wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 4/T4 : Era Peralihan Kuasa Bitish di Negara Kita

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British.


  • [Merupakan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945]


Apakah sistem pemerintahan tersebut?

a)

British Malay Administration

b)

British Military Administration

c)

British Military Force

2.

Bagaimanakah BMA cuba memulihkan keadaan di Tanah Melayu?

a)

Membubarkan pasukan Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA)

b)

Menyinkirkan pembesar Melayu yang menyokong Jepun

c)

Memberikan kuota internet percuma

3.

Apakah kesukaran yang dihadapi oleh penduduk tempatan semasa pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu?

a)

Drama K-Pop tidak dibenarkan

b)

Kekurangan peluang pekerjaan

c)

Bekalan makanan dan ubat-ubatan sukar diperolehi

4.

Antara berikut, yang manakah masalah yang dihadapi oleh pihak BMA dalam usaha memulihkan sosioekonomi?

a)

Jentera

b)

Teknologi

c)

Bantuan makanan

d)

Kedegilan rakyat mematuhi SOP

5.

Apakah isi kandungan Kertas Putih 6274?

a)

Hutang yang tidak dibayar

b)

Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

c)

Penubuhan sebuah pentadbiran berpusat di bawah jajahan British

6.

Bagaimanakah kedudukan raja-raja Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?

a)

Kedudukan kluster kayangan

b)

Hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu

c)

Menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera

7.

Rajah berikut berkaitan dengan Malayan Union.


Siapakah X?

a)

Johnny Deep

b)

Pesuruhanjaya Tinggi British

c)

Gabenor

8.

Apakah isi kandungan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli?

a)

Seluruh rakyat yang lahir di Britain diiktiraf warganegara Tanah Melayu

b)

Seluruh rakyat dilahirkan di Tanah Melayu & Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union

c)

Sesiapa yang melahirkan lebih dua orang anak akan diberikan kerakyatan

9.

Mengapakah Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibini Almarhum Sultan Zainal Abidin enggan menerima Malayan Union?

a)

Bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu

b)

Malayan Union menyekat kebebasan rakyat menonton wayang

c)

Berlawanan dengan udang-undang adat

10.

Bagaimanakah raja-raja Melayu menentang Malayan Union?

a)

Mengarahkan rakyat dan pembesar bersatu

b)

Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England

c)

Memviralkan isu Malayan Union di Twitter

11.

Gambar berikut menunjukkan akhbar Melayu. Apakah peranan akhbar tersebut?

a)

Menyeru orang Melaayu mengadakan perhimpunan besar-besaran

b)

Menyeru orang Melayu memakai mask

c)

Menyeru orang Melayu menentang British mendapatkan kemerdekaan

12.

Petikan berikut berkaitan dengan bantahan Malayan Union.


  • [Jika apa sekalipun terjadi, kami kaum wanita akan turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki, bagi mendapat kembali hak-hak kami]


Apakah peranan wanita dalam menentang Malayan Union?

a)

Menubuhkan pasukan sorak untuk kaum lelaki

b)

Surirumah tangga mendidik anak-anak

c)

Benteng barisan hadapan menentang Malayan Union

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan bantahan terhadap kedatangan Mac Michael.

Persatuan yang manakah menganjurkan perarakan tersebut?

a)

Kesatuan MakCIk Bawang

b)

Kesatuan Melayu Kedah

c)

Kesatuan Orang Kedah

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan penentangan gagasan Malayan Union.


  • [Diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur]


Apakah peristiwa tersebut?

a)

Perintah Kawalan Pergerakan

b)

Demonstrasi

c)

Kongres Melayu

15.

Antara berikut. yang manakah laporan Ahli Parlimen British kepada Pejabat Tanah Jajahan

a)

Menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Menyokong penubuhan Malayan Union

c)

Laporan kehadiran lewat raja-raja

d)

Sultan yaang menandatangani perjanjian tidak menyedari kesan perjanjian tersebut

16.

