NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH TAHUN 4
Total questions: 30
Worksheet time: 10mins
Menurut Kamus Dewan, sejarah ialah ________.
asal-usul sesuatu kejadian.
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau.
tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan oleh mereka.
menceritakan hal tentang manusia dan perbuatan-perbuatan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.
Mengapakah tarikh 31 Ogos 1957 dianggap bermakna bagi kita rakyat Malaysia?
Pilihan raya umum diadakan.
Melambangkan perpaduan negara.
Negara bebas daripada penjajahan.
Tentera Jepun telah mengundur diri.
Apakah pengertian keluarga asas?
Keluarga asas terdiri daripada ibu dan bapa.
Keluarga asas terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak.
Keluarga asas terdiri daripada datuk, nenek, ibu dan bapa.
Keluarga asas terdiri daripada datuk, nenek, ibu, bapa dan anak.
Mengapakah kita memerlukan keluarga?
Mendapatkan wang saku.
Mendapatkan perlindungan.
Mendapatkan layanan sopan.
Mendapatkan ilmu mengarang.
Manuskrip dan artifak merupakan sumber sejarah yang penting kepada kita. Mengapa?
Merekod secara tulisan
Mencatat cerita lagenda
Mendapatkan maklumat yang lengkap
Menjadi kebanggaan masyarakat terdahulu
Guru Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab menyelaraskan ________.
aktiviti kokurikulum
program akademik sekolah
kebajikan dan keselamatan murid
pertukaran keluar dan masuk murid
Bendera dan lencana sekolah ialah ________ sekolah.
misi
logo
identiti
cogan kata
Sungai ialah jalan perhubungan dan ________ utama suatu ketika dahulu.
pertanian
petempatan
peperangan
pengangkutan
Zaman Air Batu merupakan zaman ketika air batu menutupi permukaan ________.
laut
bumi
bukit
daratan
________ ialah timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan laut.
Glasier
Gunung
Banjaran
Air batu
Apakah tindakan yang menunjukkan cara menjaga alam sekitar?
Menebang pokok tua.
Menggunakan beg plastik.
Mengitar semula barangan.
Menggalakkan pembalakan.
Carta alir berikut menunjukkan perubahan yang berlaku di dunia.
Zaman Air Batu ➡️ Pergerakan glasier ➡️ Wujud daratan dan lautan
Apakah faktor yang menyebabkan berlaku perubahan tersebut?
Peredaran bulan
Bumi dilitupi ais
Gerhana matahari
Peningkatan suhu bumi
Senarai berikut merupakan petempatan manusia zaman prasejarah di Malaysia.
🔹Gua Cha, Kelantan
🔹Gua Badak, Perak
Petempatan di atas merujuk kepada zaman ________.
Logam
Neolitik
Mesolitik
Paleolitik
Gambar berikut menunjukkan peralatan manusia zaman prasejarah.
Apakah zaman prasejarah tersebut?
Zaman Logam
Zaman Mesolitik
Zaman Neolitik
Zaman Paleolitik
Maklumat berikut merujuk kepada ciri-ciri Kerajaan Melayu Awal yang terletak di Tanah Melayu.
🔹Wujud pada abad ke-5 Masihi
🔹Terletak di Lembah Bujang
Apakah kerajaan yang dimaksudkan?
Kedah Tua
Chih-Tu
Temasik
Gangga Negara
Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Kerajaan Melayu Awal?
Perkilangan
Pelancongan
Perdagangan
Perlombongan
Siapakah yang berperanan menasihati sultan dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
Temenggung
Syahbandar
Laksamana
Bendahara
Senarai berikut menunjukkan tugas pembesar dalam Kesultanan Melayu Melaka?
🔹Menjadi utusan atau diplomat
🔹Menjaga keselamatan perairan Melaka
Siapakah pembesar tersebut?
Bendahara
Laksamana
Temenggung
Penghulu Bendahari
Siapakah golongan yang berada di kedudukan paling bawah dalam susun lapis masyarakat Zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Sultan
Hamba
Rakyat
Pembesar
Apakah warisan Kesultanan Melayu Melaka yang kekal hingga kini?
Strategi perang
Pelabuhan moden
Pakaian tradisional
Sistem beraja
Parameswara berasal dari ________.
Palembang
Majapahit
Siam
China
Bagaimanakah Parameswara berjaya menjadi pemerintah Temasik?
Mendapat bantuan Siam.
Membunuh Temagi.
Menerima bantuan pembesar Melayu.
Mendapat sokongan penduduk Temasik.
Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka sebenarnya berasal daripada nama ________.
binatang
sungai
pokok
pedagang
Parameswara menjalinkan hubungan diplomatik dengan ________.
China
Majapahit
Temasik
British
Apakah kesan Parameswara mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China?
Menginginkan bekalan makanan.
Menunjukkan kehebatan baginda.
Menjamin kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka.
Membolehkan kerajaan lain menghormati baginda.
Sultan adalah pemerintah dan kerabat diraja sebagai penyokong.
Betul
Salah
Bendahara ialah pembesar yang berperanan menasihati Laksamana.
Betul
Salah
Kerajaan Santubong merupakan sebuah kerajaan kecil di sungai Sarawak yang wujud sekitar abad ke-7 Masihi.
Betul
Salah
Hang Tuah merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka.
Betul
Salah
Pentas Sunda ialah tanah daratan yang luas. Apabila Pentas Sunda ditenggelami air laut, terbentuklah Kepulauan Melayu.
Betul
Salah
