wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa istana

Total questions: 20

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

”Mengapakah ____________bersedih”? tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.

a)

tuan hamba

b)

beta

c)

hamba

d)

patik

2.

“ _____akan menurut perintah tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.

a)

Patik

b)

Baginda

c)

Hamba

d)

Beta

3.

”Izinkan __________menumpang di rumah tuan hamba,”kata lelaki tua itu kepada Panglima Hitam.

a)

patik

b)

hamba

c)

beta

d)

tuanku

4.

Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.

a)

Beta

b)

Tuanku

c)

Baginda

d)

Patik

5.

“ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.

a)

Baginda

b)

Hamba

c)

Beta

d)

Patik

6.

“Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.

a)

beta

b)

tuanku

c)

hamba

d)

tuan hamba

7.

Baginda Sultan Perak telah __________ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.

a)

beradu

b)

bertitah

c)

berkenan

d)

berangkat

8.

Baginda telah _____________ untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Bera esok.

a)

berkenan

b)

bersemayam

c)

bertitah

d)

bersiram

9.

Baginda akan _______di Istana Kayangan mulai tahun 2020.

a)

beradu

b)

berangkat

c)

bersemayam

d)

bersantap

10.

Raja akan _________sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.

a)

gering

b)

murka

c)

masyghul

d)

mangkat

11.

Yang Dipertuan Agong telah __________________ untuk merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

a)

menjunjung kasih

b)

merafak sembah

c)

menjunjung duli

d)

memohon perkenan

12.

”Tarian yang _______________ persembahkan di hadapan _______________ merupakan tarian istana Melayu zaman silam,” kata Norli kepada pemberita.

a)

aku ...tuanku

b)

patik...tuanku

c)

saya ...baginda

d)

hamba ...baginda

13.

Tuanku Permaisuri ada di kamarnya? Saya ingin berjumpa dengan _____________.” tanya Amran kepada pengawal istana.

a)

baginda

b)

beliau

c)

beta

d)

hamba

14.

”Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarga _______________, “ kata dayang kepada Laksamana.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

baginda

15.

“Beta ingin _________ sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.

a)

beradu

b)

bersantap

c)

bersiram

d)

bersemayam

16.

Sultan Alauddin yang mangkat itu akan ____________dengan penuh adat istiadat diraja.

a)

dimakamkan

b)

disemadikan

c)

dikebumikan

d)

dikuburkan

17.

“__________ setinggi tahniah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena diperkenan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16".

a)

Merafak Sembah

b)

Menjunjung kasih

c)

Menjunjung duli

d)

Menjunjung titah

18.

Raja Ahmad berasa badannya melekit setelah pulang berburu. Justeru, baginda perlu _____________.

a)

beradu

b)

bersiram

c)

bersantap

d)

bersemayam

19.

Sultan Kelantan ____________ gelaran Datuk Kelana sebutir pingat kerana jasa-jasanya.

a)

menganugerahkan

b)

menganugerahi

c)

menghadiahkan

d)

menghadiahi

20.

"Sultan amatlah risau akan ancaman lanun di Persiaran Selat Melaka. ________ menitahkan _________ menangkap lanun-lanun itu segera,"Kata Bendahara Tun Perak kepada Laksamana Hang Tuah.

a)

Hamba..... tuan hamba

b)

Baginda..... tuan hamba

c)

Beta ......... tuanku

d)

Patik ......... tuanku