wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 8 : TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Total questions: 30

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Di kawasan tengah atau wilayah Hijaz terdapat tiga ibu kota penting yang mempunyai kedudukan yang strategik yang membolehkannya berkembang dari segi perdagangan dan pertanian.

Apakah TIGA ibu kota penting tersebut

a)

Makkah, Madinah dan Jeddah

b)

Makkah, Madinah dan Taif

c)

Makkah, Madinah dan Yaman

2.

Jahiliah berasal daripada perkataan Arab, jahala yang bermaksud jahil.

Jahiliah boleh dirumuskan sebagai

a)

Mereka menyembah berhala

b)

Mereka tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk

c)

Mereka hidup secara nomad dan jahil

3.

Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam hidup dalam kelompok kumpulan kabilah, iaitu kaum Hadhari dan kaum Badwi.

Apakah ciri-ciri Kaum Hadhari?

a)

tinggal di luar bandar dan hidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan

b)

tinggal di kawasan Oasis dengan menjalankan perniagaan dan berdagang

c)

tinggal di kota dengan menjalankan perniagaan dan memiliki binatang ternakan.

4.

Penyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang diistilahkan sebagai

a)

semangat assabiyah

b)

semangat pekabilahan

c)

semangat kenegerian

5.

Pentadbiran di Makkah diuruskan oleh badan atau jabatan yang mentadbir beberapa bidang dengan tugas tertentu seperti

a)

Darun-Jannah

b)

Darul-Syifa

c)

Darun-Nadwah.

6.

Masyarakat pada masa ini juga melakukan kegiatan ekonomi yang berbeza, khususnya

di beberapa buah negeri dan kawasan di Tanah Arab. Kegiatan utama adalah dalam bidang pertanian dan perdagangan.

Apakah nama tempat yang menjalankan penanaman gandum dan kopi

a)

Oman

b)

Yaman

c)

Taif

7.

Masyarakat kabilah di Mekah, mereka menukarkan binatang ternakan dan hasil ternakan dengan barang keperluan mereka, seperti pakaian dan kurma. Pertukaran ini diistilahkan sebagai

a)

Nomad

b)

Barter

c)

Hijrah

8.

Pada ketika itu, laluan perdagangan merentasi benua telah menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia. Apakah nama laluan tersebut

a)

Terusan Suez

b)

Jalan Denai

c)

Laluan Sutera

9.

Agama ini juga dianuti oleh Bani Israel. Agama ini dikembangkan di utara Semenanjung Tanah Arab melalui penduduk Ghassan dan Hirah.

Apakah nama agama ini...

a)

Wathani

b)

Nasrani

c)

Hunafa’

10.

Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab dari sudut adat dan kehidupan seharian mereka banyak mengamalkan perkara negatif. Namun, terdapat sikap yang baik dalam kalangan masyarakat ini iaitu

a)

ziarah menziarahi

b)

menepati janji

c)

berkata benar

11.

Sebilangan kecil masyarakat Arab ketika itu tahu bersyair, bersajak dan berpidato. Karya yang dianggap bermutu akan dibaca dalam temasya-temasya tahunan di

a)

Pasar Ukaz

b)

Sekitar Kaabah

c)

Ibu Kota

12.

Detik permulaan Tamadun Islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia ialah peristiwa penerimaan wahyu pertama daripada Surah al-Alaq.

Apakah intipati dalam wahyu kedua, Surah al-Mudassir?

a)

Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan

b)

pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT

c)

permulaan penerimaan Islam oleh Masyarakat Jahiliah Mekah

13.

Dakwah Nabi Muhammad SAW secara rahsia melalui sahabat baginda dan melalui dakwah di rumah ....

a)

Zaid bin Harithah

b)

al-Arqam bin Abi al-Arqam.

c)

Siti Khadijah Khuwailid

14.

Baginda mengetuai peperangan al-Riddah yakni memerangi golongan murtad (keluar daripada agama Islam) kerana enggan membayar zakat. Tentera Islam telah menang dan semakin ramai yang memeluk Islam. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

a)

Abu Bakar al-Siddiq

b)

Umar bin al-Khatta

c)

Uthman bin Affan

15.

Khalifah ini bertanggungjawab mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di Laut Mediterranean. Baginda juga melantik gabenor bagi mengetuai pentadbiran di wilayah Islam yang semakin meluas. Siapakah khalifah tersebut?

a)

Umar bin al-Khattab

b)

Uthman bin Affan

c)

Ali bin Abi Talib

16.

Perkembangan Islam semakin ketara terutama selepas pentadbiran diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Nyatakan DUA pusat utama kerajaan ini.

a)

Damsyik dan Cordoba

b)

Cordoba dan Andalusia

c)

Damsyik dan Islamabad

17.

Kerajaan Bani Abbasiyah meneruskan kegemilangan tamadun Islam dengan ...

a)

Perluasan tanah jajahan

b)

Hubungan diplomatik dengan Eropah

c)

perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat

18.

Mengapakah dalam Islam, peperangan tidak diizinkan melainkan setelah orang Islam diancam, demi mempertahankan agama, umat dan negara.

a)

menjaga kesucian agama

b)

menjaga keselamatan negara

c)

menjaga hubungan dua hala antara negara

19.

Semasa Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berada di Madinah dan ingin membuka semula kota Makkah, baginda telah mengatur strategi yang berkesan

Pembukaan Kota Makkah yang dipimpin oleh pasukan Nabi Muhammad SAW, pasukan Khalid al Walid, Pasukan Qais bin Saad bin Ubaidah, pasukan Zubair bin Awwam dan pasukan ..........

a)

Umar bin al-Khattab

b)

Abu Ubaidah bin Jarrah

c)

Abu Bakar al-Siddiq

20.

Dalam bidang politik, Islam mementingkan corak hidup yang sejahtera dan makmur. Islam juga mementingkan kehidupan bernegara, pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan, konsep ummah dan

a)

sistem syura

b)

sistem demokrasi

c)

sistem multilateral

21.

Tamadun Islam mewujudkan konsep masyarakat yang lebih dikenali sebagai ummah. Konsep ini melambangkan

a)

masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan

b)

masyarakat hidup bersatu padu di bawah lindungan pemerintah

c)

masyarakat bersatupadu bagi memastikan negara aman dan damai

22.

Islam menekankan beberapa amalan dalam sistem ekonomi bagi mendidik jiwa manusia agar berdisiplin, amanah dan berjiwa bersih. Apakah DUA sistem yang untuk pembangunan umat Islam.

a)

Sistem Zakat dan Sistem Wakaf

b)

Sistem Zakat dan Sistem Baitulmal

c)

Sistem Wakaf dan Sistem Baitulmal

23.

Mengadakan kutipan sistem cukai, iaitu bayaran dalam bentuk wang oleh sesebuah kerajaan atau negara bagi individu atau syarikat yang tujuan asalnya adalah untuk membiayai segala keperluan negara.

Sistem cukai yang pernah dilaksanakan di negara Islam ialah

a)

cukai harta

b)

cukai pintu

c)

cukai perlindungan

24.

Islam mengangkat kedudukan dan maruah wanita. Apakah sumbangan Shafiah binti Abdul Muthalib

a)

wanita yang luas ilmunya sehingga menjadi periwayat hadis serta tempat bertanya kaum wanita serta para sahabat tentang permasalahan hukum agama

b)

wanita yang merawat tentera-tentera yang cedera di medan perang dengan hasil titik peluh dan harga miliknya

c)

keluar berperang bersama-sama kaum wanita Madinah untuk membantu memberikan minuman dan merawat tentera yang tercedera dalam Perang Uhud.

25.

Selain sistem pengairan, Apakah kaedah penyelidikan Islam dalam bidang pertanian.

a)

pemilihan benih dan baja

b)

penggunaan batas dan cangkul

c)

pengenalan sistem pengiliran tanaman

26.

Siapakah tokoh Ilmuan Islam yang merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib.

a)

Jabir bin Hayyan (Geber)

b)

Ibn Sina (Avicenna)

c)

Al-Kindi

27.

Kajian utama beliau dalam bidang kartografi (peta) dan geografi. Kebanyakan orang Eropah telah belayar dengan menggunakan peta yang dicipta oleh tokoh ini.

Siapakah tokoh yang dimaksudkan

a)

Ibn Battuta

b)

Al-Khawarizmi

c)

Al-Biruni

28.

Apakah senibina yang dibina dan berfungsi sebagai penanda arah kiblat dan menjadi satu daripada elemen terpenting di dalam sesebuah masjid.

a)

menara

b)

mihrab

c)

mimbar

29.

Seni bina Islam turut menggalakkan penghayatan nilai estetika

Binaan bangunan diperindah dengan ukiran arabes, motif kaligrafi, geometri dan .............................yang berfungsi untuk memberikan keselesaan dan ketenangan.

a)

kaligrafi

b)

cakerawala

c)

motif tumbuh-tumbuhan

30.

Masjid di India juga mempunyai keunikannya dengan binaan pintu gerbang yang besar berfungsi sebagai pintu masuk utama. Ciri masjid di India juga dapat dikenali dengan mudah kerana menggunakan bumbung berbentuk .................................. dan lengkung yang menirus.

Terdapat

a)

kubah

b)

bawang

c)

kiub