WorksheetsTatabahasa
Total questions: 16
Worksheet time: 10mins
Minyak di dalam botol itu tidak boleh digunakan lagi kerana berbau _________.
hancing
tengik
wangi
hapak
Pokok-pokok bunga itu kelihatan ___________ kerana tidak mendapat bekalan air yang mencukupi.
segar
layu
hancur
basi
Pada zaman ___________, Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang terkenal.
lambat
dahulu
sekarang
awal
_________ keputusan UPSR akan diumumkan?
Siapakah
Kenapakah
Apakah
Bilakah
Ibu saya sedang __________ nasi.
menjerang
memasak
mengukus
menanak
Ayah meminta bantuan Andaria untuk _________ kambing-kambingnya masuk ke kandang.
menghalaukan
mengacau
menghalau
mengalaukan
Pak Cik Kamal telah membawa kami ___________ Zoo Negara.
mengunjung
mengunjungi
mengunjungkan
mengkunjungi
Musa berdiam diri, ____________ dia tahu siapa yang mencuri dompet Kenny.
sedangkan
sementara
supaya
kerana
Penglihatan nenek masih jelas ____________ sudah tua.
apabila
mahupun
betapapun
walaupun
Anggota bomba berusaha untuk __________ api.
menyiramkan
memadamkan
melenyapkan
menghapuskan
Kita mesti _____________ ketika guru sedang mengajar di dalam kelas.
pasang telinga
berat mata
menjolok mata
muka tembok
Pihak trafik sedang meniup ___________ sambal melambai-lambaikan tangannya.
seruling
serunai
wisel
trompet
___________ bunga-bunga pada baju kemeja Mei Sing sangat cantik.
corak
gambar
bentuk
lukisan
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
Yati membelikan adiknya seutas jam tangan.
Seutas jam tangan dibeli oleh adik Yati.
Adik Yati telah membelikan seutas jam tangan.
Yati dibelikan oleh adiknya seutas jam tangan.
Seutas jam tangan dibeli oleh Yati untuk adiknya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Nah, ambil duit ini!" kata ibu kepada kakak.
Kakak memberikan duit itu kepada ibu.
Ibu memberikan duit itu kepada kakak.
Kakak meminta ibu memberinya duit.
Kakak meminta duit daripada ibu.
Pilih ayat yang betul.
Encik Abu menyelia pekerja-pekerja kilang.
Pasukan pengakap sedang mendiri khemah.
Halim sangat gembira kerana ayah menghadiahi sebuah basikal kepadanya.
Puan Tan sangat menyayangkan anak-anaknya.
