Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B2T5 SPM

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pasangan yang manakah tepat tentang perjuangan pemimpin tempatan terhadap British?

a)

Tok Janggut ==> Pahang

b)

Mat Salleh ==> Sarawak

c)

Dato' Maharaja Lela ==> Perak

d)

Haji Abdul Rahman Limbong ==> Kelantan

2.

Manakah antara berikut merupakan DUA cara British menguasai ekonomi tempatan?

a)

Mengadakan perjanjian

b)

Mencampuri adat resam

c)

Menyingkirkan pembesar

d)

Melaksanakan birokrasi Barat

3.

Apakah bukti yang menunjukkan J.W.W. Birch telah mencampuri adat resam masyarakat Melayu di Perak?

a)

Melaksanakan sistem cukai

b)

Menubuhkan sistem residen

c)

Menentang penggunaan orang suruhan

d)

Memperkenalkan undang-undang tanah

4.

Tokoh yang manakah yang bertindak menyerang kapal Nemesis berhampiran Batang Lupar pada tahun 1849?

a)

Rentap

b)

Linggir

c)

Syarif Masahor

d)

Datu Patinggi Abdul Gapur

5.

Gambar berikut menunjukkan satu mesyuarat orang Melayu yang diadakan di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.

Apakah kesan daripada peristiwa tersebut?

a)

Penolakan sistem Residen

b)

Pembunuhan J.W.W. Birch

c)

Pelantikan penasihat sultan

d)

Penentangan terhadap British

6.

Mengapakah berlaku pertikaian di Sungai Ujong, Negeri Sembilan?

a)

Perebutan tanah

b)

Perebutan jawatan

c)

Perebutan kawasan perdagangan

d)

Perebutan kawasan kutipan cukai

7.

# Tok Gajah

# Imam Rasul

# Dato' Bahaman

Mengapakah mereka menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pengenalan perdagangan bebas

d)

Pelaksanaan pendidikan sekular

8.

Bagaimanakah British menyelesaikan penentangan penduduk tempatan di Terengganu?

a)

Menamatkan sistem cukai

b)

Menggunakan nama sultan

c)

Memulihkan kuasa pembesar

d)

Menguatkuasakan undang-undang

9.

Apakah kesan pengenalan dasar British terhadap orang Melayu?

a)

Meningkatkan taraf hidup

b)

Mewujudkan jurang ekonomi

c)

Membentuk perpaduan kaum

d)

Memajukan ekonomi tradisional

10.

Apakah faktor yang membawa kepada kebangkitan penduduk Melayu menentang British?

a)

Dasar pendidikan British

b)

Dasar penaklukan British

c)

Pengenalan sistem tanaman paksa

d)

Penglibatan imigran dalam pentadbiran

11.

Apakah kesan pengenalan sistem pendidikan Inggeris dan vernakular Melayu terhadap orang Melayu?

a)

Menambah tenaga mahir

b)

Mewujudkan perpaduan

c)

Meningkatkan taraf hidup

d)

Melahirkan golongan intelek

12.

# Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja

# Tok Janggut dilantik sebagai Perdana Menteri

# Che Ishak dilantik sebagai Pegawai Daerah

Apakah peristiwa yang membawa kepada pelantikan tersebut?

a)

Kejayaan menawan Pasir Puteh

b)

Kemangkatan Sultan Kelantan

c)

Kekalahan tentera Jepun

d)

Kebangkitan menentang Siam

13.

Mengapakah Haji Abdul Rahman Limbong tidak berpuas hati dengan pentadbiran British di Terengganu?

a)

Pelucutan jawatan

b)

Pembinaan balai polis

c)

Penghapusan sistem perhambaan

d)

Pengenalan undang-undang tanah

14.

Mengapakah British mewujudkan jawatan berikut?

# Residen

# Penasihat British

a)

Melemahkan kuasa pembesar

b)

Mengekalkan sistem monarki

c)

Memajukan kemudahan asas

d)

Menguasai sumber alam

15.

British menggunakan nama sultan Kelantan dan Terengganu untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan. Mengapakah British menggunakan tindakan tersebut?

a)

Mengekalkan kuasa Sultan

b)

Kesetiaan rakyat kepada Sultan

c)

Menghormati institusi kesultanan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan sultan

16.

British telah menghantar tenteranya untuk menawan Naning pada tahun 1831. Britsh bertindak sedemikian setelah Penghulu Dol Said

a)

mengadili kes jenayah

b)

meminta bantuan luar

c)

membebaskan hamba

d)

mengingkari arahan

17.

Tok Janggut telah menentang penjajahan British di Kelantan sejak tahun 1915 tetapi penentangan beliau gagal.

Pilih DUA sebab kegagalan tersebut.

a)

Tenaga tentera tidak cukup

b)

Sokongan rakyat tidak padu

c)

Mengekalkan keharmonian penduduk

d)

Mengelakkan penderhakaan kepada sultan

18.

Mengapakah pemimpin tempatan di Sarawak menentang James Brooke pada pertengahan abad ke-19?

a)

Kehilangan kawasan

b)

Raja kehilangan kuasa

c)

Amalan kerahan tenaga

d)

Pembinaan pakatan tentera

19.

Apakah kesan daripada perselisihan antara pembesar berikut?

# Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal

# Dato' Kelana Syed Abdul Rahman

a)

Pembahagian sempadan

b)

Perpecahan penduduk

c)

Penyatuan pentadbiran

d)

Pengukuhan kuasa British

20.

Antara yang berikut, pilih DUA faktor penentangan Mat Salleh terhadap pentadbiran SBUB di Sabah?

a)

Pegawai Barat mencampuri hal adat

b)

Sistem cukai kepala diperkenalkan

c)

Kawasan pengaruh Mat Salleh diduduki

d)

Anak tempatan tidak terlibat dalam pentadbiran

21.

