NEW
Font size
WorksheetsKATA SENDI NAMA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kami akan bercuti ________ Bukit Tinggi selama tiga hari.
di
dari
ke
untuk
Bau busuk itu berpunca __________ timbun sampah di belakang rumah Sim Tong.
dari
dengan
oleh
daripada
Para pelajar akan mendapat banyak ilmu pengetahuan ________ aktiviti lawatan.
daripada
dari
dengan
pada
Lim menunggang basikal ________ kawannya di taman pada waktu petang.
oleh
dengan
untuk
kepada
Saya akan tinggal _______ kampung bersama nenek pada cuti sekolah nanti.
ke
di
pada
dari
Kapal terbang _________ London akan tiba di KLIA sebentar lagi.
ke
daripada
dari
pada
Buku cerita kepunyaan saya masih ada _______ Shaliza.
di
pada
dengan
oleh
Jururawat membubuh ubat _________ luka di tangan pesakit itu.
pada
di
kepada
ke
Hadiah istimewa ini khas _________ guru kelas kami.
kepada
untuk
dari
terhadap
Adik saya akan memasuki Tahun Satu _______ tahun hadapan.
di
akan
pada
oleh
Siti membentangkan tikar yang baharu itu _______ ruang tamu.
di
pada
kepada
ke
Haji Japaridin bermain sepak takraw ______ pukul 1.00 hingga 6.00 pagi.
daripada
dari
untuk
ke
Doktor Shamimi memberikan sijil cuti sakit _____ Encik Sufi.
ke
dari
kepada
anak
Tujuan utama Hui Yee hadir ke sekolah adalah _______ belajar.
tidak
bukan
untuk
mahu
________ Afiq Danial ______ Aidil Hafiz, siapakah lebih kacak?
Antara , dan
Di antara , dan
Antara , dengan
Di antara , dengan
Kak Nina belum lagi menamatkan pengajiannya _____________ pusat pengajian tinggi, namun dia telah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan.
di
sejak
sebagai
daripada
Semua murid beratur ___________ mendapatkan kupon masing-masing sempena Hari Kantin yang diadakan esok.
kerana
sebab
untuk
sejak
Bas rombongan itu bergerak menuju ____________ destinasinya, iaitu Tanah Tinggi Cameron.
di
ke
dari
hingga
Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan _______________ hati manusia.
kepada
kerana
pada
oleh
Cikgu Azura menyerahkan surat kebenaran untuk menyertai aktiviti lawatan itu _______________ murid-murid Tahun Enam Arif.
di
ke
pada
kepada
