. Apakah nisbah yang mungkin bagi kacukan tersebut?
1 tinggi : 1 kerdil
2 tinggi : 1 kerdil
1 tinggi : 3 kerdil
3 tinggi : 1 kerdil
Kejuruteraan genetik berfungsi mencipta satu baka baharu. Baka baharu ini terhasil daripada gabungan beberapa ciri yang dikehendaki.
Apakah proses yang dijalankan bagi mendapatkan baka baharu ini?
Gen sesuatu organisma dikurangkan atau ditambah
Nukleus organisma dipindahkan ke dalam sel yang baharu
Memindahkan sebahagian gen organisma yang dikehendaki kepada organisma lain
Mencantumkan organisma yang berbeza bagi mendapatkan organisma baharu
Seorang pegawai forensik telah tiba di lokasi rompakan. Pegawai forensik itu menjalankan analisis di tempat kejadian bagi mengenal pasti siapakah perompaknya. Cara apakah yang paling sesuai digunakan oleh pegawai forensik tersebut bagi membantu pihak polis?
Profil DNA
Mengesan cap jari
Kumpulan darah
Kumpulan DNA
Rajah di bawah menunjukkan satu fasa dalam mitosis. Apakah fasa yang ditunjukkan dalam rajah itu?
Profasa
Metafasa
Anafasa
Telofasa
Sebuah keluarga mempunyai empat orang anak. Kesemua anak mereka ialah lelaki. Apakah kebarangkalian untuk mereka mendapat anak perempuan dalam kelahiran seterusnya?
100%
75%
50%
25%