Nyatakan DUA kesan daripada peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu terhadap masyarakat tempatan.

a)

Kesengsaraan hidup

b)

Pembebasan bersuara

c)

Perkembangan ekonomi

d)

Kebencian terhadap penjajahan

22.

Apakah sumbangan tokoh berikut:

# Sheikh Tahir Jalaluddin

# Syed Syeikh al-Hadi

# Haji Abbas Taha

a)

Pemimpin gerakan nasionalisme yang ditangkap kerana menentang British

b)

Mereka menyebarkan idea-idea pembaharuan Islam dalam Gerakan Islah

c)

Kaum Tua yang menentang Kaum Muda kerana kedudukannya terancam

d)

Mereka mempunyai latar belakang pendidikan Timur Tengah dan Barat

23.

Mengapakah Gerakan Islah dapat berkembang dengan lebih berkesan di Negeri-Negeri Selat berbanding dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

Tiadanya undang-undang menghalang pergerakannya

b)

Mempunyai pemimpin yang berkebolehan

c)

Penduduk Islamnya tidak begitu ramai

d)

Sistem perhubungan yang baik

24.

Apakah muslihat Jepun mewujudkan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia?

a)

Menjamin perkembangan ekonomi

b)

Melindungi masyarakat peribumi

c)

Menjadi kuasa imperialis baharu

d)

Mengukuhkan kuasa raja Melayu

25.

Antara berikut, pilih DUA usaha Kaum Muda semasa perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menubuhkan madrasah

b)

Mengkritik pihak penjajah

c)

Menyekat kemasukan buruh

d)

Memperjuangkan kemerdekaan

26.

Nyatakan DUA sebab pengarang menggunakan sejarah sebagai inspirasi dalam novelnya.

a)

Menimbulkan minat pelajar

b)

Mempelajari daripada kesilapan

c)

Mendorong semangat perjuangan

d)

Menjaga maruah bangsa dan negara

27.

Apakah persamaan objektif antara pertubuhan berikut?

# Kesatuan Melayu Singapura 1926

# Kesatuan Melayu Muda 1939

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Memulihkan kedudukan sultan

c)

Menggalakkan gerakan kebangsaan

d)

Menjaga kepentingan orang Melayu

28.

Apakah isu yang dibangkitkan melalui majalah berikut?

# Pengasuh 1918

# Majalah Guru 1924

# Bulan Melayu 1930

a)

Menghayati ajaran agama

b)

Mementingkan pendidikan

c)

Menghargai warisan bangsa

d)

Meningkatkan kemajuan bangsa

29.

# Menjadi sebuah badan propaganda Jepun

# Menyediakan tentera semut untuk menentang British

a)

Persatuan Negeri Perak

b)

Kesatuan Melayu Muda

c)

Kesatuan Melayu Singapura

d)

Persatuan Sahabat Pena Malaya

30.

Apakah peranan akhbar, majalah dan novel dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Menuntut kemerderkaan

b)

Meningkatkan ilmu pengetahuan

c)

Menyampaikan berita luar negara

d)

Membangkitkan semangat kebangsaan

31.

Apakah tema yang terkandung dalam Melor Kuala Lumpur karya Harun Aminurrashid?

a)

Perpaduan guru

b)

Kemajuan agama

c)

Kebebasan wanita

d)

Pembangunan bandar

32.

Mengapakah Kongres pemuda Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) tidak dapat dilaksanakan?

a)

Halangan British

b)

Ancaman komunis

c)

Perang Dunia Kedua

d)

Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia

33.

Apakah perjuangan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?

a)

Melindungi institusi raja

b)

Menggalakkan perpaduan

c)

Mendorong gerakan radikal

d)

Menganjurkan kongres Melayu

34.

Antara sumbangan Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) pada tahun 1930-an ialah

a)

membangkitkan kesedaran

b)

memajukan bahasa Melayu

c)

menolak campur tangan Barat

d)

menyediakan peluang pendidikan

35.

Pilih DUA perkara yang tepat berkaitan sumbangan Mohammad Eunos Abdullah.

a)

Menubuhkan Kesatuan Melayu Muda

b)

Memperoleh kawasan penempatan khas

c)

Menjaga kebajikan orang Melayu Singapura

d)

Membentuk Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat

36.

Antara berikut, hasil karya manakah memaparkan isu berikut?

Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri

a)

Pengasuh

b)

Keris Melaka

c)

Majalah Guru

d)

Bulan Melayu

37.

Siapakah penulis novel-novel berikut?

# Putera Gunung Tahan

# Anak Mat Lela Gila

a)

Yusuf Ahmad

b)

Zainon Sulaiman

c)

Dato' Nik Mohamad

d)

Ishak Haji Muhammad

38.

Pilih DUA akhbar yang menjadi penggerak kesedaran kebangsaan pada tahun 1930-an.

a)

Al-Imam

b)

Idaran Zaman

c)

Majlis

d)

Lembaga Malaya

39.

Di Sabah, kesedaran untuk berpersatuan tidak begitu jelas kerana terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena sahaja. Mengapakah kegiatan berpersatuan tidak tersebar di kawasan pedalaman Sabah?

a)

Bertentangan dengan sistem sosial tradisional

b)

Persatuan bukan suatu keperluan hidup

c)

Kekurangan pemimpin berwibawa

d)

Masalah kekurangan perhubungan

40.

# Kongres Melayu 1939

# Kongres Melayu 1940

Pilih DUA kepentingan kedua-dua kongres tersebut.

a)

Melambangkan kesepakatan orang Melayu tanpa batasan negeri

b)

Merupakan kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu

c)

Menunjukkan sikap enggan bekerjasama dengan British

d)

Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada British