NEW
Font size
WorksheetsPeperiksaan Pertengahan Tahun KKQ T1
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
"Kalam Allah yang bermu'jizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa arab, disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah suatu ibadah.
Pernyataan Diatas merujuk kepada takrif ....
Al-Quran
Qiraat
Al-Hadith
Ulum Al-Quran
Sebab Al-Quran dinamakan kitab suci ialah .....
Ajaran sesuai dengan fitrah manusia
Mu'jizat nabi kekal hingga hari kiamat
Terpelihara daripada segala kesalahan dan kesilapan
Tiada sesiapa pun yang dapat menandingi keistimewaan
Manakah antara berikut nama Al-Quran yang bermaksud "yang diturunkan" ?
Al-Itqan
Al-Rahman
Al-Tanzil
Al-Abrar
Al-Quran mempunyai beberapa nama. Antara nama yang masyhur ialah :
i) Al-Furqon
ii) Al-Kitab
iii) Al-Nuzul
iv) Al-Zikru
i,ii dan iii
i,ii dan iv
i,iii dan iv
ii,iii dan iv
Mengapakah Al-Quran dikenali sebagai kitab suci ?
Al-Quran ditulis oleh manusia
Suci daripada campur tangan manusia
Ajaran tidak sesuai dengan fitrah manusia
Isi kandungan bertentangan diantara satu sama lain.
Nuzul Al-Quran merujuk kepada proses ....
Penyusunan Al-Quran
Pembacaan Al-Quran
Pembukuan Al-Quran
Penurunan Al-Quran
Berikut adalah cara malaikat Jibrail menyampaikan wahyu kepada nabi Muhammad KECUALI :
Seperti Bunyi Loceng
Menyerupai seorang lelaki
Dalam rupa asal kejadian
Bunyi suara dari langit
Penyataan di bawah adalah berkaitan dengan penurunan Al-Quran secara beransur-ansur, KECUALI
Menetapkan jiwa Rasulullah
Memudahkan Pelaksanaan Hukum
Memudahkan ayat Al-Quran difahami
Dapat menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun. Antara hikmahnya ialah :
Senang dicetak
Untuk memudahkan hafazan
Untuk memberi kerehatan kepada Rasulullah
Untuk menghindarkan pertelingkahan dikalangan umat Islam
Hukum mempelajar ilmu tajwid ialah :
Fardhu Kifayah
Wajib
Fardhu Ain
Sunat
Apakah tujuan kita mempelajari ilmu Tajwid ?
Untuk mengetahui wajah2 Qiraat
Untuk menentukan nada dan irama bacaan
Untuk memberi syafaat kepada 10 ahli keluarga terdekat
Untuk memelihara lidah daripada melakukan kesalahan ketika membaca Al-Quran.
Hukum nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf "ک" pada kalimah (بِمَنْ كَلَّ) ialah :
Mad A'ridh Lilsukun
Mad Lin
Ikhfa' Hakiki
Iqlab
Menzahirkan Nun Sakinah atau Tanwin yang bertemu dengan salah satu daripada huruf "ء،ح،ع،ه،غ،خ"
Izhar Halqi
Izhar Idgham
Izhar Mutlak
Izhar Syafawi
Nun Sakinah bertemu dengan huruf "ب" dinamakan :
Ikhfa Hakiki
Ikhfa Syafawi
Izhar
Iqlab
Menzahirkan Mim Sakinah yang bertemu dengan huruf2 hijaiiyah selain daripada huruf "م" dan "ب" ialah takrif bagi ....
Idgham Syafawi
Izhar Halqi
Ikhfa Syafawi
Izhar Syafawi
Antara berikut yang manakah huruf Ikhfa' Hakiki ?
ء
ح
ب
د
Nyatakan cara bacaan ن dan مشدّدتين م
Wajib dibaca dengan dengung yang sempurna dengan kadar panjang 2 harakat ketika wasal dan wakaf
Harus dibaca dengan dengung yang sempurna dengan kadar panjang 2 harakat ketika wasal dan wakaf
Wajib dibaca dengan dengung yang sempurna dengan kadar panjang 2 harakat ketika wasal sahaja
Harus dibaca dengan dengung yang sempurna dengan kadar panjang 2 harakat ketika wasal sahaja
Pilih pernyataan yang tepat tentang
إدغام متماثلين
"ل" sukun dengan "ر" berbaris
"ذ" sukun dengan "ز" berbaris
"د" sukun dengan "ط" berbaris
"ب" sukun dengan "ب" berbaris
Manakah antara contoh berikut , hukum إدغام بلاغنة
منْ وَال
هدىً لِلمتكين
منْ عِند الله
منْ خَوف
Nama lain bagi Idgham Mislain Saghir adalah :
Idgham Kamil
Idgham Naqis
Idgham Syafawi
Idgham Bila Ghunnah
Pilih huruf-huruf idgham maal ghunnah
ل ر ن ف
ا ح خ ع
ي و م ن
ب ت ث ڽ
Berikut adalah kaedah yang terbaik untuk mengekalkan ayat-ayat yang dihafaz KECUALI :
Memperdengarkan bacaan kepada guru
Sentiasa mengulangi ayat yang telah dihafaz
Membaca ayat2 tersebut pada hari Jumaat sahaja
Membaca ayat2 tersebut ketika solat
Pilih pernyataan yang SALAH berhubung dengan kelebihan menghafaz Al-Quran
Dapat menghapuskan dosa
Diangkat darjat kedua ibu-bapa
Dapat meningkatkan pangkat seseorang di dalam pekerjaan
Dibangkitkan pada hari akhirat seperti bulan purnama
Pernyataan manakah yang paling berhubung dengan adab2 sebelum menghafaz Al-Quran.