Mengapakah Charles Vyner Brooke ingin menyerahkan Sarawak kepada British?

a)

Masalah perwarisan takhta

b)

Bercita-cita menjadi pegawai British

c)

Tiada sokongan penduduk

17.

Antara berikut, yang manakah hasil tinjauan Gammans dan Rees Williams di Kuching, Sarawak pada 2 Mei 1946?


Pilih dua jawapan.

a)

Sebahagian besar peribumi menentang penyerahan Sarawak

b)

Terdapat penduduk tidak memahami maksud penyerahan Sarawak

c)

Terlalu banyak kucing yang berkeliaran

d)

Orang Cina tidak menyokong penyerahan tersebut

18.

Mengapakah penduduk tempatan menentang penyerahan Sarawak kepada British?

a)

Tidak ingin dijajah oleh British

b)

Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke

c)

Masalah Covid-19 yang masih berleluasa

19.

Antara berikut, yang manakah bentuk penentangan penduduk tempatan terhadap penyerahan Sarawak kepada British?


Pilih dua jawapan.

a)

Menulis surat bantahan

b)

Mengadakan persidangan

c)

Mesyuarat dengan British

d)

Memviralkan kes kekejaman British

20.

Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa "Sungkit Berdarah"?

a)

Pembunuhan Duncan Stewart

b)

Pembunuhan Stuart Little

c)

Serangan terhadap tentera British

21.

Antara berikut, yang manakah kepentingan Sabah kepada British sehingga menyebabkan Sabah dijadikan tanah jajahan British?


Pilih dua jawapan.

a)

Menyediakan kawasan pasaran

b)

Kawasan pelancongan

c)

Pangkalan tentera

d)

Membekalkan bahan mentah

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan kesan dihadapi oleh Sabah.


  • [Tentera Jepun telah memusnahkan Jesselton, Kudat dan Sandakan]


Apakah kesan tindakan tentera Jepun tersebut ke atas Sabah?

a)

Memerlukan kos yang besar untuk membaikpulih

b)

Bandar Sabah membangun dengan pesat

c)

Penduduk Sabah membangun dengan pesat

23.

Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk tempatan?

a)

Meningkatkan peluang pekerjaan

b)

Tidak memahami tujuan penyerahan

c)

Penduduk Sabah mudah dipujuk

24.

Siapakah pegawai British yang memaksa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan sebagai persetujuan pelaksanaan Malayan Union?

a)

P.U Rizz

b)

Sir Harold Mac Michael

c)

Frank Swettenhem

25.

Apakah yang anda faham tentang Gerakan Antipenyerahan Sarawak?

a)

Gerakan menentang penyerahan Sarawak kepada British

b)

Gerak Gerak Khas

c)

Gerakan Persatuan radikal

26.

Mengapakah 10, 000 orang mengadakan demonstrasi di Kelantan pada tahun 1946?

a)

Menjual budu

b)

Membantu pilihanraya

c)

Menentang Malayan Union

27.

Mengapakah Surat Pekeliling Bil.9 telah dikeluarkan oleh British?

a)

Untuk melemahkan Gerakan Antipenyerahan dalam kalangan kakitangan kerajaan

b)

Memaksa kakitangan kerajaan meletakkan jawatan

c)

Surat layang untuk mengugut British

28.

Antara berikut, yang manakah yang manakah merupakan matlamat utama penubuhan Rukun 13?

a)

Mewajibkan menghafal rukunegara

b)

Menghapuskan pegawai tinggi British

c)

Untuk membunuh anggota YMA

29.

Apakah tujuan penghantaran wakil Vyner Brooke tersebut?


  • [Pada tahun 1946, Vyner Brooke telah menghantar Gerard Mac Bryan ke Sarawak untuk bertemu dengan pembesar tempatan]
a)

Mendapatkan persetujuan penyerahan Sarawak kepada British

b)

Menamatkan penjajahan Barat

c)

Untuk berziarah

30.

Surat Pekeliling Bil.9 berkaitan dengan..

a)

Penubuhan Rukun 13

b)

Amaran kepada kakitangan kerajaan

c)

Penjimatan Bil Elektrik semasa PKPB