Font size
WorksheetsSOALAN TATABAHASA (3 ALFA)
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
Adik ______________ di bawah katil apabila dikejar oleh ibu selepas memecahkan gelas.
menyusur
menyusup
menusuk
menyusul
Suasana malam di pantai peranginan itu yang dihiasi cahaya bulan purnama begitu ________ dan mengasyikkan
sayu
ceria
syahdu
harmoni
Perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan perlu diberikan kepada pengguna jalan raya untuk mengurangkan _______ kemalangan
tahap
kadar
takat
aras
Mak Timah melilau mencari anak bongsunya yang tidak kelihatan _______ tadi di sekeliling rumah.
sejak
daripada
pada
hingga
Ayat-ayat di bawah mungkin betul atau mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, tandakan kesalahan tersebut.
Juruulas sukan tersebut berpendapat bahawa pemain-pemain bola sepak negara kita perlu dilatih oleh pelatih luar negara yang berkaliber.
Juruulas
pemain-pemain
pelatih
Tiada kesalahan
Ayat-ayat di bawah mungkin betul atau mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, tandakan kesalahan tersebut.
Sultan Ahmad telah mengisytiharkan bahawa anakanda baginda akan ditabalkan sebagai Sultan di tanah jajahan yang baharu itu.
mengisytiharkan
anakanda
ditabalkan
Tiada kesalahan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Boleh tandakan lebih daripada satu jawapan.
Sesudah sarapan, Ahmad segera menyandang begnya untuk ke sekolah.
Encik Ali menyandang jawatan pengarah di syarikat yang baharu itu mulai bulan ini.
Dia berjaya menyandang lawannya di penjuru gelanggang selepas menjatuhkannya.
Pak Din menyandang badannya di tiang seri semasa membaca surat khabar.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
Boleh tandakan lebih daripada satu jawapan.
Biarlah Mak Siah bercakap untuk melepaskan segala yang terbuku dalam hatinya.
Tepung itu mudah terbuku apabila dicampur dengan air.
Buluh terbuku itu akan memudahkan tunas baharu tumbuh.
Kisah perjuangan Mat Kilau sudah terbuku.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Antara faktor-faktor kempen anti penyedut minuman plastik dilaksanakan untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar.
A. Antara faktor-faktor kempen antipenyedut
B. Antara faktor-faktor kempen anti-penyedut
C. Antara faktor kempen antipenyedut
D. Antara faktor-faktor kempen anti penyedut
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Kami berasa bangga apabila melihat roset yang kami hasilkan tersemat megah di dada peserta pertandingan itu.
A. kami hasilkan tersemat megah pada dada
B. dihasilkan kami tersemat megah di dada
C. dihasilkan kami tersemat megah pada dada
D. kami hasilkan tersemat megah di dada
Pilih ayat-ayat yang betul.
Boleh pilih lebih daripada satu jawapan.
Beliau dianugerahi bintang kebesaran oleh baginda.
Tidak tertelan oleh saya ubat yang pahit itu.
Kereta itu ayah cuci pada waktu petang.
Surat itu telah dihantar oleh saya.
Pilih ayat-ayat yang betul.
Boleh pilih lebih daripada satu jawapan.
Justeru lapar, dia membeli pisang goreng.
Emak pergi pasar lalu membeli dua botol sos cili.
Tatkala abang mula memandu, hujan turun dengan lebatnya.
Asap hitam itu keluar daripada paip ekzos keretanya.
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Semua orang kampung Kedai Buloh suka bergaul dengan ketua kampung kerana beliau sentiasa menunaikan janji yang dibuatnya.
Sikap ketua kampung diumpamakan seperti peribahasa yang berikut :
sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.
terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
menanam tebu di tepi bibir.
Frasa habitat bagi hidupan liar bermaksud .........
tempat hidup flora
tempat tinggal haiwan akuatik
tempat pemeliharaan flora dan fauna
tempat tinggal fauna
Berikut ialah pengkategorian Kawasan Mempunyai Nilai Pemeliharaan yang Tinggi kecuali
nilai kepelbagaian biologi
mempunyai ciri-ciri penting terhadap fauna
perkhidmatan alam semula jadi
ekosistem
Hutan penting kepada manusia dan alam sekitar. Hutan merupakan habitat bagi hidupan liar, melindungi kawasan dan mengekalkan budaya sesuatu masyarakat.
Apakah persoalan yang sesuai berdasarkan penyataan di atas?
Gigih menjaga alam sekitar.
Kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.
Cinta akan alam sekitar.
Kepentingan hutan-hutan kepada haiwan.
Mengapakah aspek kawalan hakisan dan penghalang kebakaran penting kepada alam sekitar?
Melindungi hutan daripada mengalami kemusnahan.
Menjamin pengekalan hutan yang bernilai tinggi pada masa akan datang.
Menampung pelbagai elemen tang memiliki nilai tersediri.
Habitat bagi hidupan liar.
Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang telah disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Soalan :
Penduduk berhampiran sungai tersebut diingatkan supaya tidak menggunakan air sungai itu kerana telah tercemar oleh sisa toksid.
(a)
Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang telah disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Soalan :
Tindakan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan menghadkan kelajuan kenderaan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
(a)
Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang telah disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Soalan :
Perdana Menteri Jepun itu menggunakan khidmat juru bahasa untuk berkomunikasi dengan Perdana Menteri Malaysia.
(a)
Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang telah disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Soalan :
Ibu memasukkan secubit garam ke dalam gulai yang sangat digemari oleh saya.
(a)
Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang telah disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Soalan :
Institut Bestari ialah sebuah institusi persendirian yang terulung sekali di bandar ini.
(a)
Hartawan itu _____ apabila semua barang berharga di rumahnya hilang setelah dimasuki pencuri
sampai hati
pilih kasih
putih mata
salah urat
Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu
lidah bercabang
pisau cukur
curi tulang
mati kutu
Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
putih mata
senyum simpul
telinga nipis
telinga kuali