i) Bersugi
ii) Pakaian dan tempat yang bersih
iii) Memberi sepenuh tumpuan
iv) Membaca dengan khusyu'
i dan ii
ii dan iv
i dan iii
iii dan iv
Penyataan yang paling tepat berhubung kelebihan menghafaz Al-Quran ialah :
Dirahmati Allah diakhirat sahaja
Diangkat darjat kedua ibu bapa
Mengangkat martabah seluruh umat Islam
Dapat memberi syafaat kepada 40 orang ahli keluarga terdekat
Pengertian Qiraat dari segi bahasa ialah ....
Pembacaan
Bacaan wajah2 atau cara2
Bacaan
Penelitian
Nyatakan pengertian Qiraat dari segi Istilah ....
Cara atau Wajah bacaan yang dinisbahkan kepada Imam Qiraat
Cara membaca Al-Quran dengan elok dan sempurna
Cara melagukan Al-Quran
Cara penurunan Al-Quran
Hukum belajar dan mengajar ilmu Qiraat adalah :
Sunat Muakkad
Fardhu Kifayah
Fardhu Ain
Harus
Kalimat "Al-Qiraat" berasal daripada kalimah قرأ, يقرأ, قراءة yang bermaksud ....
Bentuk-bentuk Tulisan
Sebutan-sebutan Huruf
Wajah-wajah Bacaan
Tulisan-tulisan Arab
Apakah kelebihan mempelajari ilmu qiraat ?
Dapat mengenal tobaqot suara
Mengenali kesalahan jali dan khofi
Menambah kemahiran melagukan Al-Quran
Dapat mempelbagaikan wajah bacaan Al-Quran
Berikut ialah rukun2 bacaan Qiraat KECUALI :
Mestilah menepati hukum Tajwid
Mestilah menepati tulisan Mashaf Uthmani
Bacaan tersebut mestilah menepati kaedah Bahasa Arab
Diterima secara mutawatir sejak dari zaman Rasulullah
" Suara adalah getaran bunyi yang diproses oleh udara daripada ........ melalui selaput suara ke rongga ........ atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendak yang tertentu ".
Pilih Jawapan Yang Tepat Bagi Mengisi Tempat Kosong Dalam Petikan Diatas.
Jantung ...... mulut
Paru-paru ........ mulut
Paru-paru ....... tekak
Jantung ......... tekak
Berikut merupakan peranan suara, KECUALI :
Menentukan sejarah sesebuah tarannum
Menentukan seni bacaan
Menentukan bunyi makhraj dan sifat huruf
Menentukan nada dan irama.
Antara sifat-sifat suara yang terbaik ialah .....
i) Serak
ii) Licin
iii) Tersepit
iv) Tinggi
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Tobaqot suara terbahagi kepada .....
Dua
Enam
Empat
Lapan
Tobaqot suara yang paling rendah dalam seni Tarannum ialah ....
Qarar
Nawa
Jawab
Jawabul Jawab
Tobaqot suara bermaksud .....
Suara yang berbunga-bunga
Suara yang berlapis-lapis
Penurunan Suara
Tingkatan Suara
" Alunan Suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokkan seni bunyi bacaan Al-Quran"
Penyataan diatas merujuk kepada maksud ......
Lagu
Tarannum
Suara
Nada
Antara kemerduan suara (bacaan) para sahabat yang dipuji oleh Rasulullah semasa hayat baginda ialah :
Abu Hurairah
Abu Musa Al-Ashaari
Abu Bakar
Umar Al-Khattab
Hukum melagukan Al-Quran boleh menjadi Haram sekiranya .....
Merosakkan keaslian Al-Quran
Menghalang ketenangan Ibadah
Menimbulkan fitnah
Menghalang Khusyu' dan Tadabbur
