WorksheetsCakap Ajuk dan Cakap Pindah
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
"Cikgu, bagaimanakah caranya manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam?" tanya Muthu.
Guru menyoal Muthu bagaimana cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.
Muthu bertanya kepada gurunya tentang cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.
Muthu bertanya gurunya bagaimana dia tahu cara-cara manusia pada zaman dahulu bercucuk tanam.
Guru menyoal orang pada zaman dahulu bagaimana mereka bercucuk tanam.
Mariam mengajak Maimun ke kantin.
“ Ajaklah Maimun ke kantin,” kata Mariam.
“ Maimun, mari kita ke kantin,” kata Mariam.
“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Maimun.
“ Saya ingin mengajak kamu ke kantin,”kata Mariam.
Pak Usin bertanya kepada Amat tentang tarikh kepulangan datuknya dari Mekah.
“Adakah datuk kamu baru pulang dari Mekah?” tanya Pak Usin.
“Sudahkan datuk kamu pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.
“Bilakah datuk kamu akan pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.
“Bagaimana datuk kamu akan pulang dari Mekah ?” tanya Pak Usin.
"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Azri?" tanya guru disiplin itu.
Guru disiplin bertanya mengapa Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.
Guru disiplin bertanya sebab Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.
Guru disiplin bertanya mengapa Azri datang lewat ke sekolah hari itu.
“ Marilah bersarapan bersama-sama dengan kami, Anis,” kata Amira dan Anum.
Amira dan Anum mempelawa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum memujuk Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum memaksa Anis bersarapan bersama-sama mereka.
Amira dan Anum mengarah Anis bersarapan bersama-sama mereka.
“Di manakah Stesen Komuter Serdang?” tanya pelancong dari Jepun.
Pelancong dari Jepun ingin menaiki Komuter Serdang.
Pelancong dari Jepun memberitahu tentang Stesen Komuter Serdang.
Pelancong itu hendak menaiki komuter ke Stesen Komuter Serdang.
Pelancong itu ingin tahu kedudukan Stesen Komuter Serdang.
Murad meminta Aiman memberikan buku cerita itu kepadanya.
“ Tolong berikan buku cerita itu kepada Aiman,” pinta Murad.
“ Tolong berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.
“ Aiman, berikan buku cerita itu kepadanya,” pinta Murad.
“ Berikanlah buku cerita Aiman kepada saya,” pinta Murad.
“ Mana baju Melayu saya yang berwarna hitam?” tanya Azlan kepada isterinya.
Azlan berkata kepada isterinya mana baju Melayunya yang berwarna hitam.
Azlan bertanya kepada isterinya mana baju Melayu saya yang berwarna hitam.
Azlan bertanya kepada isterinya mengenai baju Melayunya yang berwarna hitam.
"Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya," kata Ali kepada Chan.
Ali berkata kepada Chan orang tersebut menerpa lalu memberikan hadiah kepadanya .
Ali berkata kepada Chan orang itu menerpa lalu memberikan hadiah ini kepada saya.
Ali berkata kepada Chan orang itu menerpa dan memberikan hadiah ini kepada Ali.
Ayah mengaduh kepada ibu bahawa kakinya sakit.
" Wah, sakitnya kakiku!" kata ayah kepada ibu.
" Aduh, sakitnya kakiku!" kata ayah kepada ibu.
" Aduhai, sakitnya kakiku!" kata ayah kepada ibu.
Sofia rasa kagum dengan keenakan mi tersebut lalu dia bertanya nama mi itu.
" Nah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.
" Amboi, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.
" Wah, mi ini sangat enaklah! Apa nama mi ini?" tanya Sofia.
“ Siapakah yang mengambil pen saya? ” tanya Ahmad kepada Omarali.
Ahmad bertanya kepada Omarali mengenai orang yang telah mengambil pennya.
Ahmad bertanya kepada Omarali siapa yang telah mengambil pennya.
Ahmad berkata kepada Omarali siapa yang telah mengambil pennya.
Encik Zul melarang Kamal menonton televisyen sebelum menyiapkan kerja rumah.
" Kamu tidak dibenarkan menonton televisyen jika kerja rumah tidak siap, " kata Encik Zul kepada Kamal.
" Jangan menonton televisyen jika kerja rumah tidak siap, " kata Encik Zul dengan marahnya.
" Kamu tidak dibenarkan menonton televisyen jika kerja rumah tidak siap, " kata Encik Zul.
"Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Azri?" tanya guru disiplin itu.
Guru disiplin bertanya mengapa Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.
Guru disiplin bertanya sebab Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.
Guru disiplin bertanya kenapa Azri lewat hadir ke sekolah hari itu.
Cikgu Azazi mengingatkan murid-muridnya supaya membawa pakaian sukan masing-masing untuk latihan yang akan diadakan pada esoknya.
" Kalian jangan membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.
" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.
" Kalian jangan lupa membawa pakaian sukan masing - masing bagi latihan esok, " kata Cikgu Azazi kepada murid - muridnya.
